iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: https://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_besar_Asia_Tenggara
Tanah besar Asia Tenggara - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Tanah besar Asia Tenggara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tanah Besar Asia Tenggara
Semenanjung Indo-China
Indo-China
Kawasan1,938,745 km2 (748,554 bt2)
Penduduk243,201,036 (1 Julai 2019)
KDNK (PPP)$2.877 trillion (2021)
KDNK (nominal)$1.027 trillion (2021)
AgamaIslam
Negara Kemboja
 Laos
 Malaysia
 Myanmar
 Thailand
 Vietnam
Peta lokasi 1886 dari Scottish Geographical Magazine

Tanah besar Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Indo-China dan Semenanjung Indo-China), ialah sebuah kawasan di Asia Tenggara di sebelah timur India dan di belah Selatan. Kawasan ini mempunyai pengaruh budaya peradaban India dan peradaban China, dan hakikat ini membawa kepada penamaan Indo-China bagi kawasan ini.

Terminologi

[sunting | sunting sumber]

Asal usul penamaan Indo-China selalunya dianggap dimulakan oleh ahli geografi Denmark-Perancis Conrad Malte-Brun yang merujuk kepada kawasan ini sebagai indo-chinois pada tahun 1804 dan ahli linguistik Scotland John Leyden yang menggunakan istilah Indo-Chinese untuk menerangkan penduduk kawasan ini dan bahasa-bahasa mereka pada tahun 1808.[1] Pendapat-pendapat para sarjana pada masa tersebut tentang pengaruh China dan India terhadap kawasan ini bercanggah dengan satu sama lain dan penggunaan istilah Indo-China ini pun kontroversial—Malte-Brun sendiri mempertikaikan penggunaannya dalam edisi kemudian Universal Geography-nya, atas sebab istilah itu terlebih menitikberatkan pengaruh Cina, dan sebaliknya, mencadangkan pula istilah Chin-India.[2] Walau bagaimanapun, Indo-China telah sudah digunakan secara meluas dan menggantikan istilah-istilah alternatif seperti Further India (India Jauhan) dan Peninsula beyond the Ganges (Semenanjung di sebalik Sungai Ganges). Namun begitu, kemudian sewaktu Perancis menubuhkan Jajahan Indo-China Perancis (Vietnam, Laos dan Kemboja), penggunaan istilah ini menjadi lebih terhad kepada jajahan Perancis itu,[3] dan disebabkannya, kini kawasan ini kebiasaannya disebut Tanah Besar Asia Tenggara.[4]

Vietnam lebih dipengaruhi oleh China sementara Kemboja, Laos dan Thailand lebih mirip kepada pengaruh India. Kini, istilah Indo-China digunakan secara mutlak untuk memerikan kawasan Laos, Kemboja dan Vietnam. Indo-China Perancis pula merujuk kepada kawasan takluk yang menjadi jajahan Perancis sehingga Perang Vietnam.

Kerajaan Khmer gagah bertapak di Indo-China sehingga campur tangan Eropah dan kejatuhan Kerajaan Champa dan pengluasan Kerajaan Annam.

Kemasukan Eropah bermula dalam kurun ke-16. Dalam kurun Ke-19, Perancis menjajah Cochin dan mengambil Kemboja (1863), Annam (1884) dan Tonkin (1884) sebagai wilayah di bawah perlindungannya. Dalam tahun 1887, jajahan-jajahan ini digabungkan menjadi jajahan Indo-China (bandingkan dengan permulaan campur tangan British di negeri-negeri Melayu mulai tahun 1874). Laos ditambah kepada jajahan Perancis dalam tahun 1893.

Sungai Mekong yang merupakan sungai terpanjang di Asia Tenggara menjadi nadi perhubungan yang utama di Indo-China selain Tasik Tonle Sap yang menyumbang kepada aktiviti pengangkutan dan perikanan serta pertanian.

Biogeografi

[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang biogeografi, wilayah biologi Indo-China ialah wilayah major di alam Indo-Malaya, dan juga sebuah wilayah flora fitogeografi di alam Paleotropikal Oriental. Wilayah ini melibatkan semua hidupan asli flora dan fauna bagi setiap negara yang tersebut di atas. Rantau Malesia yang bersebelahan merangkumi negara-negara Asia Tenggara Maritim dan terletak di kiri kanan wilayah Indo-Malaya dan Australasia.[5]

Sungai Mekong

Semenanjung Indochina menjulur ke arah selatan dari benua Asia. Semenanjung ini mengandungi banyak banjaran yang menjulur dari Penara Tibet di bahagian utara yang disisipi dengan tanah rendah yang diairi oleh tiga sistem sungai yang mengalir dari utara-selatan: Sungai Irawati (Myanmar), Sungai Chao Phraya (di Thailand) dan Sungai Mekong (mengalir melalui kawasan utara dan timur laut Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam). Di selatan, Semenanjung Tanah Melayu menjulur dari Semenanjung Indochina, di mana ia merangkumi selatan Thailand dan Semenanjung Malaysia. Bahagian ini secara berubah-ubah dikira sebagai sebahagian daripada Tanah Besar Asia Tenggara atau sebahagian daripada Asia Tenggara Maritim.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Subkawasan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Vimalin Rujivacharakul; dll., penyunting (2013). Architecturalized Asia : mapping a continent through history. Hong Kong University Press. m/s. 89. ISBN 9789888208050.
  2. ^ Malte-Brun, Conrad (1827). Universal Geography, Or, A Description of All the Parts of the World, on a New Plan, According to the Great Natural Divisions of the Globe: Improved by the Addition of the Most Recent Information, Derived from Various Sources : Accompanied with Analytical, Synoptical, and Elementary Tables, Volume 2. A. Finley. m/s. 262–3.
  3. ^ Wesseling, H. L. (2015). The European Colonial Empires: 1815–1919. Routledge. ISBN 9781317895060.
  4. ^ Keyes, Charles F. (1995). The golden peninsula : culture and adaptation in mainland Southeast Asia (ed. Pbk. reprint). University of Hawaii Press. m/s. 1. ISBN 9780824816964.
  5. ^ "Biogeographic region - Fauna". Encyclopedia Britannica.

Bacaan lanjutan

[sunting | sunting sumber]