iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: https://ms.wikipedia.org/wiki/Sup_miso
Sup miso - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Sup miso

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sup miso

Sup miso (味噌汁, miso shiru) adalah masakan Jepun berupa sup dengan bahan-bahan dashi ditambah isi sup berupa sedikit makanan laut atau sayur-sayuran, dan diberi miso sebagai perasa. Sup miso dinikmati dengan mengangkat mangkuk sup dan meminum kuahnya, sedangkan isi sup dimakan menggunakan penyepit.

Biasanya sup miso dihidangkan bersama nasi putih sebagai menu sarapan pagi di kebanyakan rumah-rumah di Jepun. Sup miso biasanya dimakan di rumah, walapun ada juga sup miso yang dihidangkan di warung atau restoran tradisional Jepun (ryotei). Sup miso segera adalah sup miso dalam bungkusan untuk disediakan dengan air panas.

Sup miso merupakan masakan sangat sederhana yang sangat mudah disiapkan dalam waktu yang singkat, bahan-bahannya pula hanya berupa pati dari katsuobushi, sedikit isi sup, dan miso. Walaupun sup miso adalah masakan paling sederhana, rasa yang dihasilkan boleh berbeza-beza bergantung kepada jenis miso yang digunakan untuk sup, cara mengambil pati dari katsuobushi dan kehebatan orang yang membuatnya.

Dalam kebudayaan Jepun, menjadikan nasi dari pelbagai jenis padi-padian sebagai makanan utama, sup miso mempunyai peranan penting sebagai santapan yang paling utama. Pada umumnya, makanan utama harian orang Jepun sejak zaman dulu disebut 一汁一菜 (ichijū issai) iaitu satu set berupa nasi dengan sup seperti sup miso dan satu jenis lauk.

Dalam budaya makan Jepun yang biasanya rendah protein, sup miso berfungsi sebagai penambah nafsu makan, sumber protein, dan sumber garam. Sup miso berbeza fungsinya dengan sup dalam budaya makan Eropah. Dalam budaya Jepun, sup miso bukan sebagai kuah untuk makan nasi, berbeza dengan makanan Eropah yang menempatkan roti adalah makanan utama sedangkan sup dibuat untuk dinikmati bersama roti yang sudah agak keras.

Miso adalah rempah masak yang aromanya mudah hilang jika lama dimasak dengan suhu tinggi, sehingga api harus segera dipadam pada apabila sup mulai mendidih. Sup miso mempunyai berbagai-bagai nama bergantung kepada isi, misalnya Kenchin-jiru (isi sayur-sayuran saja), Butajiru atau Tonjiru (isi sayur-sayuran dan daging babi), Sampe-jiru (isi ikan Salmon asin) dan sebagainya. Masakan Jepun yang disebut Nabe walaupun ditambah dengan miso tidak dianggap sebagai sup miso.

Konon sup miso sudah dikenal orang Jepun sejak zaman Muromachi. Pada mulanya sup miso adalah makanan kampung yang dinikmati oleh petani, tetapi kemudian menyebar ke pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Jepun lalu menjadi menu yang tak boleh ditinggalkan.

Miso dan pati untuk sup

[sunting | sunting sumber]

Di Jepun, jenis miso yang digunakan untuk sup miso bergantung pada selera orang yang tinggal di daerah itu. Sebahagian besar penduduk Nagano menggunakan Shinshu miso, penduduk Aichi dan Gifu menggunakan Hatchomiso, sedangkan penduduk Kyoto menggunakan Shiro miso. Sama halnya dengan slogan "kicap saya no.1," orang Jepun sangat membanggakan miso mereka sendiri yang selalu dianggap paling enak.

Pati untuk sup yang disebut dashi, boleh dibuat daripada konbu, ikan teri kering yang disebut niboshi dan katsuobushi. Cara membuat pati untuk sup berbeza-beza tergantung pada orang yang memasak, ada orang yang membuat sup miso hanya dengan menggunakan katsuobushi, tapi ada juga orang yang menggunakan saba bushi bersama pelbagai macam sumber pati, dan juga ramuan masak.

Pada umumnya, miso yang diperlukan untuk satu mangkuk sup miso sebanyak 15 gram, walaupun semuanya bergantung pada selera orang yang mahu meminumnya. Perbandingan antara sup dan kadar garam biasanya sekitar 99 : 1.

Isi sup miso

[sunting | sunting sumber]

Isi untuk sup sangat pelbagai bergantung pada daerah dan selera.

Sup miso versi Okinawa

[sunting | sunting sumber]

Restoran di Okinawa menyediakan menu sup miso yang disebut sebagai miso-jiru dan bukan miso-shiru yang merupakan cara penyebutan yang lazim untuk nama masakan ini dalam bahasa Jepun piawai. Masakan sup miso ala Okinawa mempunyai isi yang sangat banyak seperti daging babi, Spam (daging babi dalam tin), tauhu, sayur-sayuran, dan telur. Sup miso ala Okinawa kadang-kadang ada juga ditambah minyak goreng atau lard (lemak babi) jika sup tidak berisi daging.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]