iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: https://ms.wikipedia.org/wiki/Soa_payung
Soa payung - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Soa payung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Soa payung
Julat zaman: Pleistosen–Kini[1]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Chlamydosaurus

Gray, 1825
Spesies:
C. kingii
Nama binomial
Chlamydosaurus kingii
Gray, 1825
Taburan spesies
Chlamydosaurus kingii

Soa payung (nama saintifik: Chlamydosaurus kingii)[3] ialah spesies cicak tunggal dalam genus Chlamydosaurus keluarga Agamidae.[4][5] Ia ditemukan di kawasan-kawasan padang rumput kering utara Australia dan selatan New Guinea.[6][7] Lehernya mempunyai ropol yang dikembangkan seperti payung untuk menakutkan musuh.[8]

Spesies ini meluangkan banyak masanya hinggap di pokok,[9] ia hanya turun dari pokok untuk mencari makan dan mempertahankan wilayahnya.[10]

Ia spesies "satwa yang dilindungi" di bawah undang-undang Indonesia.[3]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Nama genus Chlamydosaurus dijejak daripada kata-kata bahasa Yunani Purba χλαμύς chlamydo "berselubung" dan σαῦρος sauros "cicak".[11] Nama tersebut diberikan ahli zoologi British John Edward Gray pada tahun 1825 dalam sebuah ekspedisi diketuai Kapten Phillip Parker King dari kapal HMS Mermaid.[12]:197[13][11]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Badannya membesar sehingga 85 sentimeter panjang.[9] Kaki-kaki dan lehernya panjang, kepalanya lebar.[7] Seluruh badannya berwarna perang atau kelabu dengan tompok-tompok gelap menyerupai permukaan kulit kayu pokok.[14]

Lehernya mempunyai ropol besar yang berlipat-lipat dan melekat belakang tengkuk dan kepalanya. Ropol yang dibuka ini berlapik warna merah jambu atau kuning cerah.[15] Cicak beropol kuning ditemukan di Queensland, cicak beropol jingga ditemukan di Wilayah Utara, manakala cicak yang beropol kemerahan ditemukan di kawasan Kimberley, utara Australia Barat.[16]

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Ia karnivor. Ia memangsakan riang-riang, kumbang, semut, anai-anai, dan mamalia kecil seperti tikus.[17][18][19]

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Ia mengawan pada awal musim hujan dari bulan September hingga Oktober.[20]

Cicak betina bertelur pada awal atau pertengahan musim hujan dari bulan November hingga Februari.[20] Ia bertelur sebanyak 6 hingga 25 biji dalam satu atau dua sangkak di sarangnya yang terletak 5–20 sm bawah tanah. Telur-telur ini dieramkan selama dua hingga tiga bulan.[10]

  1. ^ "Agamidae Gray 1827 (squamates)". Fossilworks. Dicapai pada 10 Disember 2022.
  2. ^ O'Shea; Allison, A.; Tallowin, O.; Wilson, S.; Melville, J. (2017). "Chlamydosaurus kingii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T170384A21644690. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-3.RLTS.T170384A21644690.en. Dicapai pada 9 Disember 2022.
  3. ^ a b Peraturan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Nomor P.106/Menlhk/Setjen/Kum.1/12/2018 tentang Perubahan Kedua Atas Peraturan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Nomor P.20/Menlhk/Setjen/Kum.1/6/2018 tentang Jenis Tumbuhan dan Satwa Yang Dilindungi (PDF). Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan Republik Indonesia. 28 Disember 2018. m/s. 19.
  4. ^ Uetz, Peter; Hallermann, Jakob, penyunting (2022) [1995]. "Chlamydosaurus kingii Gray, 1825". The Reptile Database. Muzium Zoologi Hamburg. Dicapai pada 9 Disember 2022.
  5. ^ "Chlamydosaurus kingi". Animal Kingdom. 58 (4): 44. 1955.
  6. ^ Grzimek, Bernhard; Olendorf, Donna (2003). Grzimek's Animal Life Encyclopedia: Reptiles. Gale. m/s. 216. ISBN 978-0-7876-5783-3.
  7. ^ a b Cogger, Harold G. (2014). Reptiles & Amphibians of Australia (ed. 7). CSIRO publishing. m/s. 700–701. ISBN 978-0-643-10035-0.
  8. ^ Shine, Richard (Mei 1990). "Function and evolution of the frill of the frillneck lizard, Chlamydosaurus kingii (Sauria: Agamidae)". Biological Journal of the Linnean Society. 40 (1): 11–20. doi:10.1111/j.1095-8312.1990.tb00531.x.
  9. ^ a b Savage, Melissa (2001). "Animal Diversity Web: Chlamydosaurus kingii". Animal Diversity Web. Muzium Zoologi Universiti Michigan. Dicapai pada 10 Disember 2022.
  10. ^ a b Greer, Allen E. (1989). The biology and evolution of Australian lizards. Surrey Beatty. m/s. 24. ISBN 978-0-949324-21-4.
  11. ^ a b Beolens, Bo; Watkins, Michael; Grayson, Michael (2011). The Eponym Dictionary of Reptiles. Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 141. ISBN 978-1-4214-0135-5.
  12. ^ Gray, John Edward (1825). "A synopsis of the genera of reptiles and Amphibia, with a description of some new species". Annals of Philosophy 2. 10: 193–217.
  13. ^ "Species Chlamydosaurus kingii J.E. Gray, 1825". Australian Faunal Directory. Canberra, Wilayah Ibu Negara Australia: Jabatan Alam Sekitar, Air, Warisan dan Seni, Kerajaan Australia. 28 Mei 2014 [12 Februari 2010]. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2015.
  14. ^ Bartlett, Patricia; Griswold, Billy; Bartlett, Richard D. (2001). Reptiles, Amphibians, and Invertebrates: An Identification and Care Guide. Barron's Educational Series. m/s. 73. ISBN 978-0-7641-1650-6.
  15. ^ Cott, Hugh B. (1940). Adaptive Coloration in Animals. London, United Kingdom: Methuen. m/s. 218.
  16. ^ Pepper, Mitzy; Hamilton, David G.; Merkling, Thomas; Svedin, Nina; Cser, Bori; Catullo, Renee A.; Pryke, Sarah R.; Keogh, J. Scott (2017). "Phylogeographic structure across one of the largest intact tropical savannahs: Molecular and morphological analysis of Australia's iconic frilled lizard Chlamydosaurus kingii" (PDF). Molecular Phylogenetics and Evolution. 106: 217–227. doi:10.1016/j.ympev.2016.09.002. PMID 27664346.
  17. ^ "Frilled lizard, frill-neck lizard, King's lizard". Science & Nature. BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2009.
  18. ^ "Frilled-Neck Lizard". Taman Reptilia Australia. 24 September 2020. Dicapai pada 10 Disember 2022.
  19. ^ "Frilled Lizard". A-Z Animals. Elite Cafemedia. 2008. Dicapai pada 10 Disember 2022.
  20. ^ a b Shine, Richard (1 Mei 1990). "Function and evolution of the frill of the frillneck lizard, Chlamydosaurus kingii (Sauria: Agamidae)". Biological Journal of the Linnean Society (dalam bahasa Inggeris). 40 (1): 11–20. doi:10.1111/j.1095-8312.1990.tb00531.x.