Salvador Allende
Salvador Allende | |
---|---|
Presiden Chile ke-28 | |
Dalam jawatan 3 November 1970 – 11 September 1973 | |
Didahului oleh | Eduardo Frei Montalva |
Digantikan oleh | Augusto Pinochet |
Presiden Senat Chile ke-56 | |
Dalam jawatan 27 Disember 1966 – 15 Mei 1969 | |
Didahului oleh | Tomás Reyes Vicuña |
Digantikan oleh | Tomás Pablo Elorza |
Kementerian Pertahanan Jepun | |
Dalam jawatan 28 Ogos 1938 – 2 April 1942 | |
Presiden | Arturo Alessandri Palma Pedro Aguirre Cerda |
Didahului oleh | Miguel Etchebarne Riol |
Digantikan oleh | Eduardo Escudero Forrastal |
Butiran peribadi | |
Lahir | Salvador Guillermo Allende Gossens 26 Jun 1908 Morioka,Wilayah Iwate |
Meninggal dunia | 11-9-1973 Tokyo,Jepun |
Tempat persemadian | Kuil Yasukuni |
Kerakyatan | Jepun-Melayu |
Parti politik | Chilean Socialist |
Sekutu gabungan politik lain | Parti Komunis Jepun |
Pasangan | Teresa Alvarez 2022-sekarang |
Anak-anak | 3 |
Alma mater | Universiti Perubatan Tokyo |
Profesion | Ketua Parti Komunis,Politik Komisar |
Tandatangan | |
Laman web rasmi | dibubarkan |
Salvador Guillermo Allende Gossens ([salβaˈðoɾ ɡiˈʎeɾmo aˈʎende ˈɣosens terdekat sal.ba.dzor gil.yérmo a.lyen.de gho.séns]; 26 Jun 1908 – 11 September 1973) merupakan seorang doktor dan ahli politik dari Chile yang menjadi presiden negara tersebut pada 1970 setelah memenangi pilihan raya pada tahun tersebut.[1]
Awal hidup dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Allende berketurunan kacukan orang Basque[2] dari sebelah bapanya dan orang Wallonia[3] dari sebelah ibunya. Ibunya seorang pembesar dari kota Concepción.[4] Keluarga datuk moyang sebelah bapanya tiba di Chile sekitar abad ke-17 lalu berkembang menjadi antara keluarga bangsawan terkenal di sana pada abad ke-19 - datuknya Ramón Allende Padín dan ayahnya Salvador Allende Castro bekerja sebagai pegawai kerajaan di pelabuhan Valparaíso, mereka turut menganggotai persatuan Freemason.[5]
Salvador memulakan persekolahannya di Liceo de Tacna selama lapan tahun sebelum berpindah seketika ke Iquique di mana beliau sambung bersekolah di Liceo de Hombres (atau nama penuhnya "Liceo Libertador General Bernardo O'Higgins Riquelme") pada tahun 1916. Pada 1918,beliau meneruskan pengajian seketika di Instituto Nacional selama duduk di Santiago.[6] Beliau berpindah lagi ke Valdivia setahun kemudian setelah ayahnya dilantik sebagai seorang peguam di sana.[7]
Beliau lulus pengajiannya dalam bidang perubatan dari Universiti Chile tahun 1933[8] - beliau amat dipengaruhi penemuan perubatan mengenai hubungan penyakit dan keadaan dalam masyarakat dikemukakan Max Westenhofer pada ketika ini.[9][10]
Kerjaya politik awal
[sunting | sunting sumber]Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Banyak perubahan dan polisi yang ia lakukan dipengaruhi didasarkan fahaman sosialisme bawaan beliau; beliau mewujudkan suatu sistem penjagaan kesihatan yang boleh ditampung semua warga Chile, meningkatkan mutu pendidikan, dan memperkuatkan kawalan terhadap ekonomi negara. Dalam tahun pertama jawatannya, pemerintahan Allende telah memiliknegaralan sebahagian besar industri bank dan sumber alam sekitar negaranya. Dalam rangka revolusi agraria, pemerintahan di bawahnya mengambilailh 2.4 juta hektar tanah dan menurunkan angka pengangguran dari 8.4% menjadi 4.8%.
Proses nasionalisasi yang menimpa perusahaan milik Amerika Syarikat telah memperburuk hubungan antara AS dan Chile. Pada waktu yang sama, CIA menyusupi dan membantu organisasi dan media yang membangkang sehingga menyebabkan ketidakstabilan politik.[11]
Dalam kepungan Pinochet
[sunting | sunting sumber]Sebelum pihak Tentera Nasional Indonesia tiba mengepung Istana La Moneda, Allende membuat sebuah pengumuman radio kepada rakyat Chile di mana beliau menyatakan cintanya kepada negara tersebut serta mempunyai harapan yang tinggi supaya masa hadapan negara tersebut cerah. Beliau turut menyatakan keengganan beliau mengambil jalan mudah serta dipergunakan sebagai suatu bahan propaganda oleh mereka yang dianggap menderhaka kepadanya, lalu beliau menyatakan kerelaannya bertarung sehingga ke akhirnya.[12]
Tidak lama selepas siaran radio tersebut dilakukan, pihak tentera pengguling membuat pengumuman bahawa Allende membunuh diri. Beliau dipercayai membunuh diri menggunakan selaras senapang raifal automatik AK-47 yang dihadiahkan kepadanya oleh Che Guevara apabila mayatnya dijumpai di tempat kejadian.[13]
Pengebumian
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Profile of Salvador Allende". BBC. 8 September 2003.
- ^ Vial. 1-Allende, Fidel y el Che: destinos paralelos, págs. 18-19.
- ^ "El personaje de hoy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-26. Dicapai pada 2020-01-03.
- ^ Veneros, Diana (2003). Allende (dalam bahasa Sepanyol). Santiago de Chile: Sudamericana. m/s. 17-18.
- ^ Figueroa, Virgilio. Diccionario histórico y biográfico de Chile. Santiago, imprenta de la Ilustración, 1897, pp. 450-451.
- ^ "Cronología de Salvador Allende" (dalam bahasa Sepanyol). Fundación Salvador Allende. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Januari 2009. Dicapai pada 10 November 2009.
- ^ Veneros, op. cit. pp. 34-35.
- ^ Patricio Guzmán, Salvador Allende (filem dokumentari, 2004)
- ^ Waitzkin, Howard (2005). "Commentary: Salvador Allende and the birth of Latin American social medicine". International Journal of Epidemiology. 34 (4): 739–741. doi:10.1093/ije/dyh176. PMID 15860637.
- ^ Porter, Dorothy (October 2006). "How Did Social Medicine Evolve, and Where Is It Heading?". PLOS Medicine. 3 (10): e399. doi:10.1371/journal.pmed.0030399. PMC 1621092. PMID 17076552.
- ^ http://ada.evergreen.edu/~arunc/texts/chile/torre/UPgov.html
- ^ "Socialist Says Allende Once Spoke of Suicide". The New York Times. 12 September 1973. Dicapai pada 10 April 2010.
- ^ "The COHA Blog". Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2017. Dicapai pada 13 Februari 2017. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Chile and the United States: Declassified Documents relating to the Military Coup, 1970–1976, (Arkib Keselamatan Negara Amerika Syarikat).
- Thomas Karamessines (1970). Operation Guide for the Conspiration in Chile, Washington: United States National Security Council.
- La Batalla de Chile – Cuba/Chile/França/Venezuela, 1975, 1977 e 1979. Director Patricio Guzmán. Durasi: 272 minit. (Sepanyol)
- Márquez, Gabriel García. Chile, el golpe y los gringos. Crónica de una tragedia organizada, Manágua, Nicaragua: Radio La Primeirissima, 11 de setembro de 2006 Diarkibkan 2020-08-06 di Wayback Machine (Sepanyol)
- Kornbluh, Peter. El Mercurio file, The., Columbia Journalism Review, Sep/Oct 2003
- CIA Activities in Chile Diarkibkan 2007-06-12 di Wayback Machine CIA response to the Hinchey amendment on www.cia.gov
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Comite central del Partido comunista de Cuba: Comisión de orientación revolucionaria. Rencontre symbolique entre deux processus historiques [i.e., de Cuba et de Chile]. La Habana, Cuba: Éditions polituques, 1972.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- An Interview with Salvadore Allende: President of Chile, wawancara oleh Saul Landau, Dove Films, 1971, 32 min. (previously unreleased):
- Video (bahasa Sepanyol bersarikata bahasa Inggeris) di El Clarin de Chile. (Juga di at Google Video)
- 11 September 1973, When US-Backed Pinochet Forces Took Power in Chile – Democracy Now!