Rouen
Komun Rouen | |
Lokasi | |
Koordinat | |
Pentadbiran | |
---|---|
Negara | Perancis |
Kawasan | Haute-Normandie (ibu kotal) |
Departmen | Seine-Maritime (prefektur) |
Arrondissement | Rouen |
Kanton | Bandar utama 7 kanton |
Antara komun | Agglomération de Rouen |
Datuk Bandar | Pierre Albertini (2001-2008) |
Statistik | |
Ketinggian | 2 m–152 m (avg. 10 m) |
Keluasan daratan¹ | 21.38 km² |
Jumlah penduduk² (1999) |
106,592 |
- Kepadatan (1999) | 4,986/km² |
Lain-lain | |
INSEE/Kod pos | 76540/ 76000 |
¹
Data Daftar Tanah Perancis yang tidak merangkumi tasik, kolam, glasier, > 1 km² (0.386 batu persegi atau 247 ekar) dan muara sungai. | |
² Population sans doubles comptes: kiraan tunggal penduduk berbilang komun (misalnya, pelajar dan kakitangan tentera). | |
Rouen (sebutan /ʀuɑ̃/ dalam Bahasa Perancis, kadangkala juga /ʀwɑ̃/) merupakan ibu kota sejarah untuk Normandy, di barat laut Perancis di Sungai Seine, dan kini ibu kota région Haute-Normandie (Normandy Hulu). Pada seketikanya salah satu bandar yang terbesar dan terkaya di Eropah abad pertengahan, Rouen merupakan tempat duduk Exchequer Normandy pada Abad Pertengahan. Rouen merupakan salah satu ibu kota dinasti-dinasti Anglo-Norman, yang memerintah kedua-duanya England dan kebanyakan Perancis masa kini dari abad ke-11 hingga abad ke-15. Adalah di Rouen bahawa Joan of Arc dibakar sampai mati pada 1431. Orang-orang dari Rouen dipanggil Rouennais.
Bilangan penduduk kawasan metropolitan ini (dalam Bahasa Perancis: aire urbaine) dalam census 1999 ialah seramai 518,316 orang. Bandar sendiri (city proper) mempunyai penduduk seramai 106,592 orang.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Rouen ialah kota yang diasaskan oleh orang Gaul yang memanggilnya Ratumacos, dengan orang Rom kemudian menamainya semula sebagai Rotomagus. Ia merupakan kota utama Secunda Provincia Lugdunensis di bawah Maharaja Constantine. Pada abad ke-5, Rouen menjadi pusat kawasan biskop dan kemudiannya ibu kota Neustria. Pada abad ke-9, ia ditakluki oleh orang Norman dan sejak dari tahun 912, merupakan ibu kota Normandy serta tempat kediaman para duke.
Pada dekad 1100-an, Rouen menjadi tapak untuk sebuah institusi yeshiva bagi membelajari Torah Yahudi; ketika itu, sekitar 6,000 orang Yahudi tinggal di kota ini dan merupakan 20% daripada jumlah penduduk, selain daripada sebilangan besar orang Yahudi yang terselerak di kira-kira 100 buah komuniti lagi di Normandy. Tinggalan yeshiva yang dikekalkan dengan baik ditemui pada dekad 1970-an di bawah tapak Mahkamah-mahkamah Rouen, dengan komuniti ini kini membaik pulihnya.
Pada 24 Jun 1204, Philippe Auguste memasuki Rouen dan mengilhakkan Normandy untuk Kerajaan Perancis.
Semasa Perang Seratus Tahun pada 19 Januari 1419, Rouen menyerah kalah kepada Henry V dari England yang menjadikan Normandy sebagai sebahagian England. Joan dari Arc dibakar hidup-hidup di pancang di Rouen pada 30 Mei 1431, dan Perancis menawan semula kota ini pada tahun 1449.
Rouen dimusnahkan secara teruk dalam Perang Dunia II pada Hari-D, dan gereja termasyhurnya hampir termusnah oleh pengeboman Pihak Berikat. Semasa pendudukan Nazi, Tentera Laut Jerman bermarkas di sebuah chateau di kampus pusat pengajian perniagaan École Supérieure de Commerce de Rouen.
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Rouen ialah ibu kota région Haute-Normandie (Hulu Normandy), serta juga komun dan préfecture (ibu kota) département Seine-Maritime.
Rouen serta 36 buah komun subbandar kawasan metropolitan membentuk Komuniti Pengaglomeratan Rouen Haute-Normandie, dengan 393,621 orang penduduk semasa banci tahun 1999.
Galeri gambar
[sunting | sunting sumber]-
Pintu masuk ke Gereja Rouen
-
Gereja Santo-Ouen, chevet di Rouen
-
Rumah zaman pertengahan Rouen
-
Rue Saint-Romain pada hari hujan di Rouen
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Rouen. |
- Laman web Lembaga Pelancongan
- Laman web Majlis Bandaraya Diarkibkan 2005-01-24 di Wayback Machine
- Laman web Agglo-Rouennaise
- (Perancis) Télévision de l'agglomération rouennaise
- Gambar-gambar udara Rouen Diarkibkan 2006-11-26 di Wayback Machine
- Rouen : Gambar dan huraian monumen yang paling terkenal
- Ensiklopedia Katolik 1908: Sejarah gereja yang terperinci
- Galeri gambar foto hak bebas: [1] [2]
- Gambar-gambar Église Saint-Maclou
- Galeri gambar tentang Rouen
- Laman web Gutenberg: Rouen, Sejarah dan Monumen – oleh Théodore Licquet, 1840
- Laman web AFranceAttraction:Tarikan pelancong Rouen
Templat:Préfectures of départements of France
Templat:Préfectures of régions of France
Error: tiada nama laman disertakan (help).