iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: https://ms.wikipedia.org/wiki/Pusat_beli-belah
Pusat beli-belah - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Pusat beli-belah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Toronto Eaton Centre di pusat bandar Toronto.

Pusat beli-belah atau medan beli-belah ialah sebuah atau segugusan bangunan yang membentuk sebuah kompleks kedai perniagaan, laluan pejalan kaki bersambungan yang memudahkan perjalanan pengunjung dari satu unit ke satu unit, di samping tempat letak kereta – ibarat pasar dalam bangunan yang serba moden.

Arked beli-belah di Tokyo, Jepun.

Bazaar Besar Isfahan yang tertutup dibina pada abad ke-10. Bazaar Besar Tehran tertutup yang panjangnya 10 km juga panjang sejarahnya. Sebuah lagi Bazaar Besar di Istanbul yang dibina pada abad ke-15 ialah salah sebuah pasar tertutup terbesar yang masih wujud di dunia, meliputi lebih 58 jalan dan 4,000 kedai.

Gostiny Dvor yang dibuka pada tahun 1785 di St. Petersburg, boleh dianggap sebagai salah sebuah binaan terawal yang dibina sebagai medan beli-belah, kerana terdiri daripada lebih 100 kedai yang meliputi kawasan seluas 53,000 m2 (570,000 ka2). Pasar Tertutup Oxford di Oxford, England, dibuka pada tahun 1774 dan masih beroperasi hingga kini.

Burlington Arked di London dibuka pada tahun 1819. The Arcade di Providence, Rhode Island memperkenalkan konsep medan beli-belah ke Amerika Syarikat pada tahun 1828, menjadikannya medan beli-belah tertua di Amerika.[1] Pada 1860-an dibukanya Galleria Vittorio Emanuele II di Milan, Itali yang lebih menyerupai medan beli-belah moden dari segi kelapangan. Diikuti pula oleh bandar-bandar lain yang turut mendirikan arked dan pusat bli-belah sejak akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, termasuk Cleveland Arcade dan GUM di Moscow (1890). Pusat beli-belah awal yang direka untuk peruncitan kereta termasuk Market Square, Lake Forest, Illinois (1916) dan Country Club Plaza, Kansas City, Missouri (1924).

Pusat beli-belah "Sevens" di Düsseldorf, Jerman.

Pusat beli-belah terawal

[sunting | sunting sumber]

Medan beli-belah tertutup sepenuhnya tidak wujud hingga 1950-an, apabila gagasannya dirintiskan oleh Victor Gruen, seorang jurubina yang berasal dari Austria. Generasi baru medan beli-belah ini termasuklah Northgate Mall di Seattle, Washington (1950), Northland Shopping Center berhampiran Detroit, Michigan (1954), dan Gulfgate Mall di Houston; ketiga-tiga pusat beli-belah Amerika Syarikat tersebut asalnya merupakan pusat beli-belah pejalan kaki terbuka teteapi diubah menjadi medan tertutup. Pusat beli-belah tertutup yang pertama sejak akhir perang ialah Southdale Center yang dibuka di kawasan subbandar Edina, Minnesota di Minneapolis-St. Paul, Amerika Syarikat pada tahun 1956. Pusat beli-belah ini memperluaskan kegiatan peruncitan dari pusat bandar yang padat ke dalam kawasan perumahan subbandar. Gagasan medan beli-belah yang terbina daripada ruang tertutup yang diisi oleh kedai-kedai yang bersebelahan, jauh dari pusat bandar dan hanya boleh dicapai dengan menaiki kereta, semakin diterima di seluruh dunia. Di UK, Chrisp Street Market ialah kawasan beli-belah pejalan kaki pertama yang dibina dengan jalan di hadapan kedai. Pihak pemaju seperti Alfred Taubman dari Taubman Centers memperbaharui konsep ini dengan memasang jubin terrazzo di Mall at Short Hills di New Jersey, hiasan air pancut, dan dua tingkat yang membolehkan pengunjung mengitari semua kedai.[2] Taubman mencadangkan hampran tidak digunakan kerana percaya bahawa hamparan memperlahankan pergerakan pengunjung kerana geseran.[2] Panel kaca yang memudarkan sinaran matahari didampingi oleh pencahayaan elektrik, menimbulkan suasana seakan-akan waktu petang lebih lama dan menggalakkan para pengunjung terus membeli-belah selama boleh.[3][4]

Taman ria di pusat Mall of America di Bloomington, Minnesota, pusat beli-belah terbesar di AS.
Galerías Pacífico di Buenos Aires, Argentina

Medan selera

[sunting | sunting sumber]

Hampir semua pusat beli-belah tersedia medan selera yang terdiri daripada sederetan gerai makanan segera beraneka jenis yang mengelilingi sebuah ruang makan sepunya.

Gedung serbaneka

[sunting | sunting sumber]

Ketika gagasan medan beli-belah dibangunkan oleh Victor Gruen pada 1950-an, adalah penting untuk menempatkan gedung serbaneka besar demi kestabilan kewangan projeknya, di samping menarik ramai pelanggan yang turut membantu kedai-kedai yang lebih kecil. Gedung besar ini dipanggil gedung utama, anchor store atau penyewa tarikan (draw tenant). Gedung utama biasanya menikmati diskaun besar pada bayaran sewanya, lebih-lebih lagi boleh juga menerima dorongan tunai dari pihak pengurusan medan beli-belah untuk terus berniaga. Biasanya, jika terdapat lebih daripada satu gedung utama, maka gedung-gedung tersebut terletak berjauhan dari satu sama lain untuk memaksimumkan jumlah pengunjung berlalu-lalang antara gedung.

Perkembangan terkini

[sunting | sunting sumber]

Pusat beli-belah menegak

[sunting | sunting sumber]

Harga tanah yang mahal di bandaraya yang teramat ramai penduduknya telah mencetuskan konsep pusat beli-belah "menegak," yang mana ruang yang diperuntukkan kepada perniagaan runcit disusun mengikut tingkat-tingkat yang boleh dimasuki melalui lif dan/atau tangga gerak yang menghubungkan tingkat-tingkat tersebut. Jenis pusat beli-belah perlu mengatasi kecenderungan para pengunjung untuk berjalan-jalan secara mendatar dan menggalakkan mereka bergerak ke atas dan ke bawah.[5] Pusat beli-belah menegak sering ditemui di kawasan yang begitu padat dengan penduduk seperti Hong Kong dan Bangkok. Contohny: Times Square di Hong Kong.[5]

Pusat beli-belah menegak ada gunanya di kawasan yang menghadapi sekatan pada kegiatan pembinaan, seperti faktor-faktor geografi, atau untuk mengelakkan terjejasnya persekitaran yang berkepentingan sejarah. Darwin Shopping Centre dan medan beli-belah sekutunya di Shrewsbury, UK, dibina di lereng bukit yang curam, di keliling tembok sebuah istana zaman pertengahan yang berhampiran;[6] justeru, pusat beli-belah tersebut disusun kepada tujuh tingkat yang disambungkan oleh lif, tangga gerak dan jejantas.[7] Sesetengah penghuni pusat beli-belah Darwin juga menyusun ruang perniagaannya secara menegak, seperti restoran McDonald's yang dibahagi kepada empat tingkat.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "The Arcade, Providence RI". Brightridge.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-27. Dicapai pada 2009-07-17.
  2. ^ a b Caitlin A. Johnson (April 15, 2007). "For Billionaire There's Life After Jail". CBS News. Dicapai pada 2009-12-29. Taubman picked upscale areas and opened lavish shopping centers. He was the first to offer fountains and feature prestigious anchor stores like Neiman Marcus. The Mall at Short Hills in New Jersey is one of the most profitable shopping centers in the country. Taubman is famous for his attention to detail. He's very proud of the terrazzo tiles at Short Hills. "The only point that the customer actually touches the shopping center is the floor," he said. "They've got traction as they're walking. Very important. Some of our competitors put in carpet. Carpet's the worst thing you can have because it creates friction." Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ Caitlin A. Johnson (April 15, 2007). "For Billionaire There's Life After Jail". CBS News. Dicapai pada 2009-12-29. Alfred Taubman is a legend in retailing. For 40 years, he's been one of America's most successful developers of shopping centers. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  4. ^ Thane Peterson (2007-04-30). "From Slammer Back To Glamour". Business Week. Dicapai pada 2009-12-29. Shopping mall magnate and onetime Sotheby's (BID ) owner Alfred Taubman, 83, may be a convicted felon, but he's continuing to insist on his innocence in his just-out autobiography, Threshold Resistance: The Extraordinary Career of a Luxury Retailing Pioneer (Collins, $24.95). Writing on his business triumphs, Taubman is heavy on the boilerplate. But he gives a juicy personal account of the Sotheby's-Christie's price-fixing scandal that sent him to the slammer. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  5. ^ a b Danny Chung, Reach for the sky, The Standard, December 09, 2005
  6. ^ Discovering Shropshire's History: Shrewsbury Town Walls
  7. ^ "Shrewsbury Shopping Centres store guide (PDF)" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-10-02. Dicapai pada 2010-02-04.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Ngo-Viet, Nam-Son. [1]2002. The Integration of the Suburban Shopping Center with its Surroundings: Redmond Town Center (Dissertation) University of Washington.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]