iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: https://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Teluk
Perang Teluk - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Perang Teluk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Teluk
Perang Teluk Parsi

Ikut arah jam dari atas: Pesawat Tentera Udara A.S terbang di atas telaga minyak Kuwait yang terbakar; pasukan British di dalam Operasi Granby; pandangan kamera dari pesawat Lockheed AC-130; Lebuhraya Kematian; Kenderaan tempur jurutera M728
Tarikh2 Ogos, 1990 – 28 Februari, 1991 (tamat secara rasmi pada 30 November, 1995)
Lokasi
Keputusan
  • Kemenangan Pasukan Bersekutu
  • Pengunduran pasukan tentera Iraq dari Kuwait
Pihak yang terlibat

 Kuwait
 Amerika Syarikat
 United Kingdom
 Arab Saudi
 Bangladesh
 Mesir
 Perancis
 Syria
 Maghribi
 Oman
 Pakistan
 Qatar
 Emiriah Arab Bersatu
 Kanada
 Australia
 New Zealand

Pasukan Tentera Bersekutu lain
Iraq Iraq
Komandan dan pemimpin

Kuwait Jaber Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah

Amerika Syarikat George H. W. Bush
Amerika Syarikat Norman Schwarzkopf
Amerika Syarikat Colin Powell
Arab Saudi Khalid bin Sultan[1][2]
United Kingdom Margaret Thatcher
United Kingdom John Major
United Kingdom Peter de la Billière

Iraq Saddam Hussein

Iraq Ali Hassan al-Majid
Kekuatan
- 959,600[3]
- 1,820 pesawat pejuang dan penyerang (1,376 A.S, 175 Arab Saudi, 69 Britain, 42 Perancis, 24 Kanada, 8 Itali)
- 3,318 kereta kebal (terutamanya M1 Abrams(A.S.),Challenger 1(UK), M60 Patton(A.S.)
- 8 kapal pengangkut pesawat
- 2 kapal tempur
- 20 penjajap
- 20 pembinasa
- 5 kapal selam[4]
- 1,000,000+
- 649 pesawat pejuang
4,500 kereta kebal (Type-59, Type-69, & T-55 T-62 buatan Iraq, kira-kira 500 T-72 buatan Soviet) [4]
Kerugian dan korban
Tembakan musuh: 181 terbunuh
719 cedera
41 ditawan (mangsa rakyat Kuwait tidak diketahui).
Tembakan sendiri: 44 maut, 57 cedera
Letupan peluru: 11 maut
Kemalangan: 145 maut
20,000-200,000 maut,
80,000 ditawan,[5]
75,000 cedera

Perang Teluk Parsi(tulisan Jawi : ڤراڠ تلوق ڤرسي) (2 Ogos 1990 – 28 Februari 1991), nama kod Operasi Ribut Padang Pasir (17 Januari, 1991– 28 Februari, 1991) atau ringkasnya dikenali sebagai Perang Teluk, adalah sebuah perang oleh Pasukan Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu menentang Iraq sebagai tindak balas ke atas serangan Iraq ke atas Kuwait. Pasukan Bersekutu telah ditugaskan untuk mengusir pasukan tentera Iraq daripada Kuwait selepas pencerobohan dan pendudukan Iraq ke atas Kuwait pada bulan Ogos 1990. Meskipun terdapat hampir tiga dozen negara-negara yang bergabung dalam tentera Pasukan Bersekutu, majoriti pasukan tentera disumbangkan oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Serangan ke atas Kuwait oleh pasukan tentera Iraq telah menyebabkan sekatan ekonomi dikenakan oleh beberapa anggota Majlis Keselamatan PBB, dengan Amerika Syarikat dan United Kingdom kemudian membuat persediaan untuk berperang. Pengusiran tentera Iraq dari Kuwait bermula pada Januari 1991 dengan kemenangan muktamad dicapai oleh Pasukan Bersekutu, yang telah berjaya mengambil alih Kuwait dan memasuki wilayah Iraq. Pertempuran udara dan darat telah berlaku dalam lingkungan wilayah Iraq, Kuwait dan kawasan sempadan Arab Saudi. Iraq juga telah melancarkan peluru berpandu ke Arab Saudi dan Israel sebagai pembalasan di atas sokongan mereka kepada Pasukan Bersekutu di Kuwait.

  1. ^ Gulf War, the Sandhurst-trained Prince Khaled bin Sultan al-Saud was co commander with General Norman Schwarzkopf www.casi.org.uk/discuss
  2. ^ General Khaled was Co-Commander, with U.S. General Norman Schwarzkopf, of the allied coalition that liberated Kuwait www.thefreelibrary.com
  3. ^ Pasukan Bersekutu dalam Perang Teluk (terkini) mengikut negara www.nationmaster.com
  4. ^ a b Geoffrey Regan, p.214
  5. ^ Crocker III, H. W. (2006). Don't Tread on Me. New York: Crown Forum. m/s. 386. ISBN 9781400053636.


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]