Penanda wacana
Rencana ini perlu dirapikan bagi memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Masalah tertentu ialah: tidak mengikut format Wikipedia. (Julai 2021) |
Penanda wacana ialah unsur bahasa yang digunakan dalam sesuatu penulisan atau perbualan untuk menghasilkan wacana yang koheren atau berkesatuan. Penanda wacana digunakan dalam perenggan yang sama atau perenggan baharu dan diletakan untuk membantu pembaca karya memahami maksud tulisan dan menyusun idea tulisan.
Kesan penanda wacana merupakan unsur penting dalam penulisan atau percakapan yang bertujuan untuk menyampaikan perasaan, suasana, atau emosi tertentu kepada pembaca atau pendengar.
Penanda Wacana Rumusan
[sunting | sunting sumber]Penanda Wacana Rumusan merupakan penanda wacana asas yang digunakan untuk merumuskan suatu karangan atau tulisan. Ia terdiri daripada Antara, Selain itu, Seterusnya, Di samping itu, Akhir sekali dan kadang-kadangnya Kesimpulannya. Penanda wacana tersebut kebiasanya diformati seperti ini;
"Antara [soalan] ialah/adalah/termasuk [isi 1]. Selain itu, [isi 2]. Seterusnya, [isi 3]. Di samping itu, [isi 4]. Akhir sekali, [isi 5]. Kesimpulannya, [kesimpulan karangan/tulisan]"
Senarai Penanda Wacana Lain
[sunting | sunting sumber]Selain dari penanda wacana rumusan, terdapat banyak penanda wacana yang biasa digunai dalam tulisan dan komunikasi harian. Ini adalah senarainya, disusun secara abjad;
Kerana
[sunting | sunting sumber]Penanda wacana kerana digunakan untuk gambarkan penyebab atau alasan di dalam suatu konteks. Dalam penulisan dan percakapan, kata kerana sering kali digunakan untuk mengungkapkan hubungan sebab-akibat atau memberikan penjelasan terhadap suatu kejadian atau pernyataan.
- Contoh: "Dia tidak hadir ke sekolah, kerana dia sakit."
Lanjutan Daripada Itu
[sunting | sunting sumber]Penanda wacana lanjutan daripada itu merujuk kepada maklumat tambahan atau kesinambungan topik yang dibincangkan sebelum ini.
- Contoh: "Perbincangan kami mengenai perubahan organisasi telah berlangsung sejak sekian lama. Lanjutan daripada itu, kita perlu bincangkan kemungkinan kesan kepada pekerja."
Lebih-lebih lagi
[sunting | sunting sumber]Penanda wacana lebih-lebih lagi digunakan untuk menambah maklumat atau hujah yang menguatkan atau menjelaskan idea yang telah disampaikan.
- Contoh: "Dia seorang ahli biologi, lebih-lebih lagi, mempunyai pengalaman penyelidikan yang luas dalam bidang pemuliharaan haiwan terancam."
Mahupun
[sunting | sunting sumber]Penanda wacana mahupun menunjukkan bahawa dua hal atau lebih memiliki kesamaan atau berkaitan, walaupun mereka mungkin berbeda atau tidak umumnya diharapkan berhubungan. Mahupun sering digunakan untuk menyatukan elemen-elemen yang mungkin terlihat berbeza atau tidak serupa secara semula jadi.
- Contoh: "Dia tersenyum, mahupun dalam keadaan sedang diuji."
Natijahnya
[sunting | sunting sumber]Penanda wacana natijahnya menunjukkan pembicaraan atau penulis akan menyampaikan hasil atau kesimpulan dari suatu pernyataan, peristiwa, atau rangkaian pernyataan yang telah disampaikan sebelumnya. Frasa ini sering digunakan untuk mengakhiri suatu penjelasan atau pertanyaan dengan memberikan ringkasan atau simpulan dari informasi yang telah dibahaskan.
- Contoh: "Dia memiliki pengalaman yang luas dalam industri ini, memiliki kemahiran komunikasi yang baik, dan juga pemahaman yang mendalam tentang industri ini. Natijahnya, dia dianggap sebagai pemimpin yang efektif dalam pasukan."
Sehubungan Dengan Itu
[sunting | sunting sumber]Penanda wacana sehubungan dengan itu digunakan untuk memberi penekanan butiran lanjut atau penjelasan yang berkaitan dengan pernyataan atau idea.
- Contoh: "Syarikat itu memberi tumpuan untuk membangunkan produk baharu. Sehubungan dengan itu, mereka sekarang sedang giat meningkatkan usaha pemasaran untuk mencapai pasaran yang lebih luas."
Sekali Lagi
[sunting | sunting sumber]Penanda wacana sekali lagi menunjukkan pengulangan atau penghantaran semula maklumat yang dinyatakan sebelum ini. Ia digunakan untuk menekankan atau mengulang sesuatu yang dianggap penting atau relevan dalam konteks tersebut.
- Contoh: “Beliau memberikan persembahan yang sangat baik. Sekali lagi, perkara utama yang diutamakan ialah inovasi yang dibawa oleh produk baru kami."
Seperkara Lagi
[sunting | sunting sumber]Penanda wacana seperkara lagi adalah penanda wacana untuk menyampaikan keterangan lanjut dalam percakapan atau tulisan.
- Contoh: "Beliau mempunyai kemahiran komunikasi yang luar biasa. Seperkara lagi, kebolehannya menangani situasi sukar amat diiktiraf oleh rakan sekerjanya."
Walaupun
[sunting | sunting sumber]Penanda wacana walaupun sering digunakan untuk memperkenalkan punca yang berlawanan terhadap informasi atau keadaan yang telah disampaikan sebelumnya. Ini menunjukkan adanya suatu perbezaan atau ketidaksamaan antara dua hal yang mungkin dinyatakan. Secara takrifan asas, walaupun menunjukan hubungan perbezaan antara dua pernyataan atau fakta.
- Contoh: "Walaupun cuaca sangat panas, dia tetap bersemangat berolahraga di luar."
.
Klasifikasi Penanda Wacana
[sunting | sunting sumber]Penanda Wacana Perbandingan
[sunting | sunting sumber]Penanda wacana perbandingan (juga dikenali sebagai penanda wacana perbezaan) ialah penghubung wacana yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu ayat yang baru diperkatakan dengan ayat sebelumnya dalam sesebuah wacana.
Penanda wacana perbandingan ini juga merupakan rangkai kata yang digunakan untuk menyatakan tentangan kepada ayat sebelumnya.
Antara contoh penanda wacana perbandingan dan contoh ayatnya seperti di bawah:
1. Walaupun
a. Menyatakan perbezaan atau padanan antara dua situasi, iaitu menekankan adanya perbezaan antara dua perkara yang dibandingkan. Ia merangkumi idea bahawa walaupun sesuatu mungkin berlaku, namun situasi lain yang bertentangan juga mungkin berlaku.
b. Contoh ayat:
i. Walaupun Samsiah berasa sangat penat kerana tugas yang sukar itu, dia tetap gigih dan cuba menyiapkan kerja itu. Kesungguhan dan ketabahan Samsiah mengatasi keletihan menunjukkan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap tugas yang diberikan kepadanya.
ii. Walaupun hujan lebat, kami tetap mengambil keputusan untuk ke taman untuk beriadah. Keinginan untuk menjalankan aktiviti riadah ini mencerminkan semangat positif walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
2. Tetapi
a. Menyatakan perbezaan atau perubahan arah pemikiran dalam ayat. Ia berfungsi untuk memperkenalkan idea yang bercanggah dengan apa yang telah dinyatakan sebelum ini, menunjukkan perubahan fokus dalam konteks tertentu.
b. Contoh ayat:
i. Ainul sangat lapar selepas bekerja sepanjang hari di hospital, tetapi kekecewaan melanda apabila dia tiba di restoran tersebut dan mendapati restoran itu sudah tutup. Oleh itu, Ainul mengambil peluang untuk pergi ke restoran yang lain.
ii. Kakak Aini mempunyai minat yang mendalam dalam dunia sastera dan suka membaca pelbagai jenis buku sekiranya mempunya waktu terluang. Tetapi, dia tidak pandai memasak walaupun umurnya sudah 23 tahun.
3. Walau bagaimanapun
a. Menyatakan penentangan terhadap sudut pandangan atau situasi tertentu dalam ayat. Ia digunakan untuk menerangkan perbezaan kepada apa yang mungkin dijangkakan atau dinyatakan sebelum ini, menunjukkan rasa menentang atau tidak bersetuju dengan pandangan atau situasi tertentu.
b. Contoh ayat:
i. Ibu bapa Umar tidak menyokong pilihan kerjaya anak mereka di bidang seni. Walau bagaimanapun, Umar meneruskan hasratnya dan berjaya membuktikan kebolehannya dalam bidang tersebut kepada keluarganya.
ii. Razif menyokong pasukan bola sepak tempatan. Walau bagaimanapun, dia tidak bersetuju dengan beberapa taktik yang digunakan oleh jurulatih pasukan tersebut.
4. Namun demikian
a. Menyatakan tentangan atau perbezaan dalam konteks tertentu. Ia digunakan untuk memperkenalkan idea atau fakta yang bertentangan dengan apa yang mungkin dijangkakan atau telah dinyatakan sebelum ini, menunjukkan perbezaan dalam situasi yang sedang dibincangkan.
b. Contoh ayat:
i. Dia sering meluangkan masa untuk menyiapkan tugasan sekolahnya pada setiap malam. Namun demikian, hasil yang diperoleh dalam ujian tidak mencapai tahap yang diharapkan.
ii. Izni sering menunjukkan sikap garang terhadap adik-adiknya, lebih-lebih lagi apabila dia merasakan dia perlu melindungi atau mengajar mereka dengan tegas. Namun demikian, di sebalik ketegasannya, hatinya sebenarnya sangat lembut dan penuh kasih sayang terhadap adik-adiknya.
5. Sebaliknya
a. Menyatakan perbezaan dengan idea atau situasi sebelumnya. Ia digunakan untuk memperkenalkan perbezaan dengan apa yang mungkin dijangkakan atau telah dinyatakan sebelum ini, menonjolkan perubahan arah pemikiran atau fokus dalam ayat tersebut.
b. Contoh ayat:
i. Rizal tidak berminat dalam sukan bukan bermakna dia tidak berminat dengan aktiviti fizikal. Sebaliknya, dia lebih suka membaca buku untuk meningkatkan ilmu pengetahuannya.
ii. Farhan sering tidak hadir ke sekolah. Sebaliknya, dia menggunakan masa yang sepatutnya diluangkan di sekolah untuk melepak di pusat permainan video. Keputusannya untuk tidak hadir ke sekolah ini mencerminkan sikap tidak minat belajarnya di sekolah.
6. Meskipun demikian
a. Menyatakan perbandingan antara dua pernyataan atau situasi, walaupun kedua-duanya mungkin kelihatan bertentangan. Ia digunakan untuk menunjukkan perbezaan antara dua fakta atau situasi yang mungkin tidak selari atau kelihatan bercanggah.
b. Contoh ayat:
i. Meskipun demikian, kegigihan dan tekad Nurul dalam mengejar cita-citanya sebagai seorang ahli perubatan terus membuahkan hasil, walaupun beliau perlu menghadapi pelbagai cabaran akademik dan personal sepanjang perjalanan pembelajarannya.
ii. Meskipun demikian, walaupun Sarah rajin belajar, namun dia menghadapi cabaran dalam memahami topik Matematik. Usaha rajinnya tidak selaras dengan kepayahan yang ditemuinya ketika memahami konsep-konsep dalam subjek tersebut.
7. Bagaimanapun
a. Menyatakan perbezaan fakta atau idea yang bertentangan dengan apa yang diharapkan atau telah dikatakan sebelum ini. Ia digunakan untuk menunjukkan keadaan atau kejadian yang tidak sama seperti yang dijangkakan sebelum ini, dan juga menekankan perubahan atau perkembangan yang mungkin mengejutkan atau tidak dijangka.
b. Contoh ayat:
i. Awalnya, projek itu dianggap sukar untuk dijalankan kerana mengalami banyak halangan daripada pelbagai pihak yang campur tangan di dalam projek ini. Bagaimanapun, dengan kerjasama pasukan, mereka berjaya menyelesaikannya tepat pada masanya.
ii. Dia sangat pemalu, sikap pemalunya dapat dilihat oleh rakan-rakan sekelasnya di sekolah. Bagaimanapun, apabila di rumah, dia seorang yang sangat ceria dan suka bergurau dengan ahli keluarganya.
Turutan
Penanda wacana turutan adalah elemen bahasa yang digunakan untuk menyusun informasi secara tersusun atau berurutan. Fungsi utamanya adalah untuk membantu pembaca atau pendengar memahami rangkaian peristiwa, tahap, atau urutan suatu proses dengan lebih mudah. Penanda wacana turutan membimbing pembaca atau pendengar melalui suatu cerita, panduan, atau penjelasan dengan menyusun urutan waktu atau tahap yang terlibat.
1. Pertamanya
a. Penggunaan penanda wacana turutan "pertamanya" memberikan pertanda bahawa pembicara atau penulis akan memulai dengan memberikan atau menjelaskan sesuatu yang menjadi awal dari suatu rangkaian peristiwa atau urutan tindakan. Kata "pertamanya" menunjukkan urutan pertama atau langkah awal dalam suatu konteks.
b. Contoh ayat: "Pertamanya, ketika anda ingin menulis karangan, pilihlah topik yang menarik. Ini akan membantu memikat perhatian pembaca sejak awal."
2. Akhirnya
a. Penggunaan "akhirnya" membantu menciptakan struktur naratif yang jelas dan memberikan penutup bagi pembaca atau pendengar. Kata ini menunjuk kepada pengakhiran sebuah jalan cerita atau perbicaraan.
b. Contoh ayat: "Setelah berbulan-bulan mencari, akhirnya mereka menemukan jalan penyelesaian untuk masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi."
3. Selain itu
a. Penggunaan penanda wacana turutan "selain itu" menunjukkan bahwa pembicara atau penulis akan menyajikan informasi tambahan atau mengembangkan gagasan yang sudah disampaikan. Frasa "selain itu" digunakan untuk memperluas atau memberikan dimensi lebih lanjut terkait dengan topik atau isi yang telah dibahas sebelumnya.
b. Contoh ayat: "Pendidikan yang baik melibatkan pembelajaran akademis yang kuat. Selain itu, juga perlu memasukkan aspek pengembangan karakter dan keterampilan sosial."
4. Keduanya
a. Penggunaan penanda wacana turutan "keduanya" menunjukkan adanya dua elemen atau langkah yang dinyatakan secara spesifik dalam urutan tertentu. Kata ini menyiratkan bahwa ada dua hal yang perlu diperhatikan, dilibatkan, atau dibahas dalam suatu konteks, dan keduanya memiliki sifat relevan atau keterkaitan dengan informasi sebelumnya.
b. Contoh ayat: "Dalam kehidupan sehat, keseimbangan antara pola makan dan bersenam sangat penting. Keduanya, memainkan peranan dalam menjaga kesihatan."
5. Seterusnya
a. Penggunaan penanda wacana turutan "seterusnya" menunjukkan bahwa pembicara atau penulis akan melanjutkan dengan memberikan informasi, peristiwa, atau langkah selanjutnya dalam suatu urutan atau rangkaian. Kata ini menandakan bahwa ada kelanjutan atau perkembangan dari apa yang telah disampaikan sebelumnya.
b. Contoh ayat: "Langkah pertama sebelum melancarka produk baru adalah melakukan penelitian. Seterusnya, kita dapat menyusun strategi pemasaran yang tepat."
Contoh
Definisi Penanda Wacana Contoh
Dalam konteks penanda wacana, contoh memberikan ilustrasi atau butiran khusus yang mengukuhkan dan menjelaskan konsep atau idea yang disampaikan dalam teks. Ia berfungsi sebagai bukti konkrit yang membantu pembaca atau pendengar lebih memahami kenyataan yang dibuat. Melalui contoh, penulis dapat menggambarkan situasi atau objek yang sesuai dengan konteks teks, menjelaskan maksud, dan menyokong hujah yang dikemukakan.
Dengan memberikan contoh yang relevan, pembaca atau pendengar dapat membayangkan atau lebih memahami konsep yang dijelaskan dalam teks. Oleh itu, penggunaan contoh dalam penanda wacana memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada khalayak secara lebih spesifik dan mudah.
Fungsi Penanda Wacana Contoh
Dalam penanda wacana, peranan contoh adalah untuk menyokong dan menggambarkan kenyataan yang dibuat. Contoh berfungsi dengan menerangkan situasi atau keadaan tertentu. Contohnya, apabila membincangkan kesan perubahan iklim, contoh khusus seperti banjir atau peningkatan suhu yang melampau boleh digunakan untuk memberikan gambaran yang lebih realistik. Contoh juga digunakan untuk membantu memahami konsep abstrak. Idea atau teori yang sukar dari segi konsep boleh lebih mudah difahami oleh pembaca atau pendengar dengan memberikan ilustrasi atau contoh kehidupan sebenar. Penggunaan contoh bukan sahaja memberikan bukti kukuh tetapi juga mengukuhkan dan menjelaskan idea yang disampaikan dalam teks.
Ayat contoh Penanda Wacana Contoh
1. Contohnya
a. Dalam konteks penanda wacana, "contohnya" merujuk kepada penggunaan ilustrasi atau situasi konkret untuk memberi sokongan atau menjelaskan pernyataan sebelumnya. Contoh yang disediakan berfungsi sebagai elemen yang memperkukuh dan memberikan kejelasan kepada pembaca atau pendengar mengenai topik yang sedang dibahas. Dengan menyertakan contoh, penulis atau penutur dapat membuat pernyataannya lebih nyata dan mudah dipahami. Dengan demikian, "contohnya" berperan penting dalam menyampaikan informasi secara lebih persuasif dan memberikan gambaran yang lebih hidup terkait dengan pernyataan yang dibuat.
b. Berikut adalah contoh ayat untuk menerangkan penggunaan.
i. Era modern ini, manusia sudah tidak asing lagi dengan media sosial atau sering disingkat dengan medsos. Setiap media sosial menyediakan sebuah kolom komentar, contohnya twitter yang menyediakan fitur balasan (reply) pada tulisan (tweet) lawan bicara.
ii. Penutur natif biasanya mampu membezakan penggunaan kesemua frasa tersebut berdasarkan maklumat tambahan. Contohnya, “mati” dianggap lebih kasar berbanding “meninggal dunia” dari sudut penggunaannya.
2. Khususnya
a. Dalam konteks penanda wacana, "khususnya" berfungsi untuk menunjukkan fokus pada suatu bagian atau kelompok tertentu dari suatu topik atau pernyataan yang telah dibuat sebelumnya. Penggunaan kata ini memberikan arahan kepada pembaca atau pendengar untuk memberikan perhatian khusus pada aspek yang lebih spesifik atau terbatas dari konteks yang dibahas. Dengan kata lain, "khususnya" membantu menyempitkan fokus diskusi, memungkinkan pemahaman yang lebih mendalam tentang elemen-elemen yang menjadi perhatian utama.
b. Berikut adalah contoh ayat untuk menerangkan penggunaan.
i. Penerapan kerangka teoretis Teori Relevans untuk penganalisisan data merupakan kaedah yang bersesuaian dan berpada dalam meneroka kerelevanan sesuatu ujaran itu khususnya bagi ungkapan implikatur.
ii. Secara keseluruhannya, kajian ini menegaskan bahawa praandaian yang digunakan dalam komunikasi mampu memberi unsur kefahaman kepada pembaca atau pendengar khususnya apabila mereka dapat memahami strategi-strategi yang telah digariskan
3. Misalnya
a. "Misalnya" digunakan dalam penanda wacana untuk memberikan contoh-contoh konkret yang mendukung atau mengilustrasikan pernyataan umum yang telah dibuat sebelumnya. Fungsinya sebagai pengantar contoh, menciptakan pemahaman yang lebih jelas dan konkret bagi pembaca atau pendengar. Kata "misalnya" memberikan sinyal bahwa contoh yang diberikan hanyalah sebagian kecil dari kemungkinan contoh yang relevan. Dengan demikian, kata "misalnya" memberikan nuansa inklusif, menyoroti bahwa ada berbagai contoh yang dapat mendukung pernyataan atau konsep yang dibahas, tanpa mencakup semua kemungkinan.
b. Berikut adalah contoh ayat untuk menerangkan penggunaan.
i. Leech (terjemahan Azhar M. Simin 1993) menyatakan bahawa lakuan lokusi ialah melakukan lakuan menyatakan sesuatu, misalnya: LOKUSI: t berkata kepada d bahawa X.
ii. Pada umumnya, manusia saling berkomunikasi untuk tujuan tertentu, misalnya bagi membina keakraban dan kerjasama antara satu sama lain.
4. Terutamanya
a. "Terutamanya" digunakan dalam penanda wacana untuk menyoroti bahwa suatu hal atau aspek memiliki tingkat penting atau keutamaan yang lebih tinggi daripada yang lain dalam suatu konteks tertentu. Fungsinya adalah memberikan penekanan pada elemen yang dianggap lebih signifikan atau relevan. Dengan menggunakan kata "terutamanya," pembicara atau penulis memberikan penonjolan pada elemen yang dianggap paling penting atau memainkan peranan utama dalam konteks yang dibahas.
b. Berikut adalah contoh ayat untuk menerangkan penggunaan.
i. Teori Relevans yang menggabungkan komunikasi dan kognisi sesuai digunakan dalam memahami prosiding dan perbicaraan mahkamah terutama jika melibatkan ujaran implikatur.
ii. Terdapat rungutan daripada orang ramai terhadap bahasa atau ujaran yang digunakan oleh guru-guru agama dalam interaksi perbualan mereka, terutamanya yang berkaitan dengan pemakaian bahasa yang tidak sopan.
5. Andai kata
a. Kata "andai kata" digunakan dalam penanda wacana untuk memperkenalkan suatu kondisi atau situasi hipotetis, sering kali untuk membuat perbandingan atau kontrast dengan situasi yang sebenarnya. Penggunaan "andai kata" memungkinkan pembicara atau penulis untuk membangun skenario imajiner dan mengajukan pertanyaan seperti, "Apa yang akan terjadi jika..." atau "Bagaimana jika keadaannya adalah...". Penggunaan kata ini membuka pintu untuk refleksi dan pemikiran tentang kemungkinan atau alternatif dalam konteks tertentu.
b. Berikut adalah contoh ayat untuk menerangkan penggunaan.
i. Apakah faktor utama yang menentukan kejayaan seseorang di tempat kerja? Andai kata jawapan kita ialah kerana faktor pengetahuan atau IQnya yang tinggi, jawapan sebenarnya adalah salah.
ii. Andai kata kita memiliki sistem pendidikan yang lebih inklusif, setiap pelajar akan mendapat peluang yang sama untuk memajukan diri tanpa mengira latar belakang atau kebolehan.
Masa
- akhirnya
- pada masa yang sama
- sesekali
- dewasa ini
- pada ketika itu
- sebelum ini
- selepas itu
- pada mulanya
- semenjak itu
- sementara itu
- serentak dengan
- ada ketikanya
- pada mulanya
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Info Pelajar. (2023). Penanda wacana: Senarai dan contoh penggunaan. Dicapai pada 31 Januari 2023, daripada https://infopelajar.my/penanda-wacana/
Pandai. (2024). Penanda wacana. Dicapai pada 23 Januari 2024, daripada https://app.pandai.org/note/read/kssm-bm-07-05-12/kssm-f1-bm-05/penanda-wacana
Mohammad Fadzeli Jaafar. (2013). Penanda wacana dalam teks melayu lama berunsur sejarah. Jurnal Bahasa, 13(2), 243- 258.
Muhammad Faizul Abd Hamid, Mohd Azidan Abdul Jabar, & Muhammad Alif Redzuan Abdullah. (2019). Unsur penanda wacana dalam teks ucapan belanjawan 2019. Jurnal Bahasa, 19(1), 42-65.
Nor Hazila Mat Lazim, & Idris Aman. (2018). Penanda wacana dalam teks pelan pembangunan negara. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1), 1-13.
Norhayati Alias & Alia Hazwani Binti Hamidon. (2022). Penanda Wacana Pernyataan Semula dalam Wacana Keagamaan: Satu Wacana Lisan. Jurnal Melayu, 21(1), 1- 16.
Mohammad Fadzeli, 2013