Parvati
Penampilan
Parvati (Devanagri: पार्वती , IAST: Pārvatī) ialah bentuk keibuan Dewi Induk Gauri Jagadamba. Parvati merupakan sebuah lagi bentuk Shakti, isteri Shiva dan aspek yang lebih lembut buat Maha Devi atau Durga, Dewi Agung. Parvati dianggap penjelmaan semula Adi Parashakti atau Dewi Durga, dengan kesemua Dewi lain menjadi penjelmaan atau manifestasinya. Parvati ialah isteri kedua Shiva, Dewa kemusnahan dan kebangkitan semula Hindu, secara nominal. Walau bagaimanapun, dewi ini tidak berbeza daripada Sati, sebagai penjelmaan semula isteri pertama Shiva.