November 2010
Penampilan
November 2010 ialah bulan kesebelas untuk 2010 dan 2010-an. Ia bermula pada hari Isnin dan berakhir selepas 30 hari pada hari Selasa.
Portal:Hal semasa
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 28 November - WikiLeaks mengeluarkan koleksi lebih 250,000 kawat diplomatik Amerika Syarikat, termasuk 100,000 bertanda "sulit" atau "rahsia".
- 23 November - Korea Utara membedil Pulau Yeonpyeong, meningkatkan ketegangan di Semenanjung Korea.
- 21 November - Satu pungutan suara di Madagaskar mengesahkan perlembagaan baru yang membenarkan Andry Rajoelina (gambar) kekal sebagai presiden sementara.
- 15 November - Alpha Condé memenangi pusingan kedua pilihan raya presiden Guinea.
- 14 November - Sebastian Vettel menjadi juara termuda Formula Satu, memenangi Formula Satu musim 2010, manakala Red Bull Racing memenangi kejuaraan pengeluar.
- 13 November - Ahli politik pembangkang Myanmar Aung San Suu Kyi dibebaskan dari tahanan rumah.
- 12 November - Sukan Asia ke-16 dirasmikan (gambar) di Guangzhou, Republik Rakyat China.
- 10 November - Siklon Jal (gambar) dan banjir yang menyusul mengorbankan sekurang-kurangnya 150 orang di India, Thailand, Malaysia dan Sri Lanka.
- 9 November - Dalam pilihan raya Myanmar pertama sejak 20 tahun, parti pembangkang mengaku kalah kepada Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan, selepas Liga Demokrasi Kebangsaan memboikot pilihan raya tersebut.
- 5 November - Letusan berterusan Gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia, mengorbankan lebih 150 orang dan memaksa ratusan ribuan lagi berpindah.
- 2 November - Pilihan raya separuh penggal Dewan Perwakilan dan Senat diadakan di Amerika Syarikat.