iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: https://ms.wikipedia.org/wiki/Nombor_perdana
Nombor perdana - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Nombor perdana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sistem nombor matematik 
Asas

Nombor asli
Nombor negatif
Integer
Nombor nisbah
Nombor bukan nisbah
Nombor nyata
Nombor khayalan
Nombor kompleks
Nombor algebra
Nombor transenden

Perluasan kompleks

Nombor dwikompleks
Nombor hiperkompleks
Kuaternion
Kokuaternion
Bikuaternion
Oktonion
Sedenion
Tesarina
Hipernombor
Nombor supernyata
Nombor hipernyata
Nombor sureal

Lain-lain

Nombor kompleks belah
Nombor bersiri
Nombor melampaui terhingga
Nombor ordinal
Nombor kardinal
Nombor perdana
Nombor p-adik
Nombor boleh bina
Nombor boleh kira
Jujukan integer
Pemalar matematik
Nombor besar
Pi
Nombor Euler
Unit khayalan
Ketakterhinggaan

Dalam matematik, nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.

Jika suatu bilangan yang lebih besar daripada satu bukan nombor perdana, maka bilangan itu disebut nombor komposit. Cara termudah untuk menentukan nombor perdana yang lebih kecil daripada bilangan tertentu adalah dengan menggunakan saringan Eratosthenes manakala saringan Atkin agak pantas.

Nombor perdana terbesar

[sunting | sunting sumber]

Nombor perdana terbesar yang diketahui setakat ini ialah 274,207,281 − 1. Bilangan ini mempunyai 22,338,618 digit dan merupakan nombor perdana Mersenne. Ditemui oleh Great Internet Mersenne Prime Search pada 7 Januari 2016.

Nombor perdana terkecil dan satu-satunya nombor perdana genap ialah 2.

Konjektur penting

[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa konjektur (tekaan) yang penting dalam matematik yang melibatkan nombor perdana. Antaranya ialah: