iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: https://ms.wikipedia.org/wiki/Nadi
Nadi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Nadi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Infobox body process

Dalam perubatan, nadi mewakili pempalpatan arteri sentuh kitar jantung (denyutan jantung) oleh hujung jari yang terlatih. Nadi boleh dipalpat di mana-mana tempat yang membenarkan arteri dimampat berdekatan permukaan badan, seperti pada leher (arteri karotid), pergelangan tangan (arteri radius), pada lipatan paha ([[ arteri femur]]), di belakang lutut (arteri popliteus), berdekatan sendi pergelangan kaki (arteri tibial posterior), dan pada kaki (arteri dorsalis pedis). Nadi (atau kiraan nadi arteri per minit) adalah setara dengan mengukur kadar jantung. Kadar jantung boleh juga diukur dengan mendengar denyutan jantung dengan pengauskultatan, secara tradisinya menggunakan stetoskop dan mengiranya selama seminit. Nadi radius biasanya diukur menggunakan tiga jari. Hal ini ada sebabnya: jari yang terdekat dengan jantung digunakan untuk memerangkap tekanan nadi, jari hantu digunakan untuk mendapat anggaran mentah tekanan darah, dan jari paling distal dengan jantung (biasanya jari manis) digunakan untuk membatalkan kesan nadi ulnar kerana dua arteri itu bersambung melalui lengkung palma (superfisial dan dalam). Kajian nadi dikenali sebagai sfigmologi.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Medical records Templat:Cardiovascular physiology Templat:Cardiovascular system symptoms and signs