iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: https://ms.wikipedia.org/wiki/Moai
Moai - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Moai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Moai yang menghadap kearah pulau di Ahu Tongariki, yang dipulihkan oleh pakar kaji purba Chile, Claudio Cristino pada 1990-an

Moai atau mo‘ai merupakan patung batu berbentuk manusia yang ada di Pulau Easter timur Polinesia (milik Chile) antara tahun 1250 dan 1500.[1] Hampir separuh jumlah moai yang ada masih ditemui di Rano Raraku, tetapi beratus-ratus moai telah dipindahkan dari situ lalu diletakkan di atas pelantar batu (ahu) di sekeliling pulau.

Hampir kesemua moai memiliki kepala besar tiga per lima dari saiz badan mereka. Kebanyakan moai menggambarkan nenek moyang yang didewakan (aringa ora ata tepuna).[2] Patung-patung tersebut masih berdiri luas dipandang apabila orang Eropah mula melawat pulau tersebut, tetapi kebanyakannya akan ditumbangkan kemudian semasa pertelingkahan antara puak-puak.

Penghasilan dan pengangkutan patung-patung tersebut dianggap kejayaan kreatif dan fizikal yang menakjubkan.[3] Moai tertinggi yang ditegakkan, dikenali sebagai Paro, hampir 10 meter (33 ka) tinggi dan seberat 75 tan;[4] patung yang terberat didirikan terletak di Ahu Tongariki seberat 86 tan; dan satu ukiran yang belum disiapkan, sekiranya siap, hampir sekitar 21 meter (69 ka) tinggi dengan berat sekitar 270 tan.

Enam daripada lima belas moai di Ahu Tongariki
Moai diletakkan di pinggir bukit di Rano Raraku

Moai merupakan patung bongkah, dengan ukiran minima dan bentuk mereka saling berkait yang ukiran yang dijumpai sepanjang Polynesia. Moai diukir pada permukaan bongkah batu yang agak rata, muka menunjukkan wajah yang megah tetapi membingungkan. Kepala yang terlebih besar (bandingan tiga bahagian setiap lima bahagian antara kepala dan badan, kecenderungan pengukir yang menggambarkan kepercayaan Polynesia kepada kesucian kepala ketua mereka) yang dikatakan memiliki kening tebal dan hidung yang panjang dengan gelung berbentuk mata kail jelas pada lubang hidung. Bibir memuncung dalam muncung sedikit. Sebagaimana hidung, telinga adalah lanjut dan berbentuk lonjong. Rahang jelas berbanding leher yang dipendekkan. Badan adalah besar, dan kadangkala, tulang selangka diukur samar-samar pada batu. Lengan diukir tohor ("bas relief") dan melekap pada badan pada pelbagai kedudukan, tangan dan jari yang panjang terletak pada puncak pinggul, bertemu dengan hami (loincloth), dengan ibu jari kadangkala menunjuk ke arah pusat. Secara umum, perincian anatomi bahagian belakang adalah tidak jelas, tetapi kadangkala mempunyai cecincin dan motif pada punggung belakang. Kecuali pada kneeling moai, patung-patung ini tidak mempunyai kaki.

Patung yang siap dipindahkan ke ahu kebanyakannya di persisiran pantai, kemudian ditegakkan, kadangkala dengan silinder batu merat (pukao) di atas kepala mereka. Moai kemungkinannya amat mahal untuk diukir dan diangkut; bukan hanya pengukiran sebenar setiap patung memerlukan usaha dan sumber, tetapi hasil yang siap kemudiannya diangkut ke lokasi terakhirnya dan ditegakkan.

Kuari di Rano Raraku kelihatannya ditinggalkan secara mengejut, dengan serpihan peralatan batu bertaburan, banyak moai lengkap di luar kuari masih menunggu untuk diangkut dan patung hampir siap masih in situ sebagaimana yang ditegakkan di ahu. Pada abad ke sembilan belas, ini mendorong kepada jangkaan bahawa pulau itu merupakan sisa benua tenggelam dan kebanyakan moai yang siap berada di dasar lautan. Idea ini telah disingkirkan, dan kini difahami bahawa:

  • Sesetengah patung merupakan ukiran batu dan tidak pernah bertujuan disiapkan.
  • Sesetengahnya tidak siap kerana apabila kecacatan pada batu ("inclusions") dijumpai, pengukir akan meninggalkan patung yang seperuh siap itu dan memulakan pengukiran patung baru [5] (tuff merupakan batu lembut dengan kadang-kala batu lebih keras dalamnya).
  • Sesetengah patung yang siap di Rano Raraku diletakkan di situ secara kekal dan bukannya diletak sementara menunggu dipindahkan.[6]
  • Sesetengah sememangnya tidak siap apabila era penghasilan patung berakhir.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]
Moai tuff ditegakkan kembali di Ahu Tahai dengan mata replika dan pukao dipulihkan

Patung Pulau Easter terkenal bagi hidung besar, lebar dan dagu menonjol, bersama telinga bersegi dan mata cekung ("deep eye slits").

Suatu pasukan arkeologi diketuai Sergio Rapu Haoa pada tahun 1979 menjumpai rongga mata membujur yang diukir untuk meletakkan mata batu karang -berdasarkan serpihan yang ditemui - dengan "anak mata" baik yang obsidian atau merah. Moai yang ada "mata" ini difahamkan berkedudukan khusus memungkinkan adanya hierarki Rapa Nui terpilih diberikan pada reka bentuk moai sehingga penamatannya dengan permulaan agama "orang burung" atau Tangata Manu.

Pukao sanggul dan ikat kepala

[sunting | sunting sumber]

Sesetengah moai memiliki pukao pada kepala dipahat daripada batu scoria merah, batu yang amat ringan dari kuari di Puna Pau.

Hoa Hakananai'a di Muzium British

Penanda (hasil kerja ukir batu)

[sunting | sunting sumber]

Apabila mula-mula diukir, Permukaan moai disepuh licin dengan menggosok dengan batu apung. Malangnya, batu tuff yang mudah diukir yang digunakan bagi mengukir kebanyakan moai juga menjadikannya mudah terhakis, dan, hari ini, tempat terbaik bagi melihat perincian permukaan adalah pada beberapa moai yang diukir dari batu basalt atau dalam gambar dan rekod arkeologi berkenaan permukaan moai terlindung kerana tertanam.

Moai ini yang kurang terhakis biasanya memiliki pola diukir pada bahagian belakang dan posterior. Ekspedisi Tubir Katherine pada tahun 1914 menunjukkan kaitan budaya[7] antara pola ini dan tatu tradisi di pulau ini, yang telah dipendam oleh para mubalih setengah abad yang lalu. Sehingga analisa moden penduduk pulau dan nenek-moyang mereka, ini merupakan bukti saintifik utama bahawa moai telah diukir oleh Rapa Nui dan bukannya kumpulan berasingan dari Amerika Selatan.

Sekurang-kurangnya sesetengah moai telah dicat; Hoa Hakananai'a dihiasi dengan cat merah manggis ("maroon") dan putih sehingga 1868, apabila ia dipindahkan dari pulau tersebut. Ia kini ditempatkan di Muzium British, London.

Peta Pulau Easter menggunakan moai untuk menunjukkan lokasi kebanyakan ahu

Patung itu diukir oleh koloni Polynesian di pulau itu, kebanyakannya sekitar 1250 CE dan 1500 CE.[1] Tambahan kepada menggambarkan nenek moyang yang telah mati, moai, sebaik sahaja ditegakkan atas ahu, mungkin juga dianggap sebagai mewakili ketua yang masih berkuasa atau bekas ketua dan simbol status leluhur yang penting.

Patung yang siap dipindahkan ke ahu kebanyakannya di persisiran pantai, kemudian ditegakkan, kadangkala dengan silinder batu merah (pukao) di atas kepala mereka. Moai kemungkinannya amat mahal untuk diukir dan diangkut; bukan hanya pengukiran sebenar setiap patung memerlukan usaha dan sumber, tetapi hasil yang siap kemudiannya perlu diangkut ke lokasi terakhirnya dan ditegakkan.

Kuari di Rano Raraku kelihatannya ditinggalkan secara mengejut, dengan serpihan peralatan batu, banyak moai lengkap di luar kuari menunggu diangkut dan patung hampir siap masih di situ in situ sebagaimana yang ditegakkan di ahu. Pada abad ke sembilan belas, perkara ini mendorong kepada jangkaan bahawa pulau itu merupakan sisa benua tenggelam dan kebanyakan moai yang siap berada di dasar lautan. Idea ini telah disingkirkan, dan kini disedari bahawa:

  • Sesetengah patung merupakan ukiran batu dan tidak pernah bertujuan disiapkan.
  • Sesetengahnya tidak siap kerana apabila ketulan ("inclusions") dijumpai, pengukir akan meninggalkan patung yang seperuh siap itu dan memulakan pengukiran patung baru [8] (tuff merupakan batu lembut dengan kadang-kala batu lebih keras dalamnya).
  • Sesetengah patung yang siap di Rano Raraku diletakkan di situ secara kekal dan bukannya diletak sementara menunggu dipindahkan.[9]
  • Sesetengah sememangnya tidak siap apabila era penghasilan patung berakhir.

Juru ukir

[sunting | sunting sumber]

Moai tersebut samaada diukir oleh kelas pengukir profesional khusus yang setanding dari segi darjat dengan ahli pangkat tinggi persatuan seni Polynesian yang lain, atau, selain itu, oleh ahli setiap puak. Sejarah lisan menunjukkan bahawa kuari

Rano Raraku dibahagikan kepada daerah berbeza bagi setiap puak.

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Oleh kerana pulau itu tiada pokok ketika orang Eropah pertama sampai, pengangkutan patung telah menjadi misteri untuk masa yang lama; analisa debunga kini menunjukkan bahawa pulau tersebut hampir sepenuhnya diselitupi pokok sehingga 1200 CE. Debunga pokok hilang dari rekod menjelang 1650, dan penghasilan patung terhenti sekitar tempoh tersebut.

Ia tidak dapat dipastikan dengan sebenar bagaimana moai digerakkan merentasi pulau, tetapi proses tersebut hampir pasti memerlukan tenaga manusia, tali, dan kemungkinannya geluncur kayu (luncur) dan/atau penggolek, dan juga laluan rata merentasi pulau (jalan Pualu Easter).

Sejarah lisan menceritakan bagaimana pelbagai orang menggunakan kuasa dewa untuk memerintah patung berjalan. Kisah terawal menyatakan raja Tuu Ku Ihu menggerakkannya dengan kuasa dewa Makemake, sementara kisah berikutnya menceritakan wanita yang tinggal seorang diri di puncak gunung memerintahkan mereka bergerak menurut kehendaknya. Para sarjana kini menyokong teori bahawa kaedah utama adalah moai "berjalan" tegak (sesetengah menggangap proses mengoyangkannya), kerana membaringkan ia terlentang di atas luncur (kaedah yang digunakan oleh penduduk Pulau Easter bagi menggerakkan batu pada tahun 1860-an) akan memerlukan anggaran 1,500 orang bagi mengerakkan moai terbesar yang telah berjaya ditegakkan. Pada tahun 1998, Jo Anne Van Tilburg mencadangkan bahawa kurang dari separuh jumlah tersebut mampu melakukannya dengan meletakkannya di atas luncur di atas penggoleh dengan pelincir. Pada tahun 1999, dia membuat uji kaji untuk menggerakkan moai seberat sembilan tan. Mereka berusaha memuatkan replika pada peluncur yang dibina dalam bentuk rangka A yang kemudiannya diletakkan di atas penggolek. Sejumlah 60 orang menarik beberapa tali dalam dua cubaan bagi menunda moai. Cubaan pertama gagal apabila penggolek lekat. Cubaan kedua berjaya apabila mereka meletakkan landasan di tanah. Ini merupakan tanah yang rata; ujikaji selanjutnya mungkin perlu untuk menentukan samaaada ia boleh dilakukan di permukaan berlekuk-lekak.[10]

Tanda menunjukkan darjat perlindungan bagi moai

Pada tahun 1986, Pavel Pavel, Thor Heyerdahl dan Muzium Kon Tiki menguji dengan moai seberat lima tan dan moai seberat sembilan tan. Dengan tali diikat di sekeliling kepala patung dan tali yang lain di ikat pada pangkalnya, dan menggunakan lapan pekerja bagi patung kecil dan 16 orang diperlukan bagi patung yang lebih besar, mereka membawa moai "berjalan" kehadapan dengan mengesot dan mengoyang nya sisi ke sisi; bagaimanapun, ujian tersebut ditamatkan awal kerana kerosakan pada pangkal patung akibat serpih. Sungguhpun ujikaji itu terhenti lebih awal, Thor Heyerdahl menganggarkan bahawa kaedah ini bagi patung 20-tan merentasi mukabumi Pulau Easter akan membenarkan pergerakan 320 kaki (98 m) sehari. Bagaimanapun, sarjana lain memutuskan bahawa ini bukanlah cara moai dipindahkan.[10][11]

Pada masa yang sama, arkeologi Charles Love melakukan ujian dengan replika seberat 10-tan. Ujian pertamanya mendapatu menggoyang patung untuk menggerakkannya tidak stabil bagi jara melebihi beberapa ratus ela. Dia kemudiannya mendapati bahawa meletakkan patung tegak pada dua luncur di atas penggolek kayu, 25 orang mampu menggerakkan patung sejauh 150 kaki (46 m) dalam dua minit. In 2003, further research indicated this method could explain the regularly spaced post holes where the statues were moved over rough ground.

Dia mencadangkan bahawa lubang tersebut mempunyai tiang tegak dikedua belah laluan agar ketikak patung bergerak di tengah-tengah, ia digunakan sebagai tuas ("cantilevers") bagi galah yang digunakan bagi membantu mengerakkan patung mendaki cerun tanpa memerlukan orang tambahan bagi menarik tali dan sama juga untuk memperlahankannya ketika menuruni cerun. Galah tersebut boleh bertindak sebagai brek apabila diperlukan..[12]

Tiada teori diterima ramai, dan, pada laman web mereka, program sains Nova menjemput orang awam bagi menghantar teori mereka sendiri untuk dinilai oleh para arkeologi dan Pengarah Projek Patung Pulau Easter Dr. Jo Anne Van Tilburg.

1722–1868 penumbangan moai

[sunting | sunting sumber]

Selepas lawatan Roggeveen 1722, kesemua moai yang telah didirikan ditumbangkan, dengan patung tegak terakhir dilaporkan pada tahun 1838 oleh Abel Aubert Dupetit Thouars, dan tiada patung yang masih tegak

1868,[13] selain dari yang sepatuh terbenam di cerun luar Rano Raraku. Sejarah lisan menunjukkan bahawa ini merupakan sebahagian pertelingkahan maut dikalangan penduduk pulau, dan bukannya disebabkan oleh gempa bumi atau punca lain. Moai biasanya ditumbangkan kehadapan agar muka mereka tertutup dan sering kali ditumbangkan dalam cara tertentu yang menyebabkan leher mereka patah. Har ini, sekitar 50 moai telah ditegakkan kembali di atas ahus mereka atau di muzium di tempat lain.

Pemindahan

[sunting | sunting sumber]

Sebelah atau lebih moai telah dipindahkan dari pulau dan dipindahkan ketempat lain seluruh dunia, termasuk enam dari tiga belas moai yang diukir dari batu basalt.

Pengekalan dan pemulihan

[sunting | sunting sumber]

Dari tahun 1955 sehingga 1978, seorang pakar kaji purba Amerika, William Mulloy menjalankan penyiasatan menyeluruh mengenai penghasilan, pengangkutan dan menegakkan tugu Pulau Easter. Projek Rapa Nui Mulloy termasuk menyiasat kompleks Akivi-Vaiteka dan pemulihan fizikal Ahu Akivi (1960); penyiasatan dan pemulihan Ahu Ko Te Riku dan Ahu Vai Uri dan Kompleks Upacara Tahai (1970); penyiasatan dan pemulihan dua ahu di Hanga Kio'e (1972); penyiasatan dan pemulihan kampung upacara di Orongo (1974) dan banyak lagi tinjauan arkeologi keseluruhan pulau Easter.

Taman Negara Rapa Nui dan moai telah dimasukkan ke dalam senarai tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1994 dan senarai perlindungan budaya dunia dan warisan semulajadi pada persidangan PBB tahun 1972. Projek Patung Pulau Easter (EISP) merupakan projek penyelidikan dan dokumen terkini berkenaan moai di Rapa Nui dan artifak yang terdapat dalam muzium di luar negara. Matlamat projek ini adalah untuk memahami kegunaan sebenar ukiran, konteks dan makna dengan keputusan diberikan kepada ahli keluarga Rapa Nui serta agensi awam pulau yang bertanggungjawab dalam menjaga dan mengekalkan moai.

Pada tahun 2008, seorang pelancong Finland memecahkan sedikit bahagian telinga satu daripada moai. Pelancong itu didenda $17,000 kerana membuat kerosakan itu dan disekat dari memasuki pulau tersebut selama tiga tahun.[14][15]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Steven R Fischer. The island at the end of the world. Reaktion Books 2005 ISBN1 86189 282 9
  2. ^ Easter Island Statue Project
  3. ^ Rapa Nui National Park
  4. ^ New Scientist, 29 July, 2006, pp. 30-34
  5. ^ Katherine Routledge (1919) The Mystery of Easter Island ISBN 0-932813-48-8 page 181
  6. ^ Katherine Routledge (1919) The Mystery of Easter Island ISBN 0-932813-48-8 page 186
  7. ^ Katherine Routledge (1919) The Mystery of Easter Island ISBN 0-932813-48-8 page 220
  8. ^ Katherine Routledge (1919) The Mystery of Easter Island ISBN 0-932813-48-8 page 181
  9. ^ Katherine Routledge (1919) The Mystery of Easter Island ISBN 0-932813-48-8 page 186
  10. ^ a b History channel "Mega Movers: Ancient Mystery Moves"
  11. ^ Easter Island--the mystery solved / Thor Heyerdahl 1989
  12. ^ Flenley, John (2003). The Enigmas of Easter Island: Island on the Edge. Oxford University Press. ISBN 0192803409.
  13. ^ John Flenley and Paul G. Bahn (2003). [http://books.google.com/books?id=PtKSlp4X3oMC&pg=PA150&lpg=PA150&dq=1838+Moai&so urce=web&ots=w4X0RMZtky&sig=NXq6Dben1Cl5kUhthx49_AOlwi4 The Enigmas of Easter Island: Island on the Edge] Check |url= value (bantuan). m/s. 150. ISBN 0192803409. line feed character in |url= at position 81 (bantuan); line feed character in |author= at position 26 (bantuan)
  14. ^ "Easter Island fines ear chipper". BBC News. 2008-04-09. Dicapai pada 2008-09-21.
  15. ^ "Tourist chips earlobe off ancient statue on Easter Island". Globe and Mail. 2008-04-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-12. Dicapai pada 2008-09-21.

The "Walking" Moai of Easter Island. Retrieved 8

August 2005.

Islands Year Book 17th Edition. Fiji Times. Retrieved 8 August 2005.

  • Matthews, Rupert (1988). Ancient Mysteries. Wayland Publishing. ISBN 0-531-18246-0.
  • Pelta, Kathy (2001). Rediscovering Easter Island. Lerner Publishing Group. ISBN 0-8225-4890-9.
  • Routledge, Katherine (1919) The Mystery of Easter Island ISBN 0-932813-48-8.
  • Van Tilburg, Jo Anne (2001). "Easter Island". In P.N. Peregine and M. Ember (eds.), Encyclopedia of Prehistory, Volume

3: East Asia and Oceania. Kluwer Academic/Plenum Publishers. ISBN 0-306-46257-5

  • Van Tilburg, Jo Anne (2006). Remote Possibilities: Hoa Hakananai'a and HMS Topaze on Rapa Nui. British Museum Research

Papers.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]