Khutbah
Khutbah (pinjaman Arab: خطبة khuṭbah, "ucapan"[1]) merupakan suatu penyampaian pidato atau syarahan oleh agamawan tertentu untuk menyampaikan ajaran dalam agama tersendiri kepada jemaah seikutan, lazimnya berikutan suatu sembahyang di sebuah tempat ibadah.
Kandungan yang disampaikan dalam khutbah-khutbah ini memiliki fungsi yang bersifat pendidikan, sosial, etis, malah juga politik.[2] Penyampai khutbah ("pengkhutbah") memberikan pengetahuan, cara beribadah, dan norma yang cenderung kepada kemasyarakatan dan etika dalam sesebuah masyarakat melalui ucapan yang dikarang.[2] Pengkhutbah juga difahamkan peranannya sebagai seorang guru yang memimpin di dalam ibadah, yang mengajar peraturan hidup beretika serta memenuhi keperluan rohaniah yang perlu dalam para jemaah ditujukan.[2] Khutbah sangat erat kaitannya dengan fungsinya sebagai alat pengajaran kepada umat yang menganut.[2]
Kelaziman mengikut agama
[sunting | sunting sumber]Agama Islam
[sunting | sunting sumber]Terdapat dua jenis khutbah yang utama diketahui disampaikan:
- khutbah Jumaat - suatu khutbah yang wajib disampaikan seorang yang berkelayakan bagi memenuhi syarat solat Jumaat,
- khutbah Hari Raya - khutbah yang disampaikan bagi memenuhi sembahyang khas yang dilakukan pada pagi hari-hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Kandungan yang disampaikan lazim menerapkan intipati surah-surah Al-Quran dan Hadis termasuk memetik langsung daripada teks sebegini.
Agama Kristian
[sunting | sunting sumber]Penyampaian khutbah dalam kalangan agamawan dari anutan ini biasa dilakukan orang yang bertauliah seperti paderi dan bukannya kaum awam (layman - rujuk homili). Ia dilakukan semasa misa.
Mazhab-mazhab gereja Protestan banyak menumpukan kepada kegiatan ini sebagai aspek paling penting sembahyang dalam gereja menggantikan Perjamuan Tuhan yang lazim dalam mazhab-mazhab Katolik (seperti mazhab Katolik Rom).
Agama Yahudi
[sunting | sunting sumber]Khutbah ini disampaikan oleh rabai. Karangan kandungan yang disampaikan bersifat menumpu kepada taubat atau memberi patah kata semangat kepada jemaah kanisah.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Dalam agama Islam
- Dalam agama Kristian
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 127. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ a b c d Mircea Eliade, penyunting (1987). The Encyclopedia of Religion. Macmillan Publishing Company: New York. m/s. 494-496.