iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: https://ms.wikipedia.org/wiki/Kejuruteraan_nuklear
Kejuruteraan nuklear - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Kejuruteraan nuklear

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kejuruteraan nuklear ialah cabang kejuruteraan yang mengkaji fenomena-fenomena nuklear seperti pembelahan nukleus, ujian tanpa musnah, penyelidikan bahan serta penjanaan tenaga.[1] Individu yang menceburi bidang kejuruteraan nuklear dikenali sebagai jurutera nuklear. Kebanyakkan daripada jurutera nuklear akan menceburi penyelidikan dalam industri nuklear, namun keperluan jurutera nuklear dalam industri-industri seperti industri petroleum, industri kosmetik dan farmaseutikal, industri elektronik, pemeriksaan tapak dan sambungan kimpalan serta sebagai pegawai keselamatan amat penting.

Bidang profesional

[sunting | sunting sumber]

Pembelahan nukleus

[sunting | sunting sumber]

Pembelahan nukleus merupakan pemecahan nukleus atom boleh pecah yang lemah kepada dua unsur lebih kecil, berbeza dan zarah yang lain termasuk neutron. Sekitar 2.7 neutron dibebaskan bagi setiap pembelahan, yang boleh menyebabkan pemecahan tambahan sekiranya bahan boleh terbelah mencukupi hadir. Pemecahan nukleus dihasilkan dengan memisahkan satu atao atau melakurkan dua atam berbeza.

Jenis pembelahan nukleus biasa termasuk pembelahan haba, di mana pembelahan disebabkan oleh penyerapan neutron haba agak perlahan dengan tenaga kinetik sekitar 0.125 eV. Pembelahan pantas adalah pembelahan yang disebabkan oleh penyerapan neutron lebih bertenaga, dengan tenaga kinetik pada tahap MeV. Juga, terutamanya bagi nuklei berat, pembelahan spontan mungkin berlaku. Nuklei yang boleh belah oleh neutrons biasanya membawa sekurang-kurangnya memiliki peluang agak kecil berlakunya pembelahan spontan.

Pada umumnya, pembelahan haba biasanya digunakan dalam reaktor perdagangan, sungguhpun reaktor pembiak cepat telah dibangunkan bagi menggunakan pembelahan pantas.

Amerika Syarikat mendapat 19% dari tenaga eletriknya dari kuasa nuklear.[2] Jurutera nuklear dalam bidang ini biasanya bekerja, secara langsung atau tidak langsung, dalam industri tenaga nuklear atau bagi makmal negara.

Penyelidikan dalam industri kini mengarah pada menghasilkan reka bentuk logi tahan penggandaan nuklear yang ekonomi dengan ciri-ciri keselamatan pasif. Sungguhpun makmal kerajaan menyelidik bidang yang sama dengan industri, mereka turut mengkaji pelbagai isu lain seperti bahan api nuklear dan kitaran bahan api nuklear, reka bentuk reaktor maju, dan reka bentuk dan penyelenggaraan senjata nuklear. Saluran utama bagi melatih kaki tangan bagi kemudahan reaktor Amerika Syarikat adalah Program Kuasa Nuklear Tentera Laut.

Bahan nuklear dan bahan api nuklear

[sunting | sunting sumber]

Penyelidikan bahan nuklear tertumpu kepada dua cabang ,bahan api nuklear dan pengubahsuaian bahan penggalak sinaran. Kemajuan dalam teknologi bahan api nuklear amat penting bagi memastikan keselamatan serta kecekapan reaktor nuklear bertambah. Kajian terhadap kesan sinaran kepada bahan dapat menghasilkan bahan baharu dengan ciri-ciri yang berlainan daripada bahan asal.[3] Kebiasaanya sinaran yang digunakan dalam kajian ini dijana oleh pemecut zarah.

Pengukuran radiasi dan dosimetri

[sunting | sunting sumber]

Jurutera nuklear dan ahli sains radiologi berminat dalam pembangunan sistem pengukuran dan sistem pengesan radiasi mengion lebih maju, dan menggunakannya, antara lain bagi memperbaiki teknologi pengimejan. Ini termasuk reka bentuk pengesan, penghasilan dan analisis, pengukuran asas atom dan tatarajah nuklear, dan sistem pengimejan radiasi.

Kejuruteraan Nuklear di Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Pengajian Fizik Nuklear di Malaysia hanya ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam program Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear dengan Kepujian. [4][5][6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
Jenis-jenis
Bidang-bidang utama Teknologi
Industri Kejuruteraan kewangan | Jentera/Mesin | Pembinaan | Pengilangan | Perlombongan
Kejuruteraan Biokejuruteraan | Kejuruteraan alam sekitar | Kejuruteraan awam | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan bangunan | Kejuruteraan biokimia | Kejuruteraan bioperubatan | | Kejuruteraan elektrik | Kejuruteraan elektronik | Kejuruteraan kimia | Kejuruteraan komputer | Kejuruteraan mekanik | Kejuruteraan nuklear | Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan kaji logam | Kejuruteraan perindustrian | Kejuruteraan perisian | Kejuruteraan pertanian | Kejuruteraan petroleum
Kesihatan dan Keselamatan Bioinformatik | Bioteknologi | Bahan farmaseutik | Kejuruteraan bioperubatan | Kejuruteraan keselamatan | Kimiainformatik | Teknologi kesihatan | Teknologi perlindungan kebakaran
Maklumat dan Komunikasi Grafik | Komunikasi | Pengecaman pertuturan | Teknologi muzik | Teknologi pandangan
Olahraga dan Rekreasi Alatan perkhemahan | Kelengkapan sukan | Sukan | Taman permainan
Pengangkutan Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan samudera | Kenderaan bermotor | Pengangkutan | Ruang angkasa | Teknologi angkasa lepas
Rumah / Kediaman Alat rumah | Hasil and pengeluaran makanan | Teknologi pendidikan | Teknologi rumah tangga
Sains gunaan Elektronik | Fizik kejuruteraan | Kecerdasan buatan | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan optik | Kejuruteraan seramik | Mikroteknologi | Nanoteknologi | Sains bahan | Storan tenaga | Tenaga | Teknologi hijau | Teknologi nuklear | Teknologi perkomputeran
Tentera Bom | Kejuruteraan angkatan laut | Senjata api dan amunisi | Teknologi dan kelengkapan tentera
Sains Kimia | Kejuruteraan | Fizik | Nukleus atom| Pembelahan |Pelakuran | Sinaran | Mengion |Bremstrahlung | Cherenkov |Neutron
Bahan api Tritium | Deuterium | Helium-3 | Bahan subur | Bahan boleh belah | Pengasingan isotop | Bahan nuklear | Uranium | diperkaya | susut | Plutonium | Torium
Neutron Pengaktifan neutron | Tangkapan neutron | Racun neutron | Keratan rentas neutron |Penjana neutron |Sinaran neutron | Pemantul neutron | Suhu neutron |Neutron cepat
Kuasa Kuasa nuklear mengikut negara | Loji kuasa nuklear | Kemalangan dan insiden | Pelakuran | Penjana termoelektrik radioisotop | Pendorongan nuklear|Roket terma nuklear | Keselamatan Nuklear
Perubatan nuklear (PET) | Terapi proton | Tomoterapi | Brakiterapi | Terapi sinaran
Kitar bahan api nuklear Sisa radioaktif | uranium diproses semula | plutonium gred senjata | Bahan api nuklear terpakai | Kolam storan bahan api | Transmutasi nuklear | Pemprosesan semula nuklear
Senjata nuklear Kesan letupan nuklear | Peperangan nuklear | Percambahan senjata nuklear | Perlumbaan senjata nuklear | Reka bentuk senjata nuklear | Sejarah senjata nuklear | Senarai negara bersenjata nuklear | Senarai ujian nuklear
Reaktor nuklear




  1. ^ Journal of Petroleum Engineering and Technology"Journal of Petroleum Engineering and Technology". JoPET. Dicapai pada 2011-03-20.
  2. ^ http://www.eia.doe.gov/cneaf/electricity/epm/tablees1a.html
  3. ^ "Kemudahan Alur Elektron".
  4. ^ "Bachelor of Nuclear Engineering | Faculty of Chemical & Energy Engineering" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-08.
  5. ^ Ahmad, Sabri (2012-01-24). "UTM tawar kursus Kejuruteraan Nuklear | UTM NewsHub". Dicapai pada 2023-09-08.
  6. ^ "Nuclear Engineering Student Society".

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Gowing, Margaret. Britain and Atomic Energy, 1939-1945 (1964).
  • Gowing, Margaret, and Lorna Arnold. Independence and Deterrence: Britain and Atomic Energy, Vol. I: Policy Making, 1945-52; Vol. II: Policy Execution, 1945-52 (London, 1974)
  • Johnston, Sean F. "Creating a Canadian Profession: The Nuclear Engineer, 1940-68," Canadian Journal of History, Winter 2009, Vol. 44 Issue 3, pp 435-466
  • Johnston, Sean F. "Implanting a discipline: the academic trajectory of nuclear engineering in the USA and UK," Minerva, 47 (2009), pp. 51-73

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]