iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: https://ms.wikipedia.org/wiki/Karate
Karate - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Karate

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Persaingan karate.

Karate (空手, [ka.ra.té]) atau karate-do (空手道) merupakan salah satu seni bela diri timur. Pada umumnya, karate lebih digambarkan dengan gerakan serangan dan belaan kaki dan tangan secara menyeluruh. Konsep yang diamalkan adalah berdasarkan kepada kefahaman umum adalah serangan-serangan lurus dan mendatar. Variasi belaan juga adalah lebih kepada kaedah mudah yang mana apabila difikirkan secara mudah, karate adalah satu seni yang ringkas dan lebih berpandukan kepada konsep 'tinju' teratur. Pandangan inilah yang menjadi faktor kesilapan kepada persepsi seni karate itu sendiri.

Sebenarnya, kebanyakan karate yang diperkenalkan pada masa kini merupakan satu olahan kepada peringkasan seni beladiri yang terdahulu seperti kempo dan sebagainya. Ramai pengamal karate tidak mengetahui bahawa di dalam karate, seni dan pergerakan yang ditawarkan adalah jauh lebih hebat dan unik daripada apa yang dipamerkan dewasa ini.

Sejarah seni

[sunting | sunting sumber]

Karate didalam penggunaan perang telah dipraktikkan digunakan secara meluas melalui para samurai (pahlawan diraja) yang mana ia lebih menetapkan kepada variasi mengenalpasti pergerakan musuh, dan bertindak berdasarkan kepada refleks tindakan yang telah dilatih bertahun-tahun lamanya.

Seni peperangan tidak beridentiti ini kemudian diberikan nama Kuk Ryu Kempo (tinju tangan pendek) yang mana diamalkan oleh para sami-sami di jepun. Kempo ini menjadi satu fahaman yang membentuk kepada asas seni beladiri karate setelah dicampur-olahkan oleh pengasas-pengasas karate-karate terkenal sehingga menjadi kepelbagaian aliran seperti Shotokan, Kushinkukai, Shito-Ryu dan sebagainya.

Secara asasnya, fahaman karate dimasa sebelum seni beladiri kempo diubahsuai kepada lebih bersistematik, masih mengekalkan kepada kaedah fahaman kempo (tinju) yang menekankan kepada jarak dekat. Beladiri unik tidak bernama ini hanya digelar sebagai Kempo (sebagai memudahkan identiti) telah dilatih kepada golongan-golongan terpelajar di jepun yang digelar sebagai cendiakawan perang. Antara cendiakawan perang terkenal ialah funakhoshi.

Cendikiawan-cendekiawan ini telah mencadangkan kepada satu penubuhan seni beladiri global yang lebih mudah dan lebih dikenali, namun mendapat tentangan hebat oleh guru-guru tua kempo kerana keaslian dan kefahaman agama didalam kempo akan hilang. Setelah dinasihatkan oleh pihak istana, maka golongan guru-guru tua terpaksa merelakan seni kempo mereka diubah-modenkan secara menyeluruh dan seni beladiri ini dikenali sebagai karate do yang bermaksud 'seni untuk tangan kosong'.

Penurunan ilmu

[sunting | sunting sumber]

Pihak golongan guru tua tetap menyimpan dan menurunkan ilmu kempo yang telah sebati didalam kehidupan mereka kepada golongan-golongan tertentu yang dipilih berdasarkan kepada syarat-syarat ketat yang dikenakan. Golongan itu ialah anak-anak muda petani didaerah utara jepun jauh dari kepulauan okinawa. Seni kempo ini kemudian diberi nama Kempo ka jutsudimana ia juga disusun semula oleh guru-guru tua berdasarkan kepada konsep yang sememangnya bertentangan dengan karate moden. Tujuan utama olahan ini adalah memastikan supaya jika berlaku pertembungan diantara pengamal kempo dan karate, maka pengamal kempo mampu menewaskan mereka dengan mudah.

Sejarah membuktikan bahawa terdapat beberapa guru-guru yang mempunyai 'dan' tertinggi ditewaskan oleh orang-orang tua di kepulauan Okinawa dengan gerakan-gerakan mudah lagi berbisa.

Dewasa ini, kempo ka jutsu tidak lagi ketahui siapa yang mengamalkannya kerana tidak diketahui mengenai pengamalnya. Namun begitu, para sami di kuil-kuil utama, golongan veteran penjaga diraja, golongan pembuat pedang samurai buatan tangan tetap mengakui mengenai kewujudan kempo ka jutsu ini. Golongan veteran ini telah memberi pengiktirafan utama kepada pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini. Dimana seni beladiri ini Berikutan dengan pertikaian diantara guru lama dan pengasas karate moden, pihak istana telah mengambil jalan bijak bagi mengekang pertelingkahan ini dengan mengadakan perbincangan di salah sebuah sekolah karate (dikenali sebagai 'Ryu')dan perbincangan dijalankan dengan berdasarkan kepada kuasa maharaja untuk membuat keputusan.

Berikutan dengan itu, maka seni kempo ka jutsu dikenali sebagai 'Karate Lama'atau old traditional karate dan seni karate moden dikenali sebagai 'Karate Moden'. Penamaan ini membolehkan mereka duduk disatu payung dan karate moden telah diwajibkan untuk dipopularkan kepada dunia luar. Manakala, bagi seni karate lama ini telah dijadikan silibus tertinggi bagi mendapatkan talipinggan tahap 8 Dan keatas.


Konsep asas Karate Lama menggunakan asas peperangan terbuka sebagai sistem dimana peperangan menjadi tunjang kepada pergerakan utama.

Kempo boleh dikenali dengan penggunaan tangan melurus kehadapan tanpa kekuda menepi dimana setiap kaki yang menjadi kekuda (stance) adalah membuka dari hadapan ke belakang dengan jarak yang kecil. Kedudukan menyerang ini amat merbahaya kerana membolehkan pengamalnya bergerak dan mengubahgerak kepada 9 arah berbeza yang hanya boleh dilakukan dengan kaki yang berdiri tegak sahaja. Kebiasaannya, kedudukan tangan adalah membengkok menghala kehadapan dan mudah untuk menyerang.

Serangan biasa ditujukan kepada pertemuan urat walaupun hanya untuk tumbukan dan belaan. Terdapat pelbagai variasi tumbukan dan gerakan tumbukan yang mana amat sukar untuk ditahan atau ditangkis, ditangkap dan kunci. Tumbukan bergaris dan membulat adalah digunakan secara serentak dan tidak mempunyai penamat yang mutlak.

Konsep 'Zen' amat dipraktikkan oleh pengamal seni kempo dimana merosakkan bahagian yang digunakan untuk menyerang. Antara tumbukan yang merbahaya adalah 'tumbukan iai' iaitu tumbukan angin dimana ia digunakan untuk memecahkan dibahagian dalam berbanding merosakan bahagian luar. Oleh itu, konsep karate lama ini amat sesuai digunakan bagi menentang pakar-pakar Muay Thai yang mempunyai tulang dan anggota badan yang kuat dan keras.

Kedudukan tegap dan berubah mengikut arah juga amat sesuai bagi menentang sebarang seni beladiri yang berbentuk kuncian dan tempur jarak dekat. Kaedah untuk menyerang juga teleah disusun agar dapat digunapakai secara meluas lagi berkualiti bagi memastikan agar sebarang serangan dibuat kepada seni beladiri yang berbentuk menanti dapat ditangani dengan berkesan. Humbanan juga dapat dikekang dengan mudah dan memang diketahui oleh pengasas seni aikido seperti morehei usheiba mengetaui mengenai perkara ini dan satu perjanjian dibuat bagi menghormati keharmonian seni beladiri jepun dan sebarang pergaduhan antara pengamal kedua-dua pihak haruslah disimpan dan dielakkan sama sekali.

Konsep pertahanan karate klasik

Berbeda dengan aplikasi karate moden, karate tradisi mengamalkan satu konsep yang amat kompleks untuk difahami. Konsep yang unik ini dinamakan Ryu Ka Kempo yang membangunkan pembelaan secara metaliti dan metafizik.

Tangkisan dan elakan merupakan takrif awal bagi pertahanan seseorang. Tangkisan bermaksud sentuhan terus dan berbentuk secara langsung sementara elakan bermaksud mengelak daripada tersentuh tanpa sentuhan badan. Ada diantara seni beladiri kini memilih untuk menyerang sebagai pertahanan atau dalam fahaman awal iaitu "Menyerang sebagai bertahan". Konsep ini mentakrifkan sebagai membalas adalah lebih baik daripada hanya bertahan.

Kempo atau karate klasik ini mentakrifkan sebagai sifat kemanusiaan yang amat tinggi. Kelebihan yang amat ketara bagi ahli karate klasik dimana kebanyakan pengamal-pengamalnya adalah daripada golongan yang usia agak lanjut ialah kelebihan daripada segi 'inner sense' yang mampu mengagak dan membaca serangan lawan seterusnya mengelak, menangkis dan membalas. Kemampuan inner sense inilah yang dikenali sebagai kemampuan metaliti. Kemampuan mentafizik pula ditakrifkan sebagai kemahiran berasaskan kepada sifat-sifat yang mesti digunapakai dalam bertahan iaitu selembut sutera sekeras besi waja dan selancar air mengalir dan setegap gunung fuji.

Secara asasnya, pengamal karate klasik dalam mengaplikasikan konsep pertahanan ialah dengan meletakkan dua garisan dalam minda sebagai (mind set) pedoman dalam belaan perseorangan mahupun lebih daripada seorang. Dua garisan dalam minda digambarkan sebagai benteng yang menjadi kawasan kawalan bagi menentukan sebarang tindakan membalas. Dalam mengaplikasikan kaedah ini, garisan pertama adalah untuk tumbukan dan garisan kedua adalah untuk tendangan.

Sebarang tumbukan atau tendangan yang dibuat oleh pihak lawan tidak akan dianggap membahaya jika tidak melepasi garis yang telah ditetapkan dalam minda pengamal. Acahan-acahan tumbukan dan tendangan ini tidak akan dilayan dan pengamal karate hanya berdiri diam sebagai persediaan minda. Hanya tumbukan dan tendangan yang melepasi garisan akan diambil layan samada mengelak, menangkis ataupun memusnahkan sepenuhnya serangan itu.

Falsafah dalam seni

[sunting | sunting sumber]

"Musnah bisa ular untuk buang bisa" - konsep serangan dan belaan

[sunting | sunting sumber]

Konsep ini amat popular dalam pengamal karate klasik, dimana ia amat sesuai digunapakai dalam pertarungan satu lawan satu diantara pakar-pakai beladiri. Secara mudahnya, kebanyakan pengamal seni perang akan mempunyai kelebihan samada mata yang cekap dan tajam, tangan (tumbukan) yang laju dan pantas, kaki (tendangan) yang laju dan lincah, kemahiran dalam penggunaan senjata tertentu dan sebarang kelebihan yang ada untuk pertarungan. Konsep ini digunapakai untuk memusnahkan kelebihan-kelebihan ini yang dianggap sebagai bisa. Tangan akan dipatahkan, mata-mata urat diputuskan, kaki dipatahkan, mata dibutakan sebagai melemahkan lawan.

Rakka ("Bunga yang berguguran")

[sunting | sunting sumber]

Konsep pertahanan Karate. Maksudnya setiap teknik pertahanan perlu dilakukan dengan bertenaga dan mantap sehingga diumpamakan jika teknik itu dikenakan ke atas pokok, maka dengan kekuatan teknik itu, semua bunga dari pokok itu akan jatuh berguguran. Contohnya sekiranya musuh menyerang dengan menumbuk muka lalu pengamal karate membuat tangkisan atas yang kuat hingga menyebabkan tangan yang menumbuk itu patah, maka dengan tangkisan atas itu sudah cukup untuk membela diri tanpa perlu lagi membuat serangan balas.

"Air dan sutera"

[sunting | sunting sumber]

Bagi kaedah ini, tumbukan dan belaan adalah bagi kawalan vektor asas yang menyeluruh, tetap dan murni saksama dengan sebarang serangan yang dibuat oleh pihak lawan. Pergerakan yang lembut dan lancar dari mampu dikekang dengan mudah dan harmoni apabila pergerakan yang menyeluruh dan variasi yang lancar dapat dilaksanakan.

Mizu no kokoro - "minda itu seperti air"

[sunting | sunting sumber]

Sekiranya air di tasik itu tenang, maka ia boleh memantulkan imej dengan terang. Contohnya pada malam bulan mengambang, kita dapat melihat imej bulan mengambang di tasik yang tenang itu sangat terang dan sama seperti kita mendongak dan melihat bulan di langit. Namun apabila ketenangan tasik itu diganggu seperti dilontar dengan kelikir, maka tasik itu akan menimbulkan riak dan imej yang terbentuk di tasik itu tidak lagi jelas, malah akan kelihatan kabur (distorted). Begitulah juga minda perlu dijaga agar sentiasa tenang agar dapat membela diri dengan lebih cekap. Jika minda dikaburi dengan banyak gangguan fikiran, maka ia tidak mudah untuk bersedia membela diri.

Teknik Karate terbagi menjadi tiga bagian utama: Kihon (teknik dasar), Kata (jurus) dan Kumite (pertarungan). Murid tingkat lanjut juga diajarkan untuk menggunakan senjata seperti tongkat (bo) dan ruyung (nunchaku).

Kihon (基本)

[sunting | sunting sumber]

Kihon (基本:きほん, Kihon?) secara harfiah berarti dasar atau fondasi. Praktisi Karate harus menguasai Kihon dengan baik sebelum mempelajari Kata dan Kumite.

Pelatihan Kihon dimulai dari mempelajari pukulan dan tendangan (tali pinggang putih) dan bantingan (tali pinggang coklat). Pada tahap dan atau tali pinggang Hitam, siswa dianggap sudah menguasai seluruh kihon dengan baik.

Kata (型)

[sunting | sunting sumber]

Kata (型:かた,"bentuk" atau "pola" - tidak hanya terhad kepada latihan fisik atau aerobik biasa tetapi juga pelajaran tentang prinsip bertarung. Gerakan-gerakan Kata juga banyak mengandung falsafah-falsafah hidup. Setiap Kata memiliki ritme gerakan dan pernafasan yang berbeda.

Ada pemakaian yang dapat digunakan dari gerakan-gerakan dasar ini yang dinamakan bunkai iaitu aplikasi Kata.

Setiap aliran memiliki perbedaan gerak dan nama yang berbeda untuk tiap Kata. Sebagai contoh Kata Tekki di aliran Shotokan dikenal dengan nama Naihanchi di aliran Shito Ryu. Sebagai akibatnya Bunkai (aplikasi kata) tiap aliran juga berbeda.

Kumite (組手)

[sunting | sunting sumber]

Kumite (組手:くみて; "pertemuan tangan") pada asalnya khusus dilakukan oleh murid-murid tingkat lanjut (tali pinggang biru atau lebih). Tetapi sekarang, ada dojo yang mengajarkan kumite pada murid tingkat pemula (tali pinggang kuning). Sebelum melakukan kumite bebas (jiyu Kumite) praktisi mempelajari kumite yang diatur (go hon kumite) atau (yakusoku kumite). Untuk kumite aliran olahraga, lebih dikenal dengan Kumite Shiai atau Kumite Pertandingan.

Untuk aliran Shotokan di Jepang, kumite hanya dilakukan oleh siswa yang sudah mencapai tingkat dan (tali pinggang hitam). Praktisi diharuskan untuk dapat menjaga pukulannya supaya tidak mencederai kawan bertanding.

Untuk aliran "kontak langsung" seperti Kyokushin, praktisi Karate sudah dibiasakan untuk melakukan kumite sejak tali pinggang biru strip. Praktisi Kyokushin diperkenankan untuk melancarkan tendangan dan pukulan sekuat tenaganya ke arah lawan bertanding.

Untuk aliran kombinasi seperti Wado-ryu, yang tekniknya terdiri atas kombinasi Karate dan Jujutsu, maka Kumite dibagi menjadi dua macam, yaitu Kumite untuk persiapan Shiai, yang dilatih hanya teknik-teknik yang diperbolehkan dalam pertandingan, dan Goshinjutsu Kumite atau Kumite untuk beladiri, semua teknik dipergunakan, termasuk jurus-jurus Jujutsu seperti bantingan, kuncian, dan menyerang titik vital.

Aliran Karate

[sunting | sunting sumber]

Asas karate adalah sama, namun terdapat berbagai-bagai gaya atau aliran dalam seni, antara aliran utamanya seperti berikut:

Shoto adalah nama pena Gichin Funakoshi, Kan dapat diartikan sebagai gedung/bangunan - sehingga shotokan dapat diterjemahkan sebagai Perguruan Funakoshi. Gichin Funakoshi merupakan pelopor yang membawa ilmu karate dari Okinawa ke Jepang. Aliran Shotokan merupakan akumulasi dan standardisasi dari berbagai perguruan karate di Okinawa yang pernah dipelajari oleh Funakoshi. Berpegang pada konsep Ichigeki Hissatsu, yaitu satu gerakan dapat membunuh lawan. Shotokan menggunakan kuda-kuda yang rendah serta pukulan dan tangkisan yang keras. Gerakan Shotokan cenderung linear/frontal, sehingga praktisi Shotokan berani langsung beradu pukulan dan tangkisan dengan lawan.

Goju memiliki arti keras-lembut. Aliran ini memadukan teknik keras dan teknik lembut, dan merupakan salah satu perguruan karate tradisional di Okinawa yang memiliki sejarah yang panjang. Dengan meningkatnya popularitas Karate di Jepang (setelah masuknya Shotokan ke Jepang), aliran Goju ini dibawa ke Jepang oleh Chojun Miyagi. Miyagi memperbarui banyak teknik-teknik aliran ini menjadi aliran Goju-ryu yang sekarang, sehingga banyak orang yang menganggap Chojun Miyagi sebagai pendiri Goju-ryu. Berpegang pada konsep bahwa "dalam pertarungan yang sesungguhnya, kita harus bisa menerima dan membalas pukulan". Sehinga Goju-ryu menekankan pada latihan SANCHIN atau pernapasan dasar, agar para praktisinya dapat memberikan pukulan yang dahsyat dan menerima pukulan dari lawan tanpa terluka. Goju-ryu menggunakan tangkisan yang bersifat circular serta senang melakukan pertarungan jarak rapat.

Shito-ryu

[sunting | sunting sumber]

Aliran Shito-ryu terkenal dengan keahlian bermain kata terbukti dari banyaknya kata yang diajarkan di aliran Shito-ryu, yaitu ada 30 sampai 40 kata, lebih banyak dari aliran lain. Namun yang tercatat di soke/di Jepang ada 111 kata beserta bunkainya. Sebagai perbandingan, Shotokan memiliki 25, Wado memiliki 17, Goju memiliki 12 kata. Dalam pertarungan, ahli Karate Shito-ryu dapat menyesuaikan diri dengan kondisi, mereka bisa bertarung seperti Shotokan secara frontal, maupun dengan jarak rapat seperti Goju.

Wado-ryu adalah aliran Karate yang unik karena berakar pada seni beladiri Shindo Yoshin-ryu Jujutsu, sebuah aliran beladiri Jepang yang memiliki teknik kuncian persendian dan lemparan. Sehingga Wado-ryu selain mengajarkan teknik Karate juga mengajarkan teknik kuncian persendian dan lemparan/bantingan Jujutsu. Di dalam pertarungan, ahli Wado-ryu menggunakan prinsip Jujutsu yaitu tidak mau mengadu tenaga secara frontal, lebih banyak menggunakan tangkisan yang bersifat mengalir (bukan tangkisan keras), dan kadang-kadang menggunakan teknik Jujutsu seperti bantingan dan sapuan kaki untuk menjatuhkan lawan. Akan tetapi, dalam pertandingan FORKI dan JKF, para praktisi Wado-ryu juga mampu menyesuaikan diri dengan peraturan yang ada dan bertanding tanpa menggunakan jurus-jurus Jujutsu tersebut.

Sedangkan aliran Karate lain yang besar walaupun tidak termasuk dalam "4 besar JKF" antara lain adalah:

Kyokushin

[sunting | sunting sumber]

Kyokushin tidak termasuk dalam 4 besar Japan Karatedo Federation. Akan tetapi, aliran ini sangat terkenal baik di dalam maupun di luar Jepang, serta turut berjasa memopulerkan Karate di seluruh dunia, terutama pada tahun 1970an. Aliran ini didirikan oleh Sosai Masutatsu Oyama. Nama Kyokushin mempunyai arti kebenaran tertinggi. Aliran ini menganut sistem Budo Karate, tempat praktisi-praktisinya dituntut untuk berani melakukan full-contact kumite, yakni tanpa pelindung, dan menyerang secara frontal, untuk mendalami arti yang sebenarnya dari seni bela diri karate serta melatih jiwa/semangat keprajuritan (budo), aliran ini juga sering dikenal sebagai salah satu aliran karate paling keras. Tidak seperti kebanyakan aliran karate yang sudah berfokus pada olahraga, tempat dalam pertandingannya menerapkan sistem tidak kontak langsung dan hasil yang ditentukan oleh poin, Kyokushin masih berpegang teguh pada sistem tradisional, terlihat dari sistem pertandingan kumite pada kejuaraan Kyokushin yang menerapkan pertarungan full contact dan boleh membuat Knock Out (KO) lawan. Aliran ini menerapkan hyakunin kumite (kumite 100 orang) sebagai ujian tertinggi, tempat karateka diuji melakukan 100 kumite berturut-turut tanpa kalah. Sosai Oyama sendiri telah melakukan kumite 300 orang. Adalah umum bagi praktisi aliran ini untuk melakukan 5-10 kumite berturut-turut.

Shorin-ryu

[sunting | sunting sumber]

Aliran ini adalah aliran Karate yang asli berasal dari Okinawa. Didirikan oleh Shoshin Nagamine yang didasarkan pada ajaran Yasutsune Anko Itosu, seorang guru Karate abad ke 19 yang juga adalah guru dari Gichin Funakoshi, pendiri Shotokan Karate. Dapat dimaklumi bahwa gerakan Shorin-ryu banyak persamaannya dengan Shotokan. Perbedaan yang mencolok adalah bahwa Shorin-ryu juga mengajarkan bermacam-macam senjata, seperti Nunchaku, Kama dan Rokushaku Bo.

Uechi-ryu

[sunting | sunting sumber]

Aliran ini adalah aliran Karate yang paling banyak menerima pengaruh dari beladiri China, karena pencipta aliran ini, Kanbun Uechi, belajar beladiri langsung di provinsi Fujian di China. Oleh karena itu, gerakan dari aliran Uechi-ryu Karate sangat mirip dengan Kungfu aliran Fujian, terutama aliran Baihequan (Bangau Putih). [1]

Kelengkapan

[sunting | sunting sumber]

Individu yang terlibat dalam kegiatan karate baik secara bertanding ataupun dalam keadaan biasa hendaklah berpakaian cocok:

  • Pakaian Wasit atau juri akan berbaju putih, seluar kelabu, tali leher merah serta memakai kasut getah hitam tanpa tapak keras.
  • Perlindungan

Peserta yang terlibat dalam suatu pertandungan wajib memakai pelindung pada tangan dan tulang kering, namun pelindung lain seperti pada gusi dan anggota tertentu (di dada untuk peserta wanita, pelindung kangkang untuk peserta lelaki) turut dibenarkan.

  • Tali pinggang = tali pinggang merah dan biru dipakai dalam medang pertandingan.

Bendera merah & biru turut dipakai juri untuk mengisyaratkan sekiranya ada langkah dilakukan peserta yang menyalahi peraturan peserta

Anekdot Karate

[sunting | sunting sumber]

Berkenaan Falsafah Karate

Seorang murid baru bertanya kepada guru karate, mana teknik yang paling hebat dan berapa banyak teknik yang perlu dipelajarinya untuk dia menjadi kuat lalu dapat mengalahkan lawan yang lebih besar. Si guru menjawab, sesungguhnya jika seseorang itu mempelajari dan berlatih membuat tumbukan asas karate, 16 jam sehari, selama 16 tahun, maka tumbukan itu tetap berbisa dan dia akan menjadi kuat serta dapat mengalahkan lawan yang lebih besar daripadanya berbanding mempelajari pelbagai gerakan hanya untuk 16 hari sahaja. Sesuatu yang menjadi kebiasaan di dalam diri kita adalah kekuatan kita.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Robin L. Reilly, Complete Shotokan Karate (Tuttle Publishing, 1998)


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]