Hosni Mubarak
Hosni Mubarak حسنى مبارك | |
---|---|
Presiden Mesir | |
Dalam jawatan 14 Oktober 1981 – 11 Februari 2011 | |
Perdana Menteri | Ahmad Fuad Mohieddin Kamal Hassan Ali Ali Mahmoud Lutfi Atef Sedki Kamal Ganzouri Atef Ebeid Ahmed Nazif Ahmed Shafik |
Didahului oleh | Sufi Abu Taleb (Pemangku) |
Digantikan oleh | Mohamed Hussein Tantawi (Pemangku) |
Perdana Menteri Mesir ke-50 | |
Dalam jawatan 7 Oktober 1981 – 2 Januari 1982 | |
Presiden | Sufi Abu Taleb (Pemangku) |
Didahului oleh | Anwar Sadat |
Digantikan oleh | Ahmad Fuad Mohieddin |
Dalam jawatan 16 April 1975 – 14 Oktober 1981 | |
Presiden | Anwar Sadat |
Didahului oleh | Hussein el-Shafei |
Digantikan oleh | Omar Suleiman |
Setiausaha NAM | |
Dalam jawatan 16 Julai 2009 – 11 Februari 2011 | |
Didahului oleh | Raúl Castro |
Digantikan oleh | Mohamed Hussein Tantawi |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Muhammad Hosni Sayyid Mubarak 4 Mei 1928 Kafr-El Meselha, Mesir |
Mati | 25 Februari 2020 Kaherah, Mesir | (umur 91)
Parti politik | Parti Demokratik Nasional |
Pasangan | Suzanne Mubarak |
Anak | Alaa Mubarak Gamal Mubarak |
Tandatangan | |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Mesir |
Cabang/khidmat | Tentera Udara Mesir |
Pangkat | Ketua Marsyal Udara |
a. ↑ Jawatan kosong antara 14 Oktober 1981 dan 29 Januari 2011 b. ↑ sebagai Pengerusi Majlis Tertinggi Angkatan Tentera | |
Muhammad Hosni Sayyid Mubarak (4 Mei 1928 – 25 Februari 2020) ialah Presiden Mesir ke-4 antara 1981 dan 2011.
Sebelum menjadi Presiden, Mubarak merupakan seorang komander dalam Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat pada 1975, dan menggantikan Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981. Hosni Mubarak merupakan presiden paling lama memerintah Mesir sejak Muhammad Ali Pasha.[1]
Beliau mengundurkan diri sebagai presiden pada 11 Februari 2011 selepas tekanan dari demonstrasi besar-besaran selama 18 hari oleh rakyat Mesir semasa revolusi Mesir 2011.[2][3] Pada 13 April, seorang pendakwa mengarahkan bekas presiden itu dan dua anak lelakinya ditahan selama 15 hari untuk disoal siasat mengenai tuduhan menyogok dan menyalahgunakan kuasa.[4]
Kehidupan awal dan Tentera Udara Mesir
[sunting | sunting sumber]Mubarak dilahirkan di Kafr-El-Meselha, pentadbiran Gabenor Monufiyah, Mesir. Apabila tamat sekolah tinggi, beliau menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949. Pada 1950, beliau menyertai Akademi Tentera Udara Mesir, akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan, dan ditugaskan dalam skuadron pengebom. Kemudian beliau diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow. Selepas menyempurnakan latihannya, Mubarak menjadi pegawai Tentera Udara Mesir berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila beliau menjadi Kommander Tentera Udara.
Presiden Mesir
[sunting | sunting sumber]Berikutan pembunuhan Presiden Sadat oleh militan Islam pada 1981, Hosni Mubarak menjadi Presiden Republik Arab Mesir dan Pengerusi Parti Demokratik Kebangsaan (NDP). Beliau juga Presiden Republik Mesir paling lama (30 tahun pada 2011).
Hosni Mubarak menikahi Suzanne Mubarak, dan mempunyai dua anak lelaki: Alaa dan Gamal Hosni Mubarak dikatakan dipersiapkan sebagai pengganti.
Mesir kembali ke Liga Arab
[sunting | sunting sumber]Keahlian Mesir dalam Liga Arab digantung akibat Perjanjian Kem David ditandatangani oleh Presiden Anwar Sadat pada 1988. Selepas Anwar Sadat dibunuh pada 6 Oktober 1981, Mesir diterima kembali ke dalam Liga Arab. Ibu pejabat Liga Arab dipindah semula ke Kaherah.
Perang Teluk Parsi
[sunting | sunting sumber]Mesir menyertai Perang Teluk Parsi 1991. Tentera infantri Mesir mendarat di Arab Saudi untuk mengusir tentera Iraq dari negara Kuwait.
Kerajaan Kuwait membayar $500,000 bagi setiap tentera Mesir yang berjaya mengusir tentera Iraq dari Kuwait. Presiden Mesir tanpa ragu memihak kepada Amerika Syarikat untuk mengusir penjajah Kuwait itu.atas jasa Mesir itu, Eropah melupuskan hutang Mesir sebanyak $20 bilion .
Cubaan bunuh
[sunting | sunting sumber]Menurut BBC, Mubarak terselamat dalam 6 cubaan bunuh. Pada bulan Jun 1995 cubaan bunuh melibatkan Al-Gama' al-Islamiyya dan Jihad Islam Mesir. Ketika itu beliau berada di Habsyah untuk menghadiri persidangan Organisasi Kesatuan Afrika (OAU). Apabila Mubarak kembali ke Mesir, beliau menahan 20,000 ahli Al-Gama' al-Islamiyya pada 1999 kerana kesalahan mahu melancarkan revolusi pertubuhan Islam.
Amerika menyerang Iraq
[sunting | sunting sumber]Pada 2003,Presiden Mubarak mahu dunia menyelesaikan konflik Israel-Palestin terlebih dahulu sebelum menyerang Iraq. Serangan terhadap Iraq akan menyebabkan munculnya "100 Bin Laden". Presiden Mubarak tidak menyokong AS keluar segera dari Iraq.
Ekonomi Mesir
[sunting | sunting sumber]Pada Julai 2004, Mubarak menerima perletakan jawatan Perdana Menteri Mesir Atef Ebeid .Kemudian beliau melantik Ahmed Nazif sebagai Perdana Menteri baru. Kabinet baru pimpinan Ahmed Nazif berjaya mengatasi masalah ekonomi Mesir yang suram.Pasaran saham Mesir meningkat. Bagaimanapun, bilangan penganggur masih berterusan dan Mubarak dikritik kerana menyebelahi syarikat besar dan penswastaan. Beliau dilihat menentang hak pekerja.
Pendemokrasian pilihan raya 2005
[sunting | sunting sumber]Presiden Mubarak dipilih semula dengan undi majoriti dalam pungutan suara selama 4 penggal berturut-turut iaitu pada 1987, 1993, 1999 dan 2005. Tidak ramai bertanding dalam pilihan raya berikutan sekatan-sekatan terhadap demokrasi. Pada Februari 2005 ,Mubarak meluluskan pindaan perlembagaan untuk membenarkan mana-mana pihak bertanding jawatan Presiden kerana menjangka beliau akan menang mudah. Pada 26 Februari 2005 Mubarak meminda perlembagaan bagi membenarkan pelbagai calon pilihan raya presiden pada September 2005.
Dalam pilihan raya September 2005 undi kawalan masih dikenakan terhadap tiga akhbar kerajaan dan televisyen. Saluran satelit dipancarkan dari Mesir seperti Televisyen Satelit Orbit Dan Rangkaian Radio lebih terbuka seperti Al Qahira Al Yawm. Mesir ditangga ke-111 daripada 177 buah negara oleh agensi hak asasi manusia.
Pada 28 Julai 2005, Mubarak mengumumkan pencalonannya sebagai Presiden. Pilihan raya 7 September 2005 . Ada tuduhan berlakunya aktiviti membeli undi di kawasan miskin dan di luar bandar. Pengundi haram iaitu nama tidak berdaftar masih dibenarkan mengundi.Pada 8 September 2005, Dr Ayman Nour, seorang pembangkang dan calon Parti Al-Ghad, menuntut diadakan ulangan pilihan raya.Mahkamah Mesir memutuskan Ayman Nour bersalah. Rumah Putih di Amerika Syarikat bimbang dengan hak asasi manusia di Mesir dan bimbang dengan mogok lapar yang dilancarkan oleh Dr Ayman Nour.
Rasuah
[sunting | sunting sumber]Tersebar berita anak lelakinya Alaa terlibat dalam syarikat-syarikat yang mendapat tender-tender kerajaan dan penswastaan. Pembabitan dua anaknya itu secara langsung dan tidak langsung. Terdapat ungkapan di kalangan rakyat bahawa "Seorang anggota polis adalah lebih berbahaya daripada seorang penjenayah". Pada 2008, Tranferensi International (TI) menyaksikan indek rasuah Mesir pada mata CPI 2.8. Mesir ditempat ke-115 daripada 180 negara yang tinggi rasuah.
Mubarak dan Gereja Ortodoks Koptik
[sunting | sunting sumber]Presiden Mesir Anwar Sadat mengarahkan Paus Shenouda III Alexandria, Paus Gereja Ortodoks Koptik Alexandria dibuang daripada Biara Saint Pishoy. Lapan uskup, 24 sami-sami, dan banyak lagi ditangkap. Sadat telah menggantikan hierarki gereja dengan jawatankuasa lima uskup-uskup dan tiada lagi paus. Semasa Mubarak, beliau membebaskan Paus Shenouda dari buangan pada 2 Januari 1985. Beliau kembali ke Kaherah untuk merayakan Krismas 7 Januari Liturgy (Kalendar Lama) dan kehadirannya disambut 10,000 penganut Kristian. Penganut Kristian dibenarkan bercuti pada 7 Januari dan diisytiharkan cuti kebangsaan pada 2002.
28 tahun Undang-Undang Darurat
[sunting | sunting sumber]Di bawah undang-undang Darurat, kerajaan mempunyai hak menahan seseorang tanpa bicara semenjak pembunuhan Anwar Sadat pada 1981. Mereka tidak dibicarakan di mana-mana mahkamah untuk membicarakan kesalahan sebenar mereka.
Pewarisan presiden
[sunting | sunting sumber]Banyak berita tersiar di Mesir menyatakan Mubarak menyediakan anaknya Ala sebagai pengganti beliau sebagai Presiden Mesir. Namun Mubarak menafikan khabar angin tersebut.
Mubarak dan Palestin
[sunting | sunting sumber]Mubarak membantu Palestin terutama perjuangan Fatah yang dipimpin oleh Yasser Arafat.Beliau menyokong semua usaha yang dilakukan oleh Liga Arab. Mubarak juga menyokong Sidang Kemuncak Beirut pada 28 Mac 2002. Israel didesak berundur dari seluruh wilayah pendudukan, termasuk Bukit Golan,pemerintahan sendiri Palestin di Tebing Barat dan di Semenanjung Gaza dengan Jerusalem Timur sebagai ibu negara Palestin dan menyelesaikan kem pelarian Palestin. Sidang Kemuncak Riyadh 2007 hasil usaha Liga Arab mendesak menteri luar Jordan dan Mesir menyokong inisiatif Keamanan itu.
Pada 19 Jun 2008, Mesir menjadi orang tengah bagi meredakan peperangan antara Israel dengan Hamas. Perjanjian itu memerlukan Hamas berhenti melancarkan serangan ke atas Israel dan menguatkuasakan gencatan senjata di Tebing Gaza. Untuk itu, Israel membenarkan antara 500 dan 600 buah lori bekalan makanan masuk setiap hari ke Semenanjung Gaza .Hamas mengkritik Israel kerana sekatan masih berterusan sehingga rakyat Palestin terpaksa melakukan penyeludupan bawah tanah untuk ke seberang. Israel menuduh Hamas menyeludup senjata dari Mesir ke Gaza melalui terong-terowong tersebut. Oleh itu Israel terpaksa meneruskan serangan roket terhadap rumah-rumah awam yang menjadi pintu terowong tersebut.
Mubarak didapati bersalah
[sunting | sunting sumber]Pada 2 Jun 2012, Hosni Mubarak didapati bersalah oleh hakim yang membicarakannya di Akademi Polis Kaherah, Mesir. Hosni Mubarak, dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah terbabit dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat yang menggulingkan beliau pada 2011. Rakyat Mesir berkumpul di Dataran Tahrir selama 18 hari sehingga Mubarak digulingkan pada 11 Februari 2011. Mubarak, Menteri Luarnya, Habib al-Adly, dan enam komander polis berdepan hukuman mati jika disabitkan bersalah. Kira-kira 850 penduduk maut dalam kejadian itu.
Anaknya Alaa dan Gamal serta rakan perniagaan, Hussein Salem, yang melarikan diri ke Sepanyol, turut dibicarakan atas pertuduhan rasuah. Bekas Presiden Mesir itu juga dituduh menjual gas asli ke Israel pada harga lebih rendah berbanding pasaran. Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly, dan enam ketua keselamatan juga tiba di Akademi Polis untuk mendengar keputusan hakim. Mereka ditugas mematahkan tunjuk perasaan yang menggulingkan rejimnya. [5] [6]
Perbicaraan itu disiarkan secara langsung melalui televisyen.Media asing akan dikenakan bayaran antara AS$7,000 (RM21,000) dan AS$10,000 (RM30,000) untuk membeli siaran liputan.Ketua Kesatuan Radio dan Televisyen Mesir, Tharwat al-Mekki memaklumkan kadar bayaran itu.
Pilihan raya Mesir 2012 diadakan pada pusingan kedua pada 16 dan 17 Jun 2012 antara calon Ikhwan Muslimin, Mohammed Mursi dan bekas Perdana Menteri Mesir, Ahmad Shafiq.[7]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Hosni Mubarak telah berkahwin dengan Suzanne Mubarak dan mempunyai dua anak lelaki: Alaa dan Gamal. Kedua-dua anak lelaki itu dimasukkan selama empat tahun di penjara Mesir kerana rasuah dan dibebaskan pada tahun 2015.[8] Melalui anaknya Alaa, Mubarak mempunyai dua cucu, Mohammed dan Omar; dan melalui anaknya Gamal, beliau mempunyai cucu bernama Farida. Mohammed meninggal pada tahun 2009 dari pendarahan serebrum.[9][10]
Pada April 2016, Alaa Mubarak dinamakan dalam Panama Papers sebagai seseorang yang mempunyai kepentingan kewangan yang berpotongan dengan Mossack Fonseca, firma itu terlibat dalam skandal itu.[11]
Hosni Mubarak meninggal dunia pada 25 Februari 2020, di sebuah hospital ketenteraan di Kaherah, pada usia 91 tahun.[12]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Hosni Mubarak". The New York Times. 8 Mac 2010. Dicapai pada 25 Januari 2011.
- ^ Kirkpatrick, David D.; Shadid, Anthony; Cowell, Alan (2011-02-11). "Mubarak Steps Down, Ceding Power to Military". New York Times. Dicapai pada 2011-02-11.
- ^ "Egypt crisis: President Hosni Mubarak resigns as leader". BBC. 2010-02-11. Dicapai pada 2011-02-11.
- ^ "Prosecutors Order Mubarak and Sons Held". The New York Times. 13 Mac 2011. Dicapai pada 13 April 2011.
- ^ "Hosni Mubarak dipenjara seumur hidup". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-02. Dicapai pada 2012-06-02.
- ^ "Anak Mubarak tiba di mahkamah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-02. Dicapai pada 2012-06-02.
- ^ "Media kena bayar RM30,000". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-02. Dicapai pada 2012-06-02.
- ^ "Hosni Mubarak breaks leg in jail". The Guardian. Dicapai pada 29 April 2016.
- ^ "Hosni Mubarak's grandson, 12, dies suddenly". Los Angeles Times. Associated Press. 20 May 2009. Dicapai pada 13 January 2017.
- ^ Dickey, Christopher (13 February 2011). "The Tragedy of Hosni Mubarak". Newsweek. Dicapai pada 13 January 2017.
- ^ Lily Kuo (4 April 2016). "Africa loses more money to illicit financial flows than it receives in foreign aid". Quartz. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2016.
- ^ "Former Egyptian president Hosni Mubarak dies". BBC. 25 February 2020. Dicapai pada 25 February 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Hosni Mubarak |
- President Mubarak di Wayback Machine (diarkibkan 7 Januari 2007) di laman web kerajaan Mesir rasmi
- Air Marshal Hosni Mubarak di laman rasmi Tentera Udara Mesir
- Penampilan hosnimubarak di C-SPAN
- Hosni Mubarak di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Hosni Mubarak koleksi berita dan komen di The New York Times
- Karya oleh atau mengenai Hosni Mubarak di perpustakaan (katalog WorldCat)
- Hosni Mubarak: The Last Pharaoh Diarkibkan 2011-02-05 di Wayback Machine, slideshow by Life magazine
- European Parliament Resolution on Egypt's Human Rights Situation, 16 January 2008
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Yahia Saleh Al-Aidaros |
Pengarah Akademi Udara Mesir 1967–1969 |
Diikuti oleh: Mahmoud Shaker |
Didahului oleh Ali Mustafa Baghdady |
Komandan Tentera Udara Mesir 1972–1975 | |
Jawatan politik | ||
Kosong Gelaran dipegang dahulu oleh Hussein el-Shafei |
Timbalan Presiden Mesir 1975–1981 |
Kosong Gelaran dipegang kemudian oleh Omar Suleiman |
Didahului oleh Anwar El Sadat |
Perdana Menteri Mesir 1981–1982 |
Diikuti oleh: Ahmad Fuad Mohieddin |
Didahului oleh Sufi Abu Taleb Pemangku |
Presiden Mesir 1981–2011 |
Diikuti oleh: Mohamed Morsi |
Jawatan parti politik | ||
Didahului oleh Anwar El Sadat |
Parti Demokratik Kebangsaan 1982–2011 |
Diikuti oleh: Ahmed Shafik |
Jawatan diplomatik | ||
Didahului oleh Moussa Traoré |
Pengerusi Pertubuhan Kesatuan Afrika 1989–1990 |
Diikuti oleh: Yoweri Museveni |
Didahului oleh Abdou Diouf |
Pengerusi Pertubuhan Kesatuan Afrika 1993–1994 |
Diikuti oleh: Zine El Abidine Ben Ali |
Didahului oleh Raúl Castro |
Setiausaha Agung Pergerakan Negara-negara Berkecuali 2009–2011 |
Diikuti oleh: Mohamed Hussein Tantawi Pemangku |