Glider (pesawat layar)
Pesawat layar atau glider adalah sejenis pesawat terbang luncur yang digunakan dalam sukan peluncuran.[1][2] Pesawat layar adalah bergaris arus berbentuk aerodinamik dan mampu melayang tinggi di udara.
Jenis-jenis glider
[sunting | sunting sumber]Pesawat layar (atau "peluncur sukan") terbang daripada penghasilan sedikit daya seret dengan aliran daya angkat tertentu, dan disatukan dengan sayap nipis yang panjang, fairing penuh pada kokpit sempit dan fiuslaj yang langsing. Pesawat dengan ciri-ciri ini dapat naik dengan efisien melalui udara naik yang dihasilkan oleh arus udara panas (dinamakan arus terma) atau angin gunung. Pesawat layar boleh meluncur jarak yang jauh pada kelajuan tinggi dengan ketinggian minimum.
Glider mempunyai sayap kaku dan skid atau gear pendaratan.[2] Berbeza dengan peluncur gantung dan paraglider yang menggunakan kaki juruterbang untuk berlepas dan untuk mendarat. Jenis kedua ini akan dinyatakan dalam artikel yang berasingan, walaupun perbezaan mereka dengan pesawat layar akan dinyatakan dibawah. Glider biasanya dilancarkan oleh win atau ditarik pesawat tunda, walaupun kaedah yang lain: trak tunda dan tali bungee, kadang-kadang digunakan.
Semua pesawat layar melayang naik, tetapi sesetengah glider tidak melayang naik dan merupakan pesawat tanpa enjin yang ditarik oleh pesawat lain ke destinasi yang dikehendaki dan kemudian dilepaskan untuk mendarat. Glider tentera (seperti yang digunakan pada hari D-Day) adalah untuk kegunaan sekali sahaja, dan ditinggalkan selepas mendarat, setelah matlamat dicapai.
Glider bermotor adalah glider yang mempunyai enjin yang boleh digunakan untuk melanjutkan masa penerbangan dan malah, dalam beberapa kes, untuk berlepas. Sesetengah glider bermotor yang berprestasi tinggi (dikenali sebagai glider "gerak sendiri") mungkin mempunyai enjin bebaling boleh sentut yang digunakan untuk mengekalkan penerbangan. Glider motor lain mempunyai cukup tujahan untuk berlepas sebelum enjin itu masuk ke dalam dan dikenali sebagai glider "lancar sendiri". Jenis lain adalah "glider motor pancung" yang berlepas sendiri, yang mana juruterbang boleh mematikan dan menghidupkan enjin semasa dalam penerbangan dengan tanpa menarik masuk bebaling.[3]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- History
- Gliding as a sport
- Other unpowered aircraft
- Unpowered flying toys and models
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ FAA Glider handbook
- ^ a b "Definition of gliders used for sporting purposes in FAI Sporting Code". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Jun 2008. Dicapai pada 21 Jun 2008.
- ^ Civil Aviation Authority (2 Disember 2005). LASORS 2006: The Guide for Pilots. The Stationery Office. ISBN 978-0-11-790501-6. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Glider (pesawat layar). |
Cari sailplane dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- Information about all types of glider:
- Sailplane Directory Diarkibkan 2011-10-29 di Wayback Machine – An enthusiast's web-site that lists manufacturers and models of gliders, past and present.
- KANJA Ultra Light Glider Eight Aeronautical Engineering students build a Glider, Kanja.
- FAI webpages
- FAI records Diarkibkan 2010-05-07 di Wayback Machine – sporting aviation page with international world soaring records in distances, speeds, routes, and altitude
- Links to all national gliding federations