iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: https://ms.wikipedia.org/wiki/Gelombang_dingin
Gelombang dingin - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Gelombang dingin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gelombang dingin atau gelombang sejuk[1] ialah sejenis fenomena cuaca di mana suhu udara menurun secara mendadak. Pentakrifan yang digunakan Perkhidmatan Cuaca Negara Amerika Syarikat memperincikannya sebagai penurunan suhu mendadak dalam masa 24 jam seterusnya memaksa langkah perlindungan yang sebolehnya untuk kegiatan pertanian, industri, perdagangan dan sosial. Ciri tepat untuk fenomena ini ditentukan berdasarkan kadar penurunan cuaca persekitaran disukat serta suhu minimumnya yang bergantung kepada waktu dan kawasan geografi.[2]

Di Amerika Syarikat, tempoh dingin ditakrifkan sebagai penurunan purata suhu yang tinggi negara kepada bawah 20 °F (−7 °C).[3]

Gelombang dingin boleh menyebabkan kematian dan kecederaan kepada ternakan dan hidupan liar. Pendedahan hidupan yang terjejas kepada keadaan sejuk mendorong kepada pengambilan kalori yang lebih besar kepada semua haiwan termasuk manusia. Sekiranya gelombang sejuk ditambah dengan penurunan salji yang berat dan berterusan, maka haiwan ragut barangkalinya tidak akan mendapat makanan yang diperlukan lalu mati akibat hipotermia atau kelaparan. Pembelian bahan makanan untuk mengatasi masalah ini sering memakan kos yang banyak kepada petani dan peladang yang terjejas.

Tempoh dingin dikaitkan dengan peningkatan kadar kematian dalam populasi di seluruh dunia.[4] Kedua-dua gelombang dingin dan gelombang haba menyebabkan kematian, walaupun kumpulan yang berbeza mungkin terdedah kepada kejadian cuaca yang berbeza. [5]Di negara-negara maju, lebih banyak kematian berlaku semasa gelombang haba berbanding dengan jerembak sejuk meskipun kadar kematian lebih tinggi di kawasan yang tidak membangun di dunia. SLebih ramai orang mati semasa cuaca sejuk berbanding cuaca panas pada peringkat global secara keseluruhannya akibat peningkatan penyakit seperti selesema, demam dan radang paru-paru.

Kesejukan yang melampau sering menyebabkan bekalan dan saluran paip air yang terdedah membeku. Kerosakan sebegini boleh merugikan dari segi tuntutan insurans harta. Permintaan untuk kuasa dan bahan api elektrik meningkat secara drastik pada masa ini, walaupun penjanaan kuasa elektrik mungkin akan gagal kerana pembekuan air yang diperlukan untuk penjanaan hidroelektrik pada ketika ini. Sesetengah logam boleh menjadi rapuh pada suhu rendah. Kenderaan bermotor mungkin gagal berfungsi kerana penyejukkan persekitaran - hal ini lebih cenderung di tempat-tempat beriklim sangat sejuk seperti Siberia dan sebahagian besar Kanada.

Gelombang dingin yang tidak dijangka pada musim tanaman di zon antara latitud boleh membunuh tumbuhan yang terdedah semasa peringkat awal pertumbuhan lalu mati sebelum dapat dituai. Kebakaran hutan hasil pembakaran sisa biojisim mati dalam tanah yang terjejas juga boleh berkemungkinan dari keadaan ini.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Maklumat Kata". Pusat Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 27 April 2018.
  2. ^ "Cold Wave". American Meteorological Society: Glossary of Meteorology. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2011. Dicapai pada 25 September 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Borenstein, Seth (January 10, 2014). "Winters aren't colder; we're just softer". Florida Today. Melbourne, Florida. m/s. 8A. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2014. Dicapai pada 12 Januari 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Jaakkola, Jouni J.K.; Guo, Yuming; Ryti, Niilo R.I. (2015). "Global Association of Cold Spells and Adverse Health Effects: A Systematic Review and Meta-Analysis". Environmental Health Perspectives. 124 (1). doi:10.1289/ehp.1408104. ISSN 0091-6765. PMC 4710591. PMID 25978526.
  5. ^ Joacim, Rocklöv; Bertil, Forsberg; Kristie, Ebi; Tom, Bellander (2014). "Susceptibility to mortality related to temperature and heat and cold wave duration in the population of Stockholm County, Sweden". Global Health Action. 7 (0). doi:10.3402/gha.v7.22737. ISSN 1654-9880. PMC 3955771. PMID 24647126.