iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: https://ms.wikipedia.org/wiki/Daging_lembu
Daging lembu - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Daging lembu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Potongan daging lembu sistem Amerika Syarikat

Daging lembu (Jawi: داݢيڠ لمبو; Bahasa Inggeris: beef) ialah jaringan otot yang diperoleh daripada lembu yang biasa dan umum digunakan untuk keperluan makanan. Di setiap kawasan, penggunaan daging ini berbeza-beza bergantung kepada cara pemotongannya. Sebagai contoh, daging batang pinang, daging rusuk dan T-Bone sangat umum digunakan di Eropah dan di Amerika Syarikat sebagai bahan stik sehingga bahagian ini banyak diperdagangkan. Tetapi, di negara Asia lain, daging ini banyak digunakan untuk makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang dan rendang.

Selain itu, terdapat beberapa bahagian daging lembu lain seperti lidah, hati, perut dan punggung hanya digunakan di negara tertentu sebagai bahan makanan.

Daging lembu dimakan oleh manusia semenjak zaman prasejarah, seperti yang dibuktikan oleh lakaran aktiviti memburu aurochs pada lukisan gua seperti yang terdapat di Lascaux. Manusia menjinakkan dan menternak lembu untuk memperoleh sumber daging, susu, dan kulit yang mudah.[1] Lembu telah dijinakkan sekurang-kurangnya dua kali sepanjang sejarah evolusi. Peristiwa penjinakan pertama berlaku kira-kira 10,500 tahun dahulu dengan evolusi Bos taurus, sementara peristiwa kedua pula berlaku sekitar 7,000 tahun dahulu dengan evolusi Bos indicus di Lembah Indus. Mungkin terdapat satu lagi peristiwa penjinakan sekitar 8,500 tahun dahulu menerusi spesies ketiga Bos africanus yang mungkin menjelma di Afrika. [2] Kebanyakan lembu berasal dari Dunia Lama (benua Eurasia dan Afrika) kecuali kacukan bison yang berasal dari benua Amerika. Contohnya, Wagyū dari Jepun, Ankole-Watusi dari Mesir, dan Zebu dari India.[3]

Tidak pasti bila manusia mula memasak daging lembu. Lembu digunakan secara meluas di serata Dunia Lama untuk pengangkutan, pemerolehan susu mahupun makanan untuk manusia. Sejajar dengan pemodenan kaedah penternakan, sesetengah baka dibiakkan khas untuk meningkatkan hasil daging, maka timbullah lembu baka Chianina dan Charolais, ataupun untuk menambah baik tekstur daging, maka timbullah baka Murray Grey, Angus, dan Wagyū. Sesetengah baka dipilih untuk penghasilan susu dan daging sekaligus, misalnya Brown Swiss (Braunvieh).

Khasiat dan kesihatan

[sunting | sunting sumber]
Daging (Lembu) Kisar 15% lemak, dipanggang
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 1,047 kJ (250 kcal)
Karbohidrat 0 g
- Kanji 0 g
- Serabut diet 0 g
Lemak 15 g
- tepu 5.887 g
- monotaktepu 6.662 g
- politaktepu 0.485 g
Protein 26 g
Air 58 g
Tiamina (vit. B1) 0.046 mg (4%)
Riboflavin (vit. B2) 0.176 mg (15%)
Niasin (vit. B3) 5.378 mg (36%)
Vitamin B6 0.383 mg (29%)
Folat (vit. B9) 9 μg (2%)
Vitamin B12 2.64 μg (110%)
Kolina 82.4 mg (17%)
Vitamin D 7 IU (1%)
Vitamin E 0.45 mg (3%)
Vitamin K 1.2 μg (1%)
Kalsium 18 mg (2%)
Besi 2.6 mg (20%)
Magnesium 21 mg (6%)
Mangan 0.012 mg (1%)
Fosforus 198 mg (28%)
Kalium 318 mg (7%)
Natrium 72 mg (5%)
Zink 6.31 mg (66%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Daging lembu merupakan sumber protein lengkap dan juga sumber yang kaya dengan niasin, vitamin B12, zat besi dan zink.[4] Daging merah merupakan sumber karnitina yang paling utama, dan seperti mana-mana daging yang lain (ikan, kambing dsb.), ia merupakan sumber kreatina. Kreatina ini ditukar menjadi kreatinina sewaktu dimasak.[5]

Masalah kesihatan

[sunting | sunting sumber]
Kanser

Pengambilan daging proses merah secara berlebihan dikenal pasti menaikkan risiko kanser usus dan lain-lain penyakit kanser.[6][7][8]

Penyakit jantung

Harvard School of Public Health mengesyorkan agar pengguna makan daging merah secara hemat kerana ia mengandungi banyak lemak tepu.[9] Akan tetapi, satu lagi kaji selidik dari Harvard School of Public Health yang disiarkan dalam jurnal Circulation mendapati bahawa pengambilan daging proses, tetapi bukan daging merah, dikaitkan dengan peningkatan insiden penyakit jantung koronari dan diabetes mellitus."[10]

Dapatan ini boleh dikira mengesahkan suatu metaanalisis terdahulu mengenai kesan lemak tepu terhadap kesihatan dalam The American Journal of Clinical Nutrition yang menyatakan bahawa tidak terdapat bukti kukuh untuk menyimpulkan bahawa lemak tepu dalam pemakanan dikaitkan dengan meningkatnya risiko penyakit jantung koronari atau penyakit kardiovaskular. Perlunya lebih data untuk menjelaskan sama ada risiko penyakit kardiovaskular lebih berkemungkinan dipengaruhi oleh nutrien-nutrien tertentu yang digunakan sebagai pengganti lemak tepu."[11]

Dioksin

Segelintir lembu ternakan meraguti padang rumput yang dibajakan dengan enap cemar kumbahan. Mungkin terdapat bahan-bahan dioksin ternaik dalam daging-daging lembu berkenaan[12]

Pada 1984, penggunaan mil daging dan tulang dalam pakan lembu menyebabkan rebakan pertama bovine spongiform encephalopathy (BSE atau "penyakit lembu gila") di dunia di United Kingdom.[13] Sejak itu berlakunya wabak-wabak sedemikian yang melanda ternakan lembu seluruh dunia.

Peraturan Kesatuan Eropah (EU) No 999/2001 telah menggariskan pengharaman mutlak ke atas penggunaan produk berasaskan mamalia sebagai bahan suapan untuk lembu.[14] Akan tetapi, pada tahun 2010, EU menerusi agensi Lembaga Keselamatan Makanan Eropah (EFSA) mengusulkan pelan tindakan untuk menarik semula larangan secara beransur-ansur.[15] Pada tahun 2013, disiarkan satu pindaan untuk Annex IV 999/2001 yang membenarkan penggunaan sesetengah produk susu, ikan, telur, dan haiwan yang disuap dengan tumbuhan.[16]

Pengeluaran dunia

[sunting | sunting sumber]
Restoran daging lembu di Johor, Malaysia.

Berikut adalah lima negara pengeluar daging lembu dan kerbau terbesar di dunia (dalam tan metrik, 2016).[17]

Tangga Negara 2016 % Dunia
1 Brazil 1,850,000 19.60%
2 India 1,850,000 19.60%
3 Australia 1,385,000 14.67%
4 Amerika Syarikat 1,120,000 11.87%
5 New Zealand 580,000 6.14%
  1. ^ "Late Neolithic megalithic structures at Nabta Playa". Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Februari 2008. Dicapai pada 27 Februari 2008.
  2. ^ Hirst, K. Kris. "History of the Domestication of Cows and Yaks". ThoughtCo (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ "History of Cattle Breeds". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2007. Dicapai pada 17 April 2007.
  4. ^ "Beef, lean organic". WHFoods. 18 October 2004. Dicapai pada 18 December 2011.
  5. ^ "Eating Cooked Meat Can Distort CKD Stage in Diabetes". Dicapai pada 3 October 2013.
  6. ^ "Bowel cancer risk factors". Cancer Research UK. 17 December 2013. Dicapai pada 12 September 2016.
  7. ^ American Institute for Cancer Research (2007). Food, Nutrition, Physical Activity, and the Prevention of Cancer: a Global Perspective. m/s. 116. ISBN 978-0-9722522-2-5.
  8. ^ Xue XJ, Gao Q, Qiao JH, Zhang J, Xu CP, Liu J (2014). "Red and processed meat consumption and the risk of lung cancer: a dose-response meta-analysis of 33 published studies". Int J Clin Exp Med (Meta-analysis). 7 (6): 1542–53. PMC 4100964. PMID 25035778.
  9. ^ "Harvard School of Public Health – Healthy Eating Pyramid". Hsph.harvard.edu. 14 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 August 2008. Dicapai pada 18 December 2011.
  10. ^ Micha, R.; Wallace, S. K.; Mozaffarian, D. (2010). "Red and Processed Meat Consumption and Risk of Incident Coronary Heart Disease, Stroke, and Diabetes Mellitus: A Systematic Review and Meta-Analysis". Circulation. 121 (21): 2271–83. doi:10.1161/CIRCULATIONAHA.109.924977. PMC 2885952. PMID 20479151.
  11. ^ Siri-Tarino, P. W.; Sun, Q.; Hu, F. B.; Krauss, R. M. (2010). "Meta-analysis of prospective cohort studies evaluating the association of saturated fat with cardiovascular disease". American Journal of Clinical Nutrition. 91 (3): 535–546. doi:10.3945/ajcn.2009.27725. PMC 2824152. PMID 20071648.
  12. ^ "USDA Emerging Issues" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 12 January 2012.
  13. ^ "Timeline: BSE and vCJD". NewScientist.com news service. 13 December 2004. Dicapai pada 10 August 2007.
  14. ^ "Regulation No 999/2001". EU. 22 May 2001. Dicapai pada 28 September 2015.
  15. ^ "Food and Feed Safety, TSE/BSE". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 March 2016. Dicapai pada 27 September 2015.
  16. ^ "EU Commission Regulation No 56/2013". EU Commission. 16 January 2013. Dicapai pada 28 September 2015.
  17. ^ "World Beef Exports: Ranking Of Countries".

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]