Dōjin
Dōjin (同人 , dōjin), seringkali ditulis dalam huruf-huruf Roman sebagai doujin, merupakan istilah umum dalam bahasa Jepun yang merujuk kepada sekumpulan orang atau rakan-rakan yang berkongsi minat, aktiviti, hobi atau objektif yang sama. Perkataan ini kadang-kala diterjemah dalam bahasa Inggeris sebagai clique (klik), coterie (kelompok), society (masyarakat) atau circle (misalnya, sewing circle (peminat menjahit).
Di Jepun, istilah ini digunakan untuk merujuk kepada karya-karya terbitan amatur, termasuklah (namun tidak terhad kepada) manga, novel-novel, panduan peminat, keloksi seni, muzik dan permainan video. Sesetengah artis profesional mengambil bahagian sebagai suatu kaedah untuk menerbitkan bahan-bahan yang diluar skop industri terbitan biasa.
Jenis-jenis
[sunting | sunting sumber]- Dōjinshi: manga. Sebuah sub-kategori dinamakan lebih tepat lagi sebagai dōjin CG (同人CG , dōjin shiijii) untuk seni-seni CG.
- Dōjin soft / permainan video dōjin (同人ソフト / 同人ゲーム , dōjin sofuto / dōjin geimu): judul-judul permainan video, perisian
- Dōjin muzik (同人音楽 , dōjin ongaku): muzik
- H dōjin (エッチ同人 , ecchi dōjin), atau "hentai", merupakan sejenis dōjin yang berunsurkan seks.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Doujinshi Online: laman web rujukan, menyenaraikan artis-artis berkumpulan
- (Inggeris) Passion: Laman senarai peminat dōjinshi terkenal
- (Inggeris) Doujinshi DB: pangkalan sumbangan pengguna untuk artis/buku/kumpulan dōjinshi, termasuklah penterjemahan nama-nama mereka