iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: https://ms.wikipedia.org/wiki/Burung_katib
Burung katib - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Burung katib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Burung katib
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Genus:
Sagittarius
Spesies:
serpentarius
Nama binomial
Sagittarius serpentarius
(J. F. Miller, 1779)
Taburan asal dalam benua Afrika
Sinonim[2]
List
  • Falco serpentarius
    J. F. Miller
  • Otis serpentarius
    Scopoli, 1786
  • Vultur serpentarius
    Latham, 1790
  • Vultur secretarius
    Shaw, 1796
  • Secretarius reptilivorus
    Daudin, 1806
  • Serpentarius africanus
    Shaw, 1809
  • Gypogeranus serpentarius
    Illiger, 1811
  • Ophiotheres cristatus
    Vieillot, 1819
  • Gypogeranus reptilivorus
    Ranzani, 1823
  • Gypogeranus africanus
    Stephens, 1826
  • Serpentarius cristatus
    R. Lesson, 1831
  • Gypogeranus capensis
    Ogilby, 1835
  • Gypogeranus philippensis
    Ogilby, 1835
  • Gypogeranus gambiensis
    Ogilby, 1835
  • Serpentarius reptilivorus
    Gray, 1840
  • Serpentarius secretarius
    Gray, 1848
  • Sagittarius secretarius
    Strickland, 1855
  • Serpentarius orientalis
    J. Verreaux, 1856
  • Astur secretarius
    Schlegel, 1862

Burung katib (Arab: كاتِب, rumi: kātib, lit.'penulis, setiausaha',[3] bahasa Inggeris: secretary bird,[4] "burung setiausaha/sekretaris"; nama saintifik: Sagittarius serpentarius) ialah spesies burung pemangsa daratan besar yang biasanya terdapat di padang rumput terbuka dan savana kawasan pinggir Sahara benua Afrika. Spesies ini tergolong dalam keluarga Sagittariidae tersendiri dalam ordo Accipitriformes yang juga termasuk banyak burung pemangsa diurnal lain seperti burung helang dan burung nasar.

Burung ini dikenali dari penampilannya berhias bulu hitam di kepala serta cara pemangsaannya yang mencengkam dan memijak hentak mangsa diburu sehingga mati.

Spesies ini telah dikelaskan sebagai spesies terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi kerana jumlah populasi setempat yang ditinjauan mengalami penurunan mendadak barangkali akibat kemusnahan habitat; taburan sebanyak antara 6,700 hingga 67,000 ekor burung ini dianggarkan masih dapat ditemukan pada tahun 2016.[1]

Kepala burung katib berjambul bulu hitam panjang di belakang dengan muka bertompok jingga.

Kedua-dua nama bahasa Arab dan bahasa Inggeris untuk burung ini datang dari bulu panjang yang menghiasi tengkuk burung itu[5] mirip penampilan seorang jurutulis atau "katib" (juga bermaksud "setiausaha/sekretaris" dalam bahasa Arab)[3][6] yang memakaikan pena bulu pada belakang telinganya.[7][8]

Ahli naturalis Belanda Arnout Vosmaer yang menggambarkan suatu spesimen hidup burung ini di Belanda tahun 1769 dihantar dari Tanjung Harapan dua tahun sebelumnya oleh seorang pegawai Syarikat Hindia Timur mencadangkan bahawa spesies itu dipanggil "sagittarius" oleh petani Belanda yang menjinakkan burung itu untuk memburu haiwan perosak di sekitar ladang mereka kerana gaya berjalan ia mirip seorang pemanah lalu juga dipelatkan sebagai secretarius (asas kepada "sekretaris" serapan bahasa Belanda).[9][10] Ian Glenn dari University of the Free State pula menyanggah pendapat ini lalu mengusulkan bahawa sagittarius sebaliknya yang disalah dengar dari sebutan secretarius.[11]

Burung ini dapat dikenali serta-merta kerana badannya yang sangat besar dengan kepala dan badan mirip seekor helang tetapi berkaki panjang seperti burung jenjang. Tinggi ia berdiri kira-kira 1.3 meter[12] dengan panjang antara 1.1 hingga 1.5 meter serta lebar sayap antara 1.9–2.1 meter.[13] Berat timbangannya antara 3.74–4.27 kilogram berpurata 4.05 kg. [14] Purata tarsus nya 31 sm manakala ekornya memanjang antara 57–85 sm sangat menonjol daripada mana-mana spesies burung pemangsa lain.[13]

Leher burung katib tidak terlalu panjang bahkan hanya dapat menurun ke paras sendi intertarsal, maka ia terpaksa membongkok agar sampai ke tanah.[15]

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Burung katib banyak memburu di daratan tidak seperti kebanyakan burung pemangsa lain, ia memburu secara berjalan kaki baik secara berpasangan dan kadang-kadang secara berkelompok dalam keluarga, menguntit mangsa dalam habitatnya dengan langkah-langkah panjang.[16] Ia sering memangsakan pelbagai jenis haiwan termasuk serangga, mamalia mulai dari sekecil tikus sampai kelinci dan rubah, ketam, kadal, ular (terutamanya yang jenis berbisa seperti ular tedung) kura-kura, burung baik yang anak atau masih dalam telur malah kadangkala juga bangkai haiwan dalam tinggalan semak terbakar. Herbivora yang berukuran besar umumnya tidak diburu, meskipun ada beberapa laporan pemerhatian mengenai burung ini yang didapati membunuh anak rusa dan anak cheetah.[17]

Haiwan-haiwan yang dimangsakan di semak samun sering dihalau burung katib secara menghentak kaki sekelilingnya. Cara menghentak ini jugalah yang digunakan untuk memijak sehingga lumpuh atau mati[18] terutamanya haiwan kecil seperti kadal dan ular.[19]

Burung katib memiliki saluran pencernaan relatif pendek dibandingkan dengan burung pemangsa besar sejenis lain seperti Kori bustard.[20] Hulu usus (foregut) ia mampu mencerna sejumlah besar daging dalam waktu singkat tanpa perlunya mengisar mamah makanan dalam saluran pencernaan untuk jangka masa yang panjang.[18] Temboloknya melebar dan hempedalnya tidak berotot seperti mana burung sejenis.[21] Usus besar tidak memiliki sekum ada sedikit kebutuhan untuk pencernaan fermentatif dari bahan tanaman.[22][23]

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]
Terbang di atas di Kenya

Burung katib berpasangan secara satu-satu. Jantan dan betina saling menarik perhatian dengan mengepak terbang bersama enjulang tinggi dengan pola penerbangan bergelombang dan memanggil dengan suara parau. Burung jantan dan betina juga melakukan tarian ritual di tanah dengan saling mengejar satu sama lain dengan sayap mereka ke sana kemari mirip cara mengejar mangsa. Pasangan burung ini mengawan baik di tanah mahupun di pokok[12] akasia yang turut menjadi tempat persarangan.

Sarang burung dibina pada pokok-pokok akasia terletak 5–7 meter tinggi dari tanah dengan berukuran sekitar 2.5 m lebar dan 30 sm dalamnya berupa suatu wadah diperbuat daripada reranting kayu. Sebanyak dua hingga tiga biji telur bujur berwarna hijau pucat ditelurkan selama dua sampai tiga hari, meskipun telur ketiga sering kalinya gagal tersenyawa. Telu-telur ini diieram terutama oleh burung betina selama 45 hari

Anak burung yang berbulu halus dan tebal dapat makan sendiri setelah 40 hari, meskipun orang tua tetap memberi makan anak setelah waktu itu. Setelah 60 hari, para burung remaja mulai mengepakkan sayap mereka, dan pada hari ke-65-80 mampu untuk melompat terbang, dengan cara melompat keluar dari sarang atau terjun dengan mengepak-epakkan sayap kuat-kuat sampai mendarat di tanah. Setelah waktu ini, burung muda dengan cepat diajari bagaimana cara berburu melalui ekspedisi oleh orang tua mereka dan dianggap independen segera setelahnya.

Pasangan burung katib sering setia sama-sama meskipun anak-anak bersama sudah lama meninggalkan sarang.

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Burung ini secara tradisinya dikagumi hebatannya dalam kalangan masyarakat setempat Afrika kerana penampilan dan pemangsaannya. Orang Xhosa yang menduduki selatan benua tersebut mengaitkan burung ini (inxhanxhosi) dengan kecerdasan yang tinggi.[24] Orang Maasai menggunakan bahagian burung dalam perubatan tradisional mereka di mana asap bakaran bulunya dibubuh merawat epilepsi, telurnya dimakan bersama teh untuk merawat sakit kepala, dan lemaknya boleh direbus dan diminum untuk tumbesaran kanak-kanak atau kesihatan ternakan.[25]

Negara Afrika Selatan yang mempunyai populasi utama bangsa ini menerapkan ia dalam jata negara baharu mereka pada tahun 2000[26] melambangkan pelindung negara dari serangan musuh serta terbentang sayapnya melambangkan pertumbuhan.[27] Burung katib juga diterapkan pada lambang negara serta panji dan mohor Presiden negara Sudan sejak tahun 1969.[28]

  1. ^ a b BirdLife International (2020). "Sagittarius serpentarius". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T22696221A173647556. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-3.RLTS.T22696221A173647556.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ Sharpe, Richard Bowdler (1874). Catalogue of the Birds in the British Museum. 1. London: British Museum (Natural History). Department of Zoology. m/s. 45.
  3. ^ a b "كاتب". Almaany English Arabic Dictionary. Almaany. 2010.
  4. ^ Gill, Frank; Donsker, David, penyunting (2019). "Hoatzin, New World vultures, Secretarybird, raptors". IOC World Bird List Version 9.2. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 21 November 2019.
  5. ^ Buffon, Georges-Louis Leclerc de (1780). "Le Secrétaire ou Le Messager". Histoire Naturelle des Oiseaux (dalam bahasa Perancis). 14. Paris: De l'Imprimerie Royale. m/s. 30–39 [35].
  6. ^ Rujuk:
    • Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 309. ISBN 967-65-7321-3.
    • Salmoné, Habib Anthony (1889). "كتب". An Advanced Learner's Arabic-English Dictionary – melalui The Arabic Lexicon kelolaan Hawramani.com.
    • Lane, Edward William (1863–1893). "كتب". Arabic-English Lexicon. 1. London. m/s. 2591 – melalui The Arabic Lexicon kelolaan Hawramani.com.CS1 maint: date format (link)
  7. ^ Caley, Kevin (2007). "Fossil birds". Dalam del Hoyo, Josep; Elliott, Andrew; Christie, David (penyunting). Handbook of the Birds of the World. 12: Picathartes to Tits and Chickadees. Barcelona: Lynx Edicions. m/s. 11–56. ISBN 978-84-96553-42-2.
  8. ^ Harris, Nathaniel (2004). Atlas of the World's Deserts. New York & London: Routledge. m/s. 164. ISBN 1-57958-310-5.
  9. ^ Vosmaer, Arnout (1769). Description d'un oiseau de proie, nommé le sagittaire, tout-à-fait inconnu jusque'ici; apporté du Cap de Bonne Espérance (dalam bahasa Perancis). Amsterdam: Pierre Meyer.
  10. ^ Vosmaer, Arnout (1769). Beschryving van eenen Afrikaanschen nog geheel onbekenden roof-vogel de Sagitarrius genaamd op de Kaap de Goede Hoop (dalam bahasa Belanda). Amsterdam: Pierre Meyer.
  11. ^ Glenn, Ian (2018). "Shoot the messager? How the secretarybird Sagittarius serpentarius got its names mostly wrong". Ostrich. 89 (3): 287–290. doi:10.2989/00306525.2018.1499561.
  12. ^ a b Brown, L. H.; Urban, E. K.; Newman, K., penyunting (1982). The Birds of Africa. 1. London: Academic Press. m/s. 437–440. ISBN 978-0-12-137301-6.
  13. ^ a b Ferguson-Lees, J.; Christie, D. A. (2001). Raptors of the World. New York: Houghton Mifflin. m/s. 248. ISBN 978-0618127627.
  14. ^ Biggs, H. C.; Kemp, A. C.; Mendelsohn, H. P.; Mendelsohn, J. M. (1979). "Weights of southern African raptors and owls". Durban Museum Novitates. 12 (7): 73–81 [75].
  15. ^ Kemp, A. C. (1994). "Family Sagittariidae (Secretarybird)". Dalam del Hoyo, J.; Elliott, A.; Sargatal, J. (penyunting). Handbook of the Birds of the World. 2: New World Vultures to Guineafowl. Barcelona: Lynx Edicions. m/s. 206–215. ISBN 978-84-87334-15-3.
  16. ^ The Depression of Reptile Biomass by Large Herbivores – Janzen, D.H., American Naturalist, 110, 71–400 (1976)
  17. ^ Mills, M. G. L.; Mills, M. E. J. (2014). "Cheetah cub survival revisited: a re‐evaluation of the role of predation, especially by lions, and implications for conservation". Journal of Zoology. 292: 136–141. doi:10.1111/jzo.12087/.
  18. ^ a b Portugal, Steven J.; Murn, Campbell P.; Sparkes, Emily L.; Daley, Monica A. (2016). "The fast and forceful kicking strike of the secretary bird" (PDF). Current Biology. 26 (2): R58–R59. doi:10.1016/j.cub.2015.12.004.
  19. ^ Sinclair, I.; Ryan, P.; Christy, P.; Hockey, P. (2003). Birds of Africa: South of the Sahara. Cape Town: Struik. ISBN 978-1-86872-857-2.
  20. ^ Maloly, G; Warui, CN; Clemens, ET (1987). "Comparative gastrointestinal morphology of the Kori bustard and secretary bird". Zoo Biology. 6: 243–251.
  21. ^ Reece, William O.; Erickson, Howard H.; Goff, Jesse P.; Uemura, Etsuro E. (2015). "Avian digestion". Dukes' physiology of domestic animals. ohn Wiley & Sons Incorporated.
  22. ^ McNab, J. M. (1973). "The avian caeca: a review". World's Poultry Science Journal. 29 (3): 251–263. doi:10.1079/wps19730014.
  23. ^ Clench, Mary H.; Mathias, John R. (1995). "The avian cecum: a review" (PDF). Wilson Bulletin. 107 (1): 93–121 [100–101].
  24. ^ Waters, M. W. (1926). Cameos from the Kraal. Alice, South Africa: Lovedale Institution Press. m/s. 55–56.
  25. ^ Kioko, John; Smith, Delaney; Kiffner, Christian (2015). "Uses of birds for ethno medicine among the Maasai people in Monduli District, Northern Tanzania". International Journal of Ethnobiology & Ethnomedicine. 1 (1): 1–13. ISSN 2394-0891.
  26. ^ "The National Symbols" (PDF). Western Cape Government. Dicapai pada 23 December 2019.
  27. ^ Smith, Benjamin; Lewis-Williams, J. D.; Blundell, Geoffrey; Chippindale, Christopher (2000). "Archaeology and symbolism in the new South African coat of arms". Antiquity. 74 (285): 467–468. doi:10.1017/S0003598X00059688.
  28. ^ Ali, Bushra (2013). Encyclopedia of Sudan Banknotes 1856–2012. Lulu.com. m/s. 43. ISBN 978-1-300-92058-8.