iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: https://ms.wikipedia.org/wiki/Bantuan:Buku
Bantuan:Buku - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Bantuan:Buku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buku-buku bercetak daripada PediaPress

Di Wikipedia, penghasilan "buku", iaitu suatu koleksi rencana yang boleh disimpan dan dicetak boleh dilakukan. Anda juga boleh melakukan pesanan untuk menghasilkan buku-buku bercetak. Oleh itu, laman ini menunjukkan cara-cara untuk menghasilkan buku.

Langkah 1: Menghidupkan fungsi pencipta buku

[sunting | sunting sumber]

Sila pergi ke menu sisi di sebelah kiri dan cari bahagian "Cetak/eksport" di mana anda akan nampak frasa yang tertulis "Cipta buku" (Gambar 1). Ketik butang tersebut.

Gambar 1: Menu sisi kiri

Kemudian tekan butang "Mulakan pencipta buku" untuk memulakan proses penciptaan buku (Gambar 2). Jika anda ingin membatalkan sesi, sila tekan "Batalkan".

Gambar 2: Laman pencipta buku

Langkah 2: Memilih rencana

[sunting | sunting sumber]

Setelah pencipta buku didayakan, suatu kotak alat akan muncul di atas setiap laman (Gambar 3).

Gambar 3: Kotak alatan pencipta buku

Kotak alat itu terdiri daripada fungsi:

  • Matikan: untuk melumpuhkan mod penciptaan buku
  • Tambah laman ini ke dalam buku anda: menambah laman semasa yang diinginkan ke dalam senarai buku
  • Tunjukkan buku: memaparkan laman pengurusan buku
  • Syorkan laman: laman rawak cadangan yang mungkin sesuai diletakkan dalam buku anda

Anda boleh menyemak imbas dan mencari rencana-rencana yang ingin dibukukan. Ketik pada "Tambah laman ini ke dalam buku anda" untuk menambah laman semasa yang dipilih. Setelah ia dipilih pautan "Tunjukkan buku" akan mula menunjukkan bilangan laman yang ditambah di dalam kurungan. Anda boleh juga menggunakan fungsi "Syorkan laman" untuk mendapatkan laman-laman cadangan untuk buku anda.

Langkah 3: Menguruskan buku anda

[sunting | sunting sumber]

Jika segala proses di Langkah 2 selesai, anda akan dibawa ke laman Urus buku anda seperti dalam Gambar 4.

Gambar 4: Tangkap layar laman pengurusan buku

Di laman ini, anda boleh:

  • menambah tajuk dan tajuk kecil untuk buku anda.
  • menambah bab bagi setiap laman, menyusunnya mengikut tertib yang diinginkan dan mengosongkan buku.
  • menyeret, meletakkan serta membuang laman dan bab.

Anda boleh menyimpan dan berkongsikan buku ciptaan anda dengan menyimpannya di Wikipedia ini. Anda boleh memilih untuk menyimpannya sebagai buku peribadi atau buku umum untuk semua pembaca Wikipedia, letakkan tajuk dan simpan.

Untuk memuat turun buku, sila pilih format yang diinginkan dan tekan butang "muat turun". Jika anda ingin mendapatkan buku bercetak, sila tekan "Pralihat dengan PediaPress (perkhidmatan ini adalah berbayar dan penghantaran ke rumah disediakan). Sila pergi ke Bantuan:Buku/Buku bercetak (Inggeris) untuk maklumat lanjut.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]