Satu siri bantahan sedang berlaku di seluruh Iran sejak 28 Disember 2017. Bermula di Mashhad, bandar raya dengan jumlah penduduk kedua terbesar di Iran, membuat bantahan disebabkan oleh dasar-dasar ekonomi yang dibuat oleh pemerintah Iran; walau bagaimanapun, apabila ia mula merebak ke seluruh negara, sebab bantahan turut melibatkan motif politik terhadap amalan teokratik oleh pihak pemerintah dan Pemimpin Agung, Ali Khamenei.
Bantahan itu menandakan cabaran dalaman paling sengit kepada pemerintah Iran sejak bantahan pilihan raya presiden Iran pada 2009.[14] Bantahan kali ini berbeza dengan sebelumnya, yang melibatkan pergerakan hijau dalam kalangan peserta, sebab, matlamat dan sorakan yang berlainan.[15][16] Walaupun sesetengah penganalisis menganggap bantahan yang terjadi adalah hasil daripada dasar ekonomi yang tidak baik yang diguna pakai oleh pentadbiran Presiden Iran Hassan Rouhani, penganalisis lain menunjukkan kepada ketidakpuasan tinggi penduduk dengan pentabdiran teokratik dan Pemimpin Agung sebagai punca sebenar pergolakan.[17][3]
Bantahan menjadi ganas di beberapa kawasan dalam negara dengan serangan terhadap balai-balai polis, pihak tentera serta kereta terbakar dan berlakunya kebakaran.[18] Setakat 2 Januari, sekurang-kurangnnya 21 orang orang pembantah dan seorang kakitangan keselamatan telah meninggal dunia. 450 penunjuk perasaan yang lain telah ditahan.[12]
^جهان|TABNAK, سایت خبری تحلیلی تابناك|اخبار ایران و. "توکلی: اعتراضات خیابانی قابل پیشبینی بود". سایت خبری تحلیلی تابناك|اخبار ایران و جهان|TABNAK (dalam bahasa Parsi). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2017. Dicapai pada 31 Disember 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)