iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: https://ms.wikipedia.org/wiki/Apex_Legends
Apex Legends - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Apex Legends

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Apex Legends
Fail:Apex legends cover.jpg
PembangunRespawn Entertainment
PenerbitElectronic Arts
Pengeluar
  • Drew McCoy
  • Tina Sanchez
PerekaMackey McCandlish
KomposerStephen Barton
SiriTitanfall Sunting ini di Wikidata
EnjinSource
Platform
Pelepasan4 Februari 2019
GenreBattle royale, Penembak diri pertama
ModMultipemain

Apex Legends ialah sebuah permainan video penembak diri pertama percuma untuk dimainkan berkonsepkan battle royale yang dibangunkan oleh Respawn Entertainment dan diterbitkan oleh Electronic Arts (EA). Permainan ini dilancarkan secara rasmi pada 8 Februari 2019 dan kini boleh dimainkan di Microsoft Windows, PlayStation 4 dan Xbox One; versi Nintendo Switch dan telefon mudah alih dijangka akan dilancarkan pada akhir 2020.[1]

Apex Legends ialah permainan video atas talian yang berdasarkan konsep battle royale dengan latar masa 30 tahun selepas peristiwa dalam Titanfall 2. Dalam permainan ini, para pemain akan bermain secara sendiri atau dalam kumpulan dengan sebanyak-banyaknya tiga orang pemain dalam satu set yang memiliki paling banyak 60 orang pemain;[2][3] mod lazim ialah permainan dalam kumpulan bertiga. Matlamat permainan ialah menjadi orang atau kumpulan terakhir untuk bertahan dalam set permainan dengan bertempur dengan pemain-pemain lain.

Sebelum perlawanan, para pemain perlu memilih satu daripada 13 orang watak yang tersedia untuk dimainkan, dan setiap watak memiliki kebolehan dan gaya permainan yang berlainan. Apabila permainan bermula, para pemain akan ditempatkan di dalam sebuah kapal terbang dan dikehendaki terjun ke latar permainan. Setelah berada di latar, para pemain boleh mencari peralatan-peralatan seperti senjata dan perisai di seluruh latar.

Sekiranya pemain mengalami knockout, pemain itu masih boleh dipulihkan oleh pemain sepasukan. Pemain yang terbunuh sepenuhnya juga boleh dipulihkan - pemain sepasukan perlu membawa panji pemain terbunuh ke salah satu daripada bikon-bikon yang ada di seluruh latar dalam masa tertentu sebelum panji tidak dapat digunakan dan pelajar tidak dapat dipulihkan.

Latar permainan Apex Legends terdiri daripada sebuah zon selamat. Zon ini akan mengecil secara berkala dengan berpusatkan satu titik rawak, dan para pemain mesti kekal dalam zon selamat ini atau menerima kecederaan secara beransur-ansur sebelum maut. Pengecilan ini memaksa para pemain untuk berkumpul lalu meningkatkan peluang pertembungan dan pertempuran antara pemain.

Apex Legends adalah percuma untuk dimainkan, tetapi disokong oleh sistem urus niaga mikro, termasuk sistem kotak harta (loot box); para pemain boleh mengeluarkan wang sebenar atau wang permainan untuk membeli alatan-alatan kosmetik seperti pakaian kepada para watak dan perhiasan senjata.[4]

Penerimaan

[sunting | sunting sumber]
Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
MetacriticPC: 88/100[5]
PS4: 89/100[6]
XONE: 88/100[7]
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
Destructoid8.5/10[8]
Game Informer9.25/10[9]
GamesRadarPC/PS4: 5/5 bintang[11]
GameSpot9/10[10]
IGN9/10[12]
PC Gamer US93/100[13]

Apex Legends mencapai satu juta orang pemain unik hanya lapan jam selepas dilancarkan,[14] dan angka itu mencecah 2.5 juta orang dalam 24 jam pertama.[15] Permainan video ini mencapai 25 juta orang pemain unik dalam minggu pertama selepas pelancaran rasmi,[16] dan 50 juta orang dalam bulan pertama.[17]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2019, pihak Apex Legends menganjurkan suatu peristiwa dalam permainan yang bernama Iron Crown yang menawarkan barang-barang hiasan, kebanyakan barangan ini hanya boleh diperoleh melalui sistem kotak harta, termasuk barang hiasan paling utama yang boleh diperoleh selepas kesemua 24 barang lain telah diperoleh. Namun begitu, kos untuk mendapatkan barang itu dianggarkan bernilai paling kurang AS$170.[18] Hal ini menyebabkan berlakunya kutukan meluas serta perkelahian antara pihak pemain serta pihak Respawn Entertainment.[19] Pihak Respawn Entertainment memohon maaf dan menawarkan peluang kepada pemain untuk membeli barang-barang hiasan secara terus, meskipun dalam harga yang lebih tinggi, serta memohon maaf atas insiden segelintir dalam pihaknya yang bertindak melampau dalam menguruskan tentangan para pemain.[20]

  1. ^ Bhushan, Rahul (24 Jun 2020). "Apex Legends teased for mobiles in 2020: All we know so far". Sportskeeda (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  2. ^ Goslin, Austen (6 Ogos 2019). "Apex Legends gets a new limited-time solo mode". Polygon (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mac 2020.
  3. ^ Statt, Nick (30 Oktober 2019). "Apex Legends is launching a duos game mode for the first time". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mac 2020.
  4. ^ Goslin, Austen (Februari 8, 2019). "Apex Legends microtransactions guide: explaining Crafting Metals, Legend Tokens, and Apex Coins". Polygon (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 9, 2019. Dicapai pada Ogos 19, 2019.
  5. ^ "Apex Legends for PC Reviews". Metacritic (dalam bahasa Inggeris). CBS Interactive. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2019. Dicapai pada 12 Februari 2019.
  6. ^ "Apex Legends for PlayStation 4 Reviews". Metacritic (dalam bahasa Inggeris). CBS Interactive. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2019. Dicapai pada 14 April 2019.
  7. ^ "Apex Legends for Xbox One Reviews". Metacritic (dalam bahasa Inggeris). CBS Interactive. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2019. Dicapai pada 14 April 2019.
  8. ^ Roemer, Dan (17 Februari 2019). "Review: Apex Legends". Destructoid (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2019. Dicapai pada 18 Februari 2019.
  9. ^ Gwaltney, Javy (8 Februari 2019). "Apex Legends Review – Embracing The New Frontier". Game Informer (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2019. Dicapai pada 9 Februari 2019.
  10. ^ Hornshaw, Phil (February 8, 2019). "Apex Legends Review – Battle Royale The Way It Should Be". GameSpot (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2019. Dicapai pada 8 Februari 2019.
  11. ^ James, Ford (8 Februari 2019). "APEX LEGENDS REVIEW: "An immaculate battle royale that should only get better"". GamesRadar+ (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2019. Dicapai pada 8 Februari 2019.
  12. ^ Petite, Steven (11 Februari 2019). "Apex Legends Review". IGN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2020. Dicapai pada 11 Februari 2019.
  13. ^ Davenport, James (Februari 11, 2019). "Apex Legends Review". PC Gamer (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 12, 2019. Dicapai pada Februari 11, 2019.
  14. ^ Makuch, Eddie (4 Februari 2019). "Apex Legends Hits 1 Million Players In 8 Hours". GameSpot (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2019. Dicapai pada 5 Februari 2019.
  15. ^ Arif, Shabana (6 Februari 2019). "Apex Legends' first 24 hours saw the game draw in 2.5 million players". VG247 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2019. Dicapai pada 6 Februari 2019.
  16. ^ Makuch, Eddie (11 Februari 2019). "Apex Legends Hits 25 Million Players In A Week". GameSpot (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Februari 2019. Dicapai pada 11 Februari 2019.
  17. ^ Frank, Allegra (4 Mac 2019). "Apex Legends tops 50M players in first month". Polygon (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2019. Dicapai pada 4 Mac 2019.
  18. ^ Lahti, Evan (13 Ogos 2019). "Apex's new super-legendary item basically costs $170". PC Gamer (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  19. ^ Thier, Dave (19 Ogos 2019). "This 'Apex Legends' Iron Crown Reddit War Is A Litmus Test For Gamers And The Industry". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  20. ^ Liao, Shannon (17 Ogos 2019). "Apex Legends developer apologizes for controversial loot boxes". CNN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Ogos 2020. Dicapai pada 20 Ogos 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]