iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: https://ms.wikipedia.org/wiki/Animatronik
Animatronik - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Animatronik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah rangka animatronik muka yang ringkas.

Animatronik ialah penggunaan mekatronik untuk membuat mesin-mesin yang seakan-akan "hidup" - termasuk replika haiwan (misalnya dinosaur), tumbuhan dan juga makhluk ghaib - daripada robotik.[1][2] . Robot yang direka sebagai tiruan manusia yang meyakinkan dikenali sebagai android.

Animatronik digunakan terutamanya dalam perfileman, bahkan juga di taman tema dan bentuk hiburan yang lain. Kelebihan utamanya berbanding CGI dan gerak henti adalah makhluk yang disimulasikan itu wujud secara fizikal dan bergerak di hadapan kamera dalam masa nyata. Teknologi di sebalik animatronik semakin maju dan canggih selama ini, membuat boneka itu menjadi lebih realistik dan seakan-akan hidup.

Animatronik digunakan dalam situasi yang mana makhluk itu tak wujud; aksi terlalu berisiko atau mahal untuk menggunakan pelakon atau haiwan sebenar; atau aksi tidak dapat dilaksanakan dengan manusia atau haiwan yang hidup. Sistem animatronik boleh dilaksanakan dengan menggunakan kawalan komputer dan kawalan manusia, termasuk teleoperasi.

Watak animatronik direka bentuk agar menyerupai dan bergerak seakan objek sebenar setepat-tepatnya. Rangka animatronik biasanya dibina bergantung kepada tujuan dan ciri yang dikehendaki padanya tidak lupa juga kos, sama ada daripada kayu, besi dan aluminium.[3] Motor dan sambungan khas digunakan sebagai bahan penghubung semua bahagian rangka ini.

"Kulit" yang melitupi rangka tersebut dipilih daripada jenis yang terbaik. Bahan paling umum digunakan ialah lateks yang mudah dipasangkan dengan cepat,[4] tetapi silikon [5] dan poliuretana dan plaster turut menjadi pilihan khusus sesetengah syarikat.

  1. ^ "Overview of Career in Animatronics" (PDF). National TSA Conference Competitive Events Guide. Technology Student Association. 2011. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-09-10. Dicapai pada 2018-07-27.
  2. ^ "Animatronics Introduction". Digication, Inc. Dicapai pada 10 Oktober 2014. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Wise, Edwin (2000). Animatronics: A Guide to Animated Holiday Displays. Cengage Learning. m/s. 9. ISBN 0790612194.
  4. ^ James, Thurston (1997). The prop builder's molding & casting handbook (ed. 6. pr.). Cincinnati: Betterway Books. m/s. 51. ISBN 1-55870-128-1.
  5. ^ Chan, Normal (15 Ogos 2012). "Synthetic Skin For Animatronic Robots Gets More Realistic". Whalerock Industries. Dicapai pada 9 Ogos 2014. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)