Aisberg
Aisberg atau gunung air batu (juga gunung ais/es)[1] merupakan bongkahan air batu tawar yang terpisah daripada glasier salji atau dataran ais yang timbul di permukaan air.[2][3] Ia kemudian mungkin membeku dan menjadi pek ais atau tersangkut pada dasar laut di perairan cetek, menyebabkan hakisan ais.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Perkataan "aisberg" ialah pinjaman Inggeris, iceberg yang merupakan sebahagian daripada perkataan pinjaman daripada bahasa Belanda iaitu ijsberg, yang bermaksud gunung ais;[4] ia juga dipinjam terjemah kepada kata "gunung air batu/ais/es".[1] Perkataan ini mempunyai akar yang sama dengan perkataan yang sama maknanya dalam bahasa-bahasa yang serumpun seperti isbjerg dalam bahasa Denmark, Eisberg dalam bahasa Jerman dan isberg dalam bahasa Sweden.
Ciri
[sunting | sunting sumber]Bongkah-bongkah ais ini boleh mencapai ketinggian lebih 100 meter dari permukaan air serta dikira berjisim keseluruhannya seberat antara 100,000 hingga melebihi 10 juta tan metrik.
Aisberg yang terapung di permukaan laut cenderung diperhatikan lebih besar di pangkal atau dasarnya yang terbenam berbanding puncak yang kelihatan, hal ini kerana ais terhasil dari air tulen mempunyai ketumpatan nyaris menghampiri ketumpatan air laut iaitu 920 kg/m3 mendekati 1,025 kg/m3 selaras dengan prinsip keapungan Archimedes. Apabila sesebuah bongkah ais ini memecah hasil pencairan, bahagian bongkah yang lebih berat akan terbalik hasil tarikan graviti; tenaga potensi yang dilepaskan ini kuat sehingga adakalanya boleh menyebabkan gegaran di kawasan sekitarnya.[5]
Aisberg sering kelihatan berwarna putih kerana salji padat yang menghasilkan ia, ia adakalanya boleh kelihatan biru hasil pembiasan cahaya. Walau bagaimanapun, mendapan dan bendasing seperti alga, sisa haiwan dan rumpai serta batuan yang terkumpul dari dasar laut beku semasa pembentukan aisberg seoperti fitoplankton boleh memberikan warna kehijauan kepada bongkah yang terapung. Air laut yang datang dibekukan pada bila-bila masa juga memberi corak lorengan beraneka rona biru kepada bongkah baru.[6][7][3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Lihat:
- Kamus istilah hidrologi bahasa Inggeris-bahasa Malaysia (1986). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 78.
- "IJsberg". W.J.S.P. Darminta (1930). Zakwoorden-boekje Nederlandsch-Maleisch. "goenoeng ès terapoeng".
- Agus Supangat (2021). Bumi Merdeka: Antartika. Elex Media Komputindo. m/s. 81. ISBN 6230021005.
- ^ Pelbagai definisi perkataan "Iceberg" URL dicapai pada 20 Disember 2006.
- ^ a b Agus Supangat (2021). ibid. m/s. 81-3
- ^ Online Etymology Dictionary. iceberg. URL dicapai pada29 Mac 2006.
- ^ Stephen Ornes (April 3, 2012). "Flipping Icebergs". ScienceNews for Students. Dicapai pada June 9, 2019.
- ^ Katherine Wright (January 5, 2018). "Icebergs Can Be Green, Black, Striped, Even Rainbow". Scientific American. Dicapai pada June 9, 2019.
- ^ Roach, Lettie. "Image of the Week - Super-cool colours of icebergs". EGU Blogs. European Geosciences Union. Dicapai pada 6 November 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Iceberg Finder Service bagi pantai timur Kanada
- Icebergs of The Arctic and Antarctic Diarkibkan 2009-08-26 di Wayback Machine
- Iceberg Google maps Diarkibkan 2010-12-18 di Wayback Machine - Georgia Selatan
- Glide through Iceberg Alley Best of flickr, youtube video wall, interactive map and references.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Aisberg. |