17 November
Penampilan
<< | November | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
2024 |
17 November merupakan hari ke-321 (hari ke-322 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 44 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Pelajar Antarabangsa.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1558 - Elizabeth I (gambar) ditabalkan sebagai Ratu England dan Ireland lalu menandakan permulaan Zaman Elizabeth.
- 1855 - Penjelajah David Livingstone menjadi orang Eropah pertama melihat air terjun Victoria (gambar), yang ketika ini menjadi sempadan Zambia–Zimbabwe.
- 1869 - Terusan Suez dibuka kepada perkapalan, menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah (gambar).
- 1950 - Dalai Lama ke-14 Tenzin Gyatso ditabalkan sebagai ketua negara Tibet semasa berumur 15 tahun.
- 1969 - Perang Dingin: Perundingan menghadkan senjata strategik SALT I antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat bermula di Helsinki.
- 1970 - Pencipta A.S. Douglas Engelbart mendapat paten bagi tetikus komputer.
- 1989 - Tunjuk perasaan pelajar di Prague dipatahkan polis, mencetuskan Revolusi Baldu di Czechoslovakia.
- 2005 - Il Canto degli Italiani secara rasmi menjadi lagu kebangsaan Itali, hampir 60 tahun selepas ia dipilih buat sementara.
- 2013 - Penerbangan 363 Tatarstan Airlines terhempas di Lapangan Terbang Kazan, mengakibatkan 50 kematian.
- 2019 - Wabak Virus Covid-19 bermula
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1949 - Nguyen Tan Dung, Perdana Menteri Vietnam ke-7
- 1961 - Iis Sugianto, pelakon, penyanyi, dan ahli politik Indonesia
- 1986 - Nani, pemain bola sepak Manchester United F.C.
- 1993 - Irwan Sumenep, penyanyi-penggubah lagu dan pelakon lelaki Indonesia
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1900 - Alexander Imeretinsky, seorang jeneral Empayar Rusia
- 1995 - Mohamed Said Bin Keruak, Ketua Menteri Sabah ke-4