.uk
Fail:DotUK domain logo.svg | |
Diperkenalkan | 24 Julai 1985 |
---|---|
Jenis TLD | Domain peringkat tinggi |
Status | Aktif |
Pendaftaran | Nominet UK |
Penaja | Nominet UK |
Kegunaan | Entiti yang punya hubungan dengan United Kingdom |
Kegunaan sebenar | Popular di UK |
Domain terdaftar | 11.918.249 (9.471.248 pada peringkat ketiga dan 2.447.001 pada peringkat kedua) (Februari 2020)[1] |
Sekatan pendaftaran | - |
Struktur |
|
Dasar pertikaian | www |
DNSSEC | Ya |
Tapak web terdaftar | http://www.nic.uk |
.uk adalah Domain peringkat tinggi kod negara (ccTLD) internet untuk United Kingdom. Domain ini didaftarkan untuk pertama kali pada Julai 1985, tujuh bulan selepas domain-domain peringkat tinggi generik (gTLD) seperti .com dan menjadi kod negara pertama sesudah .us.
Sejak Februari 2016, ia menjadi domain peringkat tinggi paling popular nomor lima sedunia sesudah .com, .cn, .de dan .net) dengan lebih dari 10 juta pendaftaran.[2][3][4]
.uk sudah menggunakan OpenDNSSEC sejak Mac 2010.[5]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada Oktober 1984, RFC 920 mencadangkan penciptaan domain peringkat tinggi kod negara (ccTLD) dengan menggunakan kod negara yang bersumber kod dua huruf dari senarai ISO 3166-1.[6] "GB" ialah kod negara ISO 3166 untuk United Kingdom. Namun begitu, Skim Pendaftaran Nama Rangkaian Akademik UK, JANET NRS, telah menetapkan "UK" sebagai TLD beberapa bulan sebelum penyusunan senarai kod ISO. Akibatnya, .uk dipilih dan didaftarkan pada 24 Julai 1985.[7][8] .gb dicadangkan namun tak pernah digunakan secara meluas dan tidak lagi dipelan untuk didaftar sebagai calon ccTLD.
Pada mulanya, domain ini diwakilkan oleh Jon Postel kepada "pihak terpercaya" untuk dikelola. Andrew McDowell yang berasal dari UCL menjadi perwakilan yang ditugaskan untuk mengurus .uk.[7] Beberapa masa kemudian, Andrew berikan hak kelola domain kepada Willie Black yang bekerja di Persatuan Jaringan Pendidikan dan Penyelidikan UK (UKERNA). Awalnya, permintaan domain dikirim melalui mel elektronik dan diperiksa secara manual oleh UK Naming Committee sebelum diproses oleh UKERNA. Keahlian jawatankuasa ini terhad untuk satu kumpulan Pembekal khidmat Internet tingkat atas yang menjadi bagian dari susunan peering yang formal.
Hingga 10 Jun 2014, pendaftaran nama domain secara langsung di bawah .uk (seperti internet.uk) tidak memungkinkan; pendaftaran hanya mungkin dilakukan di bawah domain peringkat ketiga (seperti internet.co.uk).
Hak pendaftaran .uk
[sunting | sunting sumber]Pendaftaran baharu secara langsung di bawah domain .uk telah diterima oleh Nominet sejak 10 Jun 2014 pukul 08.00 BST. Akan tetapi, terdapat masa tunggu tempahan untuk pelanggan yang sudah memiliki laman dalam domain .co.uk, ltd.uk, .me.uk, .net.uk, .org.uk, atau plc.uk untuk memastikan domain dapat tercatat secara rasmi dalam .uk yang masih boleh berjalan sehingga 25 Jun 2019 pukul 06.00 BST.[9]
Jika suatu domain terdaftar sebelum pukul 23.59 UTC pada 28 Oktober 2013, pengguna memiliki hak domain .uk yang setara (selama tidak ada laman terdaftar lain dalam bentuk .co.uk, .ltd.uk, me.uk, net.uk, org.uk, atau plc.uk)[9] Sebagai contoh, jika 'syarikat-anda.co.uk' ditubuhkan sejak 2 Oktober 2013, pendaftar 'syarikat-anda.co.uk' punya hak mendaftar laman 'syarikat-anda.co.uk' sehingga 25 Jun 2019 jam 06.00 BST. 123-reg dan NamesCo telah menciptakan domain-domain tertentu untuk para pelanggan secara percuma namun mulai meminta pembayaran sejak September 2019.[10]
Domain peringkat kedua
[sunting | sunting sumber]Aktif
[sunting | sunting sumber]- .ac.uk – akademik (pendidikan tinggi, kolej-kolej pendidikan lanjutan, lembaga-lembaga penyelidikan (seperti Institut Survei Antartika British) serta pertubuhan akademik)
- .bl.uk - perpustakaan British
- .co.uk – entiti perniagaan dan domain peringkat kedua paling popular
- .gov.uk – pemerintah (kerajaan sentral, turunan and tempatan)
- .judiciary.uk – Kehakiman Inggeris dan Wales[11]
- .ltd.uk – syarikat berhad
- .me.uk – personal
- .mod.uk – tentera diraja dan kementerian pertahanan[12]
- .net.uk – ISP dan syarikat rangkaian
- .nhs.uk – Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan
- .nic.uk – dilencong ke nominet UK
- .org.uk – entiti tanpa-keuntungan
- .parliament.uk – Parlimen United Kingdom
- .plc.uk – Syarikat awam berhad
- .police.uk – polis dan pertubuhan penguatkuasa undang-undang
- .rct.uk – Amanah Kumpulan Diraja
- .royal.uk – keluarga diraja British
- .sch.uk – penguasa pendidikan tempatan, sekolah-sekolah, khususnya sekolah rendah dan menengah, juga pendidikan masyarakat
.co.uk, .ltd.uk, .me.uk, .net.uk, .oleh, .org.uk, .plc.uk dan .sch.uk dikelola oleh Nominet UK dan boleh didaftar oleh orang awam. Domain peringkat kedua lainnya dikeola oleh agensi-agensi pemerintah dan memiliki tingkat penyekatan yang lebih kuat.[13]
Tidak aktif
[sunting | sunting sumber]- .govt.uk – domain pemerintah masa lalu yang diganti dengan .gov.uk[perlu rujukan]
- .orgn.uk – domain pertubuhan tanpa-keuntungan yang diganti dengan .org.uk[perlu rujukan]
- .lea.uk – penguasa pendidikan tempatan; sudah tidak digunakan lagi.[perlu rujukan]
- .mil.uk – hanya untuk rangkaian persendirian. .mil.uk berwujud hanya sebagai rekod CNAME untuk .mod.uk di fail zon .uk.[perlu rujukan]
Ditolak
[sunting | sunting sumber]- .cym.uk – domain untuk Wales; sempat dicadangkan bersama dengan domain .cym namun ditolak. Domain peringkat atas seperti .cymru dan .wales dimasukkan sejak 2014.[perlu rujukan]
- .scot.uk – domain untuk Scotland; ditolak oleh nominet.[perlu rujukan] Domain peringkat teratas .scot diterima pada 10 Jun 2014[14][15] dan masuk zon root pada 13 Jun 2014.[16]
- .sco.uk – domain lain untuk Scotland.[17]
- .soc.uk – dicadangkan untuk kegunaan Sosial dan Masyarakat.[perlu rujukan]
Domain peringkat teratas (TLD) lainnya yang masih berhubungan dengan United Kingdom
[sunting | sunting sumber]TLD untuk tempatan setingkat negara (ccTLD)
[sunting | sunting sumber]- .ac – ccTLD untuk Pulau Ascension
- .ai – ccTLD untuk Anguilla
- .aq – ccTLD untuk Antartika (termasuk Wilayah Antartika British (WAB))
- .bm – ccTLD untuk Bermuda
- .fk – ccTLD untuk Kepulauan Falkland
- .gb – bekas ccTLD untuk Great Britain yang sudah tidak digunakan lagi
- .gg – ccTLD untuk Guernsey
- .gi – ccTLD untuk Gibraltar
- .gs – ccTLD untuk Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan (KGSSS)
- .im – ccTLD untuk Pulau Man
- .io – ccTLD untuk Wilayah Lautan Hindi British
- .je – ccTLD untuk Jersey
- .ky – ccTLD untuk Kepulauan Cayman
- .ms – ccTLD untuk Montserrat
- .pn – ccTLD untuk Kepulauan Pitcairn
- .sh – ccTLD untuk Saint Helena
- .tc – ccTLD untuk Kepulauan Turks dan Caicos
- .vg – ccTLD untuk Kepulauan Virgin British
TLD Tempatan
[sunting | sunting sumber]- .cymru – GeoTLD untuk Wales
- .london – GeoTLD untuk London
- .scot – GeoTLD untuk Scotland
- .wales – GeoTLD untuk Wales
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ ".UK register statistics - 2020". Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
- ^ DENIC (Februari 2016). "Comparison of international Domain Numbers". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2017. Dicapai pada 29 Februari 2016.
- ^ "Landmark 10 millionth .uk site registered with Nominet". BBC News. bbc.co.uk. 16 Mac 2012. Dicapai pada 26 Februari 2014.
- ^ ".Uk domain hits 10 million milestone". Domain Name Wire. 16 Mac 2012. Dicapai pada 26 Februari 2014.
- ^ ".uk DNSSEC Status update" (PDF). Nominet. 2 Mei 2011. Dicapai pada 6 April 2014.
- ^ Postel, J.; Reynolds, J. (Oktober 1984). "Request for Comments: 920". network Working Group.
- ^ a b Milton Mueller (2002), Ruling the Root: Internet Governance and the Taming of Cyberspace, Cambridge, Massachusetts: MIT Press, m/s. 79, ISBN 9780262632980
- ^ "IANA — .uk Domain Delegation Data". www.iana.org. Dicapai pada 1 Februari 2020.
- ^ a b "Reserved .UK domain names – your .UK rights". The UK Domain. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2019. Dicapai pada 27 April 2019.
- ^ McCarthy, Kieren (16 September 2019). "Two years ago, 123-Reg and NamesCo decided to register millions of .uk domains for customers without asking them. They just got the renewal reminders..." theregister.co.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 September 2019.
- ^ "UK court systems set to adopt judiciary.uk domain names". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 23 November 2011. Dicapai pada 14 April 2021.
- ^ "UK Domain Names - Nominet". Nominet (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Ogos 2018.
- ^ "Rules of Registration" (PDF).
- ^ "Delegation Record for .SCOT". Internet Assigned Numbers Authority (dalam bahasa Inggeris). 7 Ogos 2019. Dicapai pada 29 Disember 2021.
- ^ "Delegation Report for .scot". Internet Assigned Numbers Authority (dalam bahasa Inggeris). 10 Jun 2014. Dicapai pada 29 Disember 2021.
- ^ "DELEGATED STRINGS". gTLD baru (dalam bahasa Inggeris). ICANN. 17 Oktober 2020. Dicapai pada 29 Disember 2021.
- ^ "Scotland entering new domain". BBC News. 1 Mei 2000. Dicapai pada 24 Mac 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Maklumat whois untuk domain .uk