iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://www.ccg.org/indonesian/s/p117.html
Roh Kudus [117]

Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

 

[117]

 

 

 

Roh Kudus [117]

(Edisi 3.2 19940515-200010527)

 

Roh Kudus diterangkan dengan terperinci. Perselisihan-perselisihan asal mengenai operasi Roh, dan aplikasinya di dalam Kitab-kitab Perjanjian diteliti. Roh ditunjukkan sebagai suatu kuasa Allah dan bukannya suatu makhluk atau orang. Cara bagaimana Roh berkerja, dilihat sebagai faktor yang membolehkan umat-umat pilihan untuk menjadi elohim atau theoi sebagaimana yang dipercayai oleh Jemaat awal dan sepertimana yang dinyatakan oleh Zakharia 12:8. Karya penulisan ini adalah penting kepada pemahaman akan Ketuhanan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 1995, 1997, 1998, 1999, 2000  Wade Cox)

(Tr. 2002)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Roh Kudus [117]



Memelihara Pentakosta

Pada waktu Pentakosta, ianya sesuai untuk kita merenungkan beberapa perkara. Kita boleh membuat beberapa nota penting daripada Kisah pasal 2 yang akan menunjukkan cara yang betul untuk memelihara Pentakosta.

 

Kisah 2:1-21 Ketika tiba hari Pentakosta, semua orang percaya berkumpul di satu tempat. 2 Tiba-tiba turunlah dari langit suatu bunyi seperti tiupan angin keras yang memenuhi seluruh rumah, di mana mereka duduk; 3 dan tampaklah kepada mereka lidah-lidah seperti nyala api yang bertebaran dan hinggap pada mereka masing-masing. 4 Maka penuhlah mereka dengan Roh Kudus, lalu mereka mulai berkata-kata dalam bahasa-bahasa lain, seperti yang diberikan oleh Roh itu kepada mereka untuk mengatakannya. 5 Waktu itu di Yerusalem diam orang-orang Yahudi yang saleh dari segala bangsa di bawah kolong langit. 6 Ketika turun bunyi itu, berkerumunlah orang banyak. Mereka bingung karena mereka masing-masing mendengar rasul-rasul itu berkata-kata dalam bahasa mereka sendiri. 7 Mereka semua tercengang-cengang dan heran, lalu berkata: "Bukankah mereka semua yang berkata-kata itu orang Galilea? 8 Bagaimana mungkin kita masing-masing mendengar mereka berkata-kata dalam bahasa kita sendiri, yaitu bahasa yang kita pakai di negeri asal kita: 9 kita orang Partia, Media, Elam, penduduk Mesopotamia, Yudea dan Kapadokia, Pontus dan Asia, 10 Frigia dan Pamfilia, Mesir dan daerah-daerah Libia yang berdekatan dengan Kirene, pendatang-pendatang dari Roma, 11 baik orang Yahudi maupun penganut agama Yahudi, orang Kreta dan orang Arab, kita mendengar mereka berkata-kata dalam bahasa kita sendiri tentang perbuatan-perbuatan besar yang dilakukan Allah." 12 Mereka semuanya tercengang-cengang dan sangat termangu-mangu sambil berkata seorang kepada yang lain: "Apakah artinya ini?" 13 Tetapi orang lain menyindir: "Mereka sedang mabuk oleh anggur manis." 14 Maka bangkitlah Petrus berdiri dengan kesebelas rasul itu, dan dengan suara nyaring ia berkata kepada mereka: "Hai kamu orang Yahudi dan kamu semua yang tinggal di Yerusalem, ketahuilah dan camkanlah perkataanku ini. 15 Orang-orang ini tidak mabuk seperti yang kamu sangka, karena hari baru pukul sembilan, 16 tetapi itulah yang difirmankan Allah dengan perantaraan nabi Yoel: 17 Akan terjadi pada hari-hari terakhir--demikianlah firman Allah--bahwa Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia; maka anak-anakmu laki-laki dan perempuan akan bernubuat, dan teruna-terunamu akan mendapat penglihatan-penglihatan, dan orang-orangmu yang tua akan mendapat mimpi. 18 Juga ke atas hamba-hamba-Ku laki-laki dan perempuan akan Kucurahkan Roh-Ku pada hari-hari itu dan mereka akan bernubuat. 19 Dan Aku akan mengadakan mujizat-mujizat di atas, di langit dan tanda-tanda di bawah, di bumi: darah dan api dan gumpalan-gumpalan asap. 20 Matahari akan berubah menjadi gelap gulita dan bulan menjadi darah sebelum datangnya hari Tuhan, hari yang besar dan mulia itu. 21 Dan barangsiapa yang berseru kepada nama Tuhan akan diselamatkan.

 

Terdapat beberapa elemen-elemen penting di dalam teks ini. Pertama sekali, kita akan periksa ayat 1.

 

Kisah 2:1 Ketika tiba hari Pentakosta, semua orang percaya berkumpul di satu tempat.

 

Ini menunjukkan adanya perkumpulan mandatori atau wajib Jemaat pada Pentakosta. Ianya suatu Perayaan di mana kita diwajibkan pergi dan berkumpul dalam suatu kesatuan pada tempat tertentu. Jadi, ianya bukanlah soal memeliharanya di rumah, kecualilah tahun itu adalah tahun persepuluhan ketiga apabila kita memelihara Perayaan ini di rumah masing-masing. Engkau diwajibkan oleh Allah untuk berada di Perayaan Pentakosta itu pada tempat yang dipilihNya, sepertimana dua Perayaan lain itu, iaitu perayaan Paskah dan Pondok Daun, dipelihara dan kamu janganlah datang dengan tangan kosong (Ulangan 16:16).

 

Dan tercatatlah, ‘Ketika tiba [sepenuhnya] hari Pentakosta.’ Dalam kata lain, terdapat dua elemen kepada Perayaan Pentakosta, iaitu hari Sabat dan Hari Pentakosta. Apabila ia tiba sepenuhnya, mereka semuanya sudahpun berkumpul. Dalam ertikata lain, sejak daripada hari Sabat lagi, mereka sepatutnya telah berkumpul bersama pada Perayaan Pentakosta. Ini kemungkinannya adalah konsep Sabat kedua selepas yang pertama (Sabbatton deuteropro) dari Lukas 6:1.

 

Disebabkan pemeliharaan Pentakosta yang betul itu oleh Jemaat (iaitu pertama kali Pentakosta dirayakan mereka sebagai suatu Jemaat), Roh Kudus telah memasuki mereka dengan kuasa besar. Mereka dapat berbicara di dalam bahasa-bahasa lain dan mereka dapat mengerjakan pekerjaan nabi, dan mempergunakan Roh Kudus atau dipergunakan oleh Roh. Boleh dikatakan bahawa pemeliharaan Pentakosta yang tidak betul akan menghadkan keupayaan bagi Jemaat untuk digunakan oleh Roh Kudus, yang datangnya daripada penurutan dan keinginan.

 

Apabila mereka mula bertutur di dalam bahasa-bahasa lain dan dipergunakan oleh Roh Kudus, ada di antara orang-orang Yahudi yang telah datang pada masa itu yang berfikir bahawa mereka telah mabuk. Petrus menjawab, ‘karena hari baru pukul sembilan’ (ayat 15). Pernyataan ini memberitahu kita tentang waktu upacara Pentakosta itu dijalankan. Ianya adalah jam 9 pagi. Oleh itu, acara Pentakosta haruslah bermula pada pukul 9 pagi dan kita haruslah mengambil langkah untuk memastikan bahawa setiap daripada kita ada pada tempat masing-masing pada hari Sabat agar kita dapat menjalani acara Pentakosta itu tepat pada jam 9 pagi.

 

Siapa atau apakah dia Roh Kudus yang telah memasuki jemaat pada Pentakosta? Bagaimana ia berkaitan dengan Tuhan?

 

Karya Preliminari

Kita telahpun membincangkan dua aspek pertama kepada konsep-konsep yang terbabit di dalam Ketuhanan, iaitu Allah Bapa, Yesus Kristus sebagai Anak Allah. Ringkasan yang didapati daripada bahagian pertama Pernyataan Kepercayaan (Statement of Beliefs) kita adalah bahawa Allah Bapa adalah Allah sebenar tunggal yang sejati dan bahawa Yesus Kristus adalah Anak Allah, dan bahawa pemahaman ini adalah syarat kepada hidup kekal (Yohanes 17:3).

 

Allah Bapa

Ilahi Tertinggi alam semesta ini adalah Allah. Dia adalah yang Maha Tinggi, Pencipta dan Pemelihara Langit, Bumi dan segala yang di dalamnya (Kejadian 1:1; Nehemia 9:6; Mazmur 124:8; Yesaya 40:26, 28; 44:24; Kisah 14:15; 17:24, 25; Wahyu 14:7). Dia seorang saja yang kekal abadi (1Timotius 6:16). Dialah Allah dan Bapa kita, dan Allah serta Bapa Yesus Kristus (Yohanes 20:17). Dia adalah Allah yang Maha Tinggi (Kejadian 14:18; Bilangan 24:16; Ulangan 32:8; Markus 5:7) dan Allah Sebenar yang Tunggal (Yohanes 17:3; 1Yohanes 5:20).

 

Yesus Anak Allah

Yesus adalah yang pertama dilahirkan (prototokos) daripada penciptaan (Kolose 1:15) sejak dari permulaan (arche) penciptaan Allah (Wahyu 3:14). Dia adalah satu-satunya Anak Allah yang dilahirkan (monogene) (Matius 3:17; Yohanes 1:18; 1Yohanes 4:9), yang diperanakkan oleh Roh Kudus dan dilahirkan oleh perempuan dara muda Mariam yang disalahsebut sebagai Mary (Maria) di dalam bahasa Inggeris (Lukas 1:26-35). Dia adalah Kristus atau Mesias (Matius 16:16; Yohanes 1:41), yang diutus oleh Allah untuk  menjadi Juruselamat serta Penebus kita (Matius 14:33; Yohanes 8:42; Efesus 1:7; Titus 2:14).

 

Daripada konsep-konsep ini, kita kemudiannya dihadapkan dengan hakikat serta operasi Roh Kudus. Para Trinitarian menerangkannya sebagai tiga orang atau hypostases Allah, berdasarkan kepada konsep-konsep falsafah Yunani. Asal-usul konsep di dalam agama Kristian diteliti di dalam karya-karya Arche bagi Penciptaan Allah sebagai Alfa dan Omega [229] dan Penggunaan Istilah Hypostasis  [230]; dan Asal-usul Krismas dan Easter [235].

 

Konsep model Babilon, yang telah memasuki sistem ortodoks, merupakan penipuan mutlak. Konsep tersebut telah memasuki Jemaat Allah pada zaman akhir sepertimana yang dinyatakan oleh Kristus. Kristus membuat komen-komennya untuk menunjukkan bahawa dia adalah permulaan atau arche bagi penciptaan Allah.

 

Pengaruh-pengaruh quasi-Gnostik awal di dalam agama Kristian yang telah bermula dengan Clement, diperiksa di dalam karya Arche bagi Penciptaan Allah sebagai Alfa dan Omega [229]. Kita lihat bahawa pendapat Clement adalah betul, iaitu di mana Allah, merupakan arche yang sebenarnya kerana Dia mencipta daripada kehendakNya dan daripada kehendakNya itu segala sesuatu diciptakan (Wahyu 4:11). Dengan itu, Allah adalah pencipta, tetapi Kristus merupakan alat atau saluran bagi penciptaan itu dan merupakan permulaannya (lihat di atas).

 

Idea bahawa hikmat ilahi itu merupakan penasihat Allah dan yang pertama daripada makhluk-makhluk yang dicipta oleh Allah adalah, mengikut penulis Salvatore Lilla (Clement of Alexandria, Ch. III, Oxford University Press, 1971, mukasurat 192-230), mencirikan falsafah Yahudi-Alexandrine sebelum Philo. Jadi, orang-orang Yahudi di Alexandria mempunyai pemahaman bahawa hikmat adalah yang pertama daripada elemen-elemen yang diciptakan Allah. Ianya keluar daripada Allah, dan dengan Firman Allah ia kemudiannya wujud dan terikat bersama kepada Allah, oleh hikmat selaku Roh Kudus. Ianya adalah Sophia daripada Ecclesiasticus 1:4 dan merupakan entiti ciptaan pertama di dalam Amsal 8:22. Hikmat [Kebijaksanaan] Salomo 9:9 menunjukkan bahawa ia telah membantu Allah di dalam penciptaan. Kejadian merujuk kepada Roh Allah pada Kejadian 1:2. Para penulis sejurus sebelum zaman Kristus telah salah menerangkan aspek kuasa Allah ini sebagai suatu makhluk dan kesilapan ini telah terus kekal sehingga hari ini sebagai konsep bahawa Roh Kudus adalah suatu makhluk. Itu adalah asal-usul kesilapan tersebut.

 

Roh secara logiknya merupakan terbitan pertama daripada Allah, kerana pewujudan Kristus serta elohim yang lain secara logiknya memerlukan adanya suatu mekanisme bagi integrasi mereka dengan Allah, agar tetap adanya Monoteisme mutlak dengan wujudnya suatu gabungan bersatu. Allah adalah pusat kepada seluruh makhluk. Seluruh makhluk di dalam Angkatan surgawi terikat kepadaNya melalui Roh Kudus. Melalui Roh-lah, sifat Allah disalurkan kepada semua makhluk, kepada kedua-dua Kristus dan umat-umat pilihan yang lain, dan secara muktamadnya semua manusia. Itulah mekanismenya, dan jika kamu tidak memahami proses ini, kamu tidak akan benar-benar faham apa yang berlaku dengan Roh Kudus. Ianya terjadi kerana hukum Allah terbit daripada kebaikan berkekalan sifat Allah. Jadi, tidak mungkin ianya Binitarian, kerana terdapat suatu pusat muktamad bagi kebaikan, dan kebaikan itu adalah Allah. Kristus mengatakan bahawa hanya Allah sahaja yang baik; kenapa memanggil aku baik, hanya Allah sahaja yang baik disebabkan logik pemusatan kebaikan muktamad itu. Kamu tidak boleh ada suatu sistem diteis. Pertimbangan, logik, memberitahu kepada kita bahawa ianya tidak boleh. Hukum Allah datang daripada sifat Allah yang tetap selamanya, kerana Allah sendiriNya tidak berubah, dan secara sediakala adalah baik selaku pusat kebaikan yang muktamad.

 

Hukum Allah terbit daripada kebaikan berkekalan sifatNya

Hukum Allah terbit daripada sifat Allah dan dengan itu tetap selamanya, kerana Allah sendiriNya tidak berubah dan secara semulajadinya adalah baik selaku pusat bagi kebaikan muktamad. Ini dibincangkan di dalam karya-karya Kerajaan Allah [174], Kasih dan Struktur Hukum [200] dan juga Pembezaan di dalam Hukum [096].

 

Di dalam Marukus 10:18 Kristus mengatakan: Mengapa kaukatakan Aku baik? Tak seorangpun yang baik selain dari pada Allah saja. Kebaikan Allah membawa setiap kita ke arah pertaubatan (Roma 2:4). Sifat Allah adalah kebaikan yang tidak berubah. Angkatan surgawi mengambil bagian daripada sifatNya. Oleh itu, mereka menjadi tetap di dalam sifat ilahi dan kebaikan. Dalam cara ini, Kristus adalah tetap sama kelmarin, hari ini dan untuk sepanjang zaman (aioonas) (Ibrani 13:8). Para umat pilihan, dengan mengambil bagian daripada sifat ilahi itu (2Petrus 1:4), menjadi sebahagian daripada keimamatan ilahi, iaitu keimamatan Melkisedek yang tidak boleh dialihkan (aparabaton) atau diubahkan sehingga sepanjang zaman (aioona) (Ibrani 7:24). Kristus sanggup menyelamatkan sepenuhnya semua mereka yang datang kepada Allah melalui dia (lihat Ibrani 7:25 dalam versi Marshall's Greek-English Interlinear). Namun dia bukanlah tumpuan penyembahan mahupun Allah yang memerintah melalui kehendak (lihat karya Allah Yang Kita Sembah [002]).

 

Kita tidak menghampiri struktur Diteis itu. Kita mendekati Allah menerusi Kristus dan itulah caranya bagaimana kita diselamatkan. Kesemua pernyataan Kitab ini sama ada tidak dipedulikan atau salah diertikan oleh para Binitarian atau Diteis.

 

Hukum Allah seharusnya dicapai dengan iman dan bukannya dengan pekerjaan semata-mata (Roma 9:32). Kita mempunyai suatu Perjanjian yang Baru di mana Tuhan kita menetapkan HukumNya di dalam akal budi kita dan menulisnya di dalam hati kita. Dia adalah Allah kita dan kita adalah hamba-hambaNya, yang menyembahNya, dengan memelihara hukum-hukumNya di dalam diri kita (Ibrani 8:10-13). Kita tidak memelihara hukum-hukum itu semata-mata kerana ianya telah dituliskan. Kita bukannya memeliharanya kerana terdapat hukuman yang terikat padanya. Umat-umat pilihan sampai pada tahap di mana kita mahu untuk memelihara hukum kerana kita telahpun mengambil bagian daripada sifat Allah di dalam Roh Kudus, yang menempatkan langkah kita setapak demi setapak di dalam pemeliharaan hukum. Hanya melalui Roh Kudus barulah kita akan menurut hukum tanpa dipaksa, kerana hakikatnya fikiran manusia (fikiran yang penuh keinginan daging) adalah perseteruan terhadap Allah. Itu bukanlah suatu pernyataan yang lapuk. Fikiran manusia sememangnya secara sediakala ingin untuk mengikut jalan-jalan yang bertentangan dengan kebaikan semulajadi Allah. Roh Kudus adalah cara atau jalan dengan mana fikiran kita diubahkan. Kita kemudiannya mengikut Allah kerana kerinduan kita, kerana sifatNya berdiam di dalam kita dan kini sifat kita menentang untuk berbuat dosa. Jadi, apa sebenarnya Roh Kudus itu?

 

Roh Kudus

Roh Kudus (Kisah 2:4) adalah intipati atau kuasa Allah yang Kristus janjikan akan utuskan kepada umat-umat pilihan (Yohanes 16:7). Ianya bukanlah suatu makhluk, tetapi sebaliknya adalah suatu lanjutan kuasa hidup Allah. Ianya cara dengan mana kita mendapat bagian di dalam sifat ilahi itu (2Petrus 1:4), dengan dipenuhi oleh Roh Kudus (Kisah 9:17; Efesus 5:18) dan dengan itu kesemua Anak-anak Allah (Ayub 1:6; 2:1; 38:7; Roma 8:14; 1 Yohanes 3:1-2) serta waris-waris bersama dengan Kristus (Roma 8:17; Galatia 3:29; Titus 3:7; Ibrani 1:14; 6:17; 11:9; Yakobus 2:5; 1Petrus 3:7).

 

Roh dianugerahkan oleh Allah kepada sesiapa yang meminta (Lukas 11:9-13) dan menurut Dia, berdiam di dalam mereka yang taat memelihara perintah-perintah Allah (1Yohanes 3:24; Kisah 5:32). Orang-orang kudus adalah mereka yang memelihara perintah-perintah Allah dan mempunyai kesaksian Yesus Kristus (Wahyu 12:17, 14:12). Daripada Ayub 38:7, terdapat anak-anak Allah sebelum permulaan dunia. Yesus Kristus bukanlah satu-satunya anak Allah sebelum permulaan dunia. Ada ramai sebenarnya. Dia bukanlah satu-satunya Bintang Fajar sebelum permulaan dunia – ramai yang wujud. Ramai yang dipanggil tetapi sedikit yang dipilih, kerana Allah memberikan janji itu bahawa jika kamu meminta daripadaNya, Dia akan memberikan kamu Roh KudusNya. Dia sudahpun memberikan Roh KudusNya itu kepada berjuta orang. Ramai yang telah gagal, dipanggil tetapi tidak dipilih. Terminologi di sini adalah mereka bersikap seperti anjing yang memakan muntahnya sendiri dan telah menginjak-injak Roh Kudus. Orang-orang sebegitu langsung pergi kepada kebangkitan kedua. Tetapi mereka tidak dipersalahkan kerana itu, kerana sudah diketahui sebelumnya bahawa mereka akan melakukan semua itu (lihat juga karya Kesalahan Pendapat Mengenai Kebangkitan Ketiga [166]). Mereka bukannya ditentukan sebelumnya; mereka bukannya ditakdirkan menjadi begitu. Karunia sulung Roh Kudus tidak diberikan kepada mereka menurut ayat Roma 8:23. Mereka telah diberikan Roh itu tetapi tidak dapat mengekalkan iman mereka.

 

Roh Kudus merupakan penghibur yang memimpin hamba-hamba Allah ke dalam segala kebenaran (Yohanes 14:16, 17, 26) (lihat karya Kebenaran [168]). Kebolehanmu untuk memahami segala kebenaran bergantung pada perhubunganmu dengan Allah melalui Roh Kudus. Hanya dengan memupuk hubunganmu dengan Allah melalui Roh Kudus barulah engkau dapat memahami Alkitab. Jika tidak, ianya sekadar perkataan semata-mata. Ramai orang tidak memahaminya kerana hubungan mereka dengan Roh Kudus tidak dibangunkan. Ianya bukan sekadar persoalan mengenai kuasa (dan sememangnya Roh Kudus adalah suatu kuasa). Roh Kudus adalah suatu Roh kuasa dan ianya akan disaksikan di dalam diri kita pada hari-hari terakhir, sebagai suatu kuasa, dan dengan adanya fikiran yang mantap berserta dengan pemahaman mengenai kebenaran. Bagi ramai orang, Alkitab adalah sekadar kata-kata, kerana mereka tidak taat dan bertumbuh di dalam Roh Kudus.

 

Hanya melalui Roh Kudus barulah Petrus dapat berkata-kata sepertimana yang telah dilakukannya. Itulah sebabnya Kristus telah mengatakan kepadanya Berbahagialah engkau Simon bin Yunus. Dia memahaminya kerana Roh Kudus telah membuatnya mengerti. Kita tidak boleh menyalahkan sesiapapun yang tidak mempunyai Roh Allah. Hakikatnya adalah, ada orang yang tidak dipanggil dan mereka tidak diberikan pemahaman. Kita harus berdoa untuk mereka. Kita tidak patut menyalahkan mereka kerana itu.

 

Karunia-karunia Roh Kudus dicatatkan di dalam 1Korintus 12:7-11 dan buah-buah roh dihuraikan di dalam Galatia 5:22-23 (lihat karya Buah Roh Kudus [146]). Pemberian semua ini adalah tidak terbatas ukurannya (lihat Yohanes 3:34 (RSV) dan Roma 12:6). Ianya cara dengan mana Allah akan akhirnya menjadi semua di dalam semua, daripada 1Korintus 15:28 dan Efesus 4:6. Karunia-karunia serta buah-buah Roh Kudus tidak datang melalui suatu pekerjaan pelayanan dan tidak tertumpu kepada suatu struktur hierarki. Ada orang yang mempunyai kuasa atau kebolehan untuk membedakan roh, memahami, mentafsir, mengajar. Ada orang yang menyembuh; ada yang mempunyai iman yang boleh menggerakkan gunung-gunung, lebih lagi daripada sesiapapun yang ditempatkan pada kedudukan-kedudukan pentadbiran. Itu adalah sesuatu yang tidak difahami oleh Jemaat di dalam pemerintahan hierarki. Pemerintahan hierarki merosakkan kebolehan untuk memahami pekerjaan-pekerjaan Allah.

 

Para Trinitarian menegaskan bahawa Roh Kudus adalah orang ketiga di dalam suatu Ketuhanan (Godhead) yang tertutup. Itu adalah palsu semata-mata. Ajaran itu bertujuan untuk membataskan kebolehan Roh Kudus untuk dilanjutkan kepada kita dan lantas menjadikan kita elohim atau theoi.

 

Roh Kudus sudahpun bekerja sebelum pembaptisan. Roh menarik umat-umat pilihan kepada Allah melalui Kristus (Ibrani 7:25). Karunia sulung Roh diberikan kepada individu itu pada waktu pembaptisannya, dirujuk daripada Roma 8:23, yang jelas menyatakan bahawa pengangkatan sebagai anak tidak berlaku sehinggalah pembebasan tubuh (penebusan tubuh). Dengan itu, kita dilahirkan kembali tetapi terus bertumbuh di dalam Roh setiap hari di dalam Yesus Kristus sehinggalah kita tiba ke dalam kemuliaan Allah. Roh Kudus adalah Roh Kebenaran (1Yohanes 4:6, 5:6) dan, dengan membicarakan Kebenaran di dalam segala perkara, kita tumbuh ke dalam Kristus kepala kita dalam semua hal (Efesus 4:15). Kita tidak perlu memperkatakan semua kebenaran di dalam semua perkara. Kadangkala lebih sopan untuk kita tidak memperkatakan segala kebenaran di dalam semua hal, contohnya jika ada yang engkau tidak suka tentang seseorang, engkau tidak semestinya memberitahu hal itu kepada mereka. Kita patut berdiam dalam beberapa perkara. Sememangnya ianya benar, tetapi mungkin lebih sesuai tidak diperkatakan. Ini bukanlah perbuatan berdusta tanpa kata-kata; ianya akal budi yang baik. Ada bezanya antara berdusta dengan tidak memberitahu, dan bersikap sopan. Jika kita tidak berkata apa-apa sedangkan kita patut mengatakan sesuatu, maka itu adalah berdusta namanya, kerana kita menghindari daripada berbuat kesaksian. Dengan itu, kita telah membuat kesaksian palsu dengan berdiam diri. Semua itu adalah penting. Roh Kudus adalah Roh Allah (Roma 8:14) dan Roh iman (2Korintus 4:13) yang menyelidiki segala sesuatu dan mengetahui segala sesuatu (1Korintus 2:10-11; 12:3 dan seterusnya).

 

Oleh itu, Roh Kudus bukanlah suatu aspek tersendiri di dalam Tuhan triune (bertiga), tetapi merupakan cara dengan mana kita menjadi elohim. Kita bukannya menjadi Eloah. Allah satu-satunya adalah Eloah. Kita menjadi elohim atau theoi melalui Roh Kudus. Pembezaan ini adalah sesuatu yang perlu kerana orang ramai umumnya, disebabkan pengaruh ajaran Trinitarian, tidak faham bahawa hanya ada satu Allah, Eloah, dan bahawa terdapat suatu keluarga elohim (lihat juga karya Mazmur 8 [014]). Mereka berfikir bahawa ianya perbuatan menghujat untuk mengatakan bahawa kita akan menjadi elohim kerana mereka tidak faham apa sebenarnya elohim itu. Kita akan menjadi elohim (Zakharia 12:8). Roh Kudus menyampaikan kepada Allah suatu pemahaman tentang fikiran serta diri kita dan sebagai balasnya, memberikan kita sifat-sifat serta kudrat Allah sendiri.

 

Yohanes 10:34-35 Kata Yesus kepada mereka: "Tidakkah ada tertulis dalam kitab Taurat kamu: Aku telah berfirman: Kamu adalah allah? 35 Jikalau mereka, kepada siapa firman itu disampaikan, disebut allah--sedang Kitab Suci tidak dapat dibatalkan--,

 

Dengan disalurkan melalui Yesus Kristus selaku pengantara serta elohim pengantaraan, Roh Kudus membolehkan Kristus menolong, mengajar dan menghibur kita dan membolehkan kita mengerjakan kuasa Allah. Roh Kudus memberikan kepada setiap orang ciri-ciri yang diingini Allah agar membawa faedah kepada tubuh badan sepertimana yang dihuraikan di dalam 1Korintus 12:7-11. Allah memberikan kepada kita aspek-aspek yang berbeza dan mengumpul kita bersama bagi kebaikan semua. Allah menempatkan setiap orang di dalam golongan umat pilihan, dengan kekuatan atau kelebihan tersendiri yang mungkin tidak dimiliki oleh yang lainnya. Semua kita sedang melakukan pekerjaan yang diberikan Allah kepada kita. Kita telah diberikan orang-orang dengan pelbagai karunia dan talenta, dan Allah melakukan semua itu demi kemuliaan yang lebih besar bagi kita. Tubuh mendapat kebaikan dengan adanya pelayanan daripada setiap kita, namun kita boleh memadamkan pekerjaan Roh. Jika kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sendiri, kita akan memadamkan Roh Kudus. Kita saling mempengaruhi antara satu sama lain kerana kita semua adalah satu tubuh. Jadi, jika kita tidak berdoa, berpuasa dan berkerja, kita akan mengurangkan kuasa kita yang sebenarnya bukan milik individu tetapi adalah kuasa Yesus Kristus. Bukannya Musa bersendirian mengangkat kedua belah tangannya; Harun dan Hur bersama-sama mengangkat tangan-tangannya itu. Bukan Kristus yang yang melakukan pekerjaan ini secara bersendirian. Kita semua yang sepatutnya mengangkat tangan-tangan Kristus, yang selaku Musa kemudian hari. Kita haruslah berkerja. Jika tidak, kita tidak akan mencapai sebanyak yang kita boleh, dan semakin kurang orang yang didedahkan kepada kebenaran. Dengan itu, ini akan membawakan kesan yang buruk kepada lebih ramai orang dan akan menyebabkan tugas kita lebih sukar lagi pada kebangkitan kedua nanti. Lebih ramai orang akan rosak dan seluruh pekerjaan itu menjadi lebih sukar lagi. Para iblis juga seharusnya dijatuhkan hukuman yang lebih ringan kerana kita tidak berkerja dan bukannya kerana belas kasihan kita. Jika kita gagal secara muktamadnya, maka para iblis dibenarkan sepenuhnya. Itulah dia kepentingan pertempuran ini – sama ada para iblis dibenarkan atau tidak, kerana mereka telahpun menghujat Roh Kudus.

 

Roh Kudus boleh dipadamkan (1Tesalonika 5:19) dengan diabaikan atau didukacitakan (Efesus 4:30) dan kerana itu adanya pertambahan dan pengurangan di dalam golongan umat pilihan. Oleh itu, kita mungkin dikaruniakan dengan Roh, bertumbuh di dalamnya dan kemudiannya mula berbuat amalan-amalan, atau dosa, yang membataskan kebolehan kita untuk memahami konsep-konsep itu. Dosa-dosa ini membataskan pencapaian pertumbuhan kita, dan sementara kita terus berdosa kita mengecil dan mendukacitakan Roh. Roh Kudus membiarkan kita di dalam dosa. Setiap kita telah dibiarkan melalui proses-proses itu, di mana kita sedar bahawa kita telah kehilangan kuasa di dalam Roh kerana apa yang bermain di dalam fikiran kita.

 

Buah Roh Kudus adalah kasih, daripada Galatia 5:22. Ini adalah aspek utama bagi Roh Kudus. Oleh itu, jika kita tidak mengasihi sesama sendiri, maka Roh Kudus tidak hadir di dalam kita. Itulah caranya bagaimana Roh Kudus menunjukkan dirinya. Kasih adalah buahnya kerana itulah sifat Allah. Ianya sesuatu yang positif dan tidak menyakiti. Ianya datang daripada sifat Allah. Umat-umat pilihan mempunyai sifat saling mengasihi ini dan itu menjadi kasih agape.

 

Daripada karya Kidung Agung [145], kita lihat bahawa orang-orang Yunani tidak, dan mungkin secara falsafahnya, tidak dapat memahami maksud kasih agape. Ianya bukanlah suatu konsep Yunani. Mereka mempunyai kasih erotik atau nafsu berahi, dan kasih kekeluargaan. Mereka tidak faham akan struktur-struktur persaudaraan itu kerana agape bukanlah suatu konsep Yunani. Ianya datang daripada Kidung Agung. Ianya suatu transliterasi daripada perkataan Ibrani ’ahab (awhab’). Itulah tempatnya di mana mereka telah mendapatkann agape. Ianya sekadar suatu transliterasi sahaja. Orang-orang Yunani tidak memahaminya sekarang ini dalam ertikata falsafah mereka, kerana mereka bergantung pada struktur-struktur Platonis dan neo-Platonis, dan sistem keagamaan mereka mengalami kesukaran dengannya kerana mereka bergantung pada fahaman falsafah mereka untuk mentafsirkan Alkitab.

 

Roh adalah saluran dengan mana kita menyembah Allah seperti yang dinyatakan di dalam Filipi 3:3. Oleh itu, ianya tidak mungkin adalah Allah yang menjadi tumpuan penyembahan dan dengan itu, tidak setara dengan Allah Bapa. Jika Roh adalah jalan untuk kita menyembah Allah Bapa, bagaimana pula ia menjadi objek penyembahan? Begitulah secara logiknya. Roh Kudus tidak mungkin menjadi jalan penyembahan kepada sesuatu, dan menjadi benda itu juga. Ia tidak boleh mengikatkan kamu kepada yang disembah dan menjadi saluran dengan mana kamu dapat menyembah dan berinteraksi dengan yang disembah, dan pada masa yang sama merupakan makhluk yang disembah itu. Ianya tidak munasabah untuk menyatakannya begitu. Kalau begitulah, maknanya kamu menyembah saluran dengan mana kamu menyembah objek tersebut. Lantas ia menjadi cara dan objek tersebut. Sebenarnya, Roh Kudus adalah kuasa yang memberikan kuasa kepada Kristus.

 

Allah menjadikan Kristus suatu Bapa yang kekal (Yesaya 9:6; rujuk karya Yesaya 9:6 [224]) di mana terdapatnya banyak kebapaan di surga dan di bumi (Efesus 3:15). Kesemua kebapaan atau keluarga ini dinamakan sempena Allah Bapa, dan inilah sebabnya kenapa kita tunduk di hadapan Allah Bapa, dan menyembahNya (Efesus 3:14-15).

 

Kita boleh periksa konsep ini di dalam Mazmur 89:25. Mazmur 89 memperkatakan tentang Daud hambaNya yang telah diurapi. Daripada ayat 20 Aku telah mendapat Daud, hamba-Ku; Aku telah mengurapinya dengan minyak-Ku yang kudus. Ayat 24 dan oleh karena nama-Ku tanduknya akan meninggi. Mazmur 89 membincangkan tentang jemaah orang-orang kudus dan Orang-orang Suci. Daripada ayat 25 Aku akan membuat tangannya menguasai laut, dan tangan kanannya menguasai sungai-sungai. Ayat 26 Diapun akan berseru kepada-Ku: 'Bapaku Engkau, Allahku dan gunung batu keselamatanku. Ayat 27 Akupun juga akan mengangkat dia menjadi anak sulung, menjadi yang mahatinggi di antara raja-raja bumi. Konsep berkenaan Allah Bapa telahpun diketahui di dalam Perjanjian Lama, namun itu adalah suatu konsep yang lain di mana gelaran Bapa adalah bagi kedua-dua Allah Bapa dan, sebagai lanjutan, Kristus melalui Yesaya 9:6. Yang dari pada-Nya semua turunan (kebapaan) yang di dalam sorga dan di atas bumi menerima namanya (Efesus 3:15) dan kesemua kebapaan atau keluarga ini dinamakan sempena Allah Bapa dan merupakan sebabnya kenapa kita tunduk kepada Allah Bapa dan menyembah Dia, daripada Efesus 3:14-15. Kita berbuat semua ini melalui Roh Kudus.

 

Kristus merupakan yang sulung atau pertama dilahirkan daripada penciptaan. Di dalam dia segala sesuatu telah diciptakan di syurga dan di bumi, yang kelihatan mahupun yang tidak kelihatan, sama ada singgasana, maupun kerajaan, baik pemerintah, maupun penguasa, segala sesuatu diciptakan oleh dia dan untuk dia. Kristus ada terlebih dahulu dari segala sesuatu dan segala sesuatu ada di dalam Dia (Kolose 1:16-17). Namun Allah sendiri yang telah menjadikannya dan telah mengkehendaki agar penciptaan wujud dan hidup di dalam Kristus. Oleh itu, Kristus bukanlah Allah dalam ertikata Allah Bapa adalah Allah yang satu-satunya kekal abadi (1Timotius 6:16) dan wujud selamanya. Bukannya makhluk-makhluk yang diciptakan oleh Kristus di sini (lihat karya-karya Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus [160] dan Kerajaan Allah [174]). Allah mencipta dengan kehendakNya sementara Kristus menyusun strukturnya.

 

Umat-umat pilihan dipanggil keluar daripada dunia ini kepada suatu kehidupan pelayanan dan dedikasi. Ramai yang dipanggil namun sedikit yang dipilih (Matius 20:16; 22:14). Umat pilihan merupakan golongan yang terpilih, sepertimana Kristus adalah pilihan Allah (Lukas 23:35). Umat pilihan dipilih oleh Kristus (Yohanes 6:70; 15:16,19) di bawah bimbingan Allah (1Petrus 2:4). Allah memberikan kepada kita Yesus Kristus. Kristus tidak akan kehilangan sesiapapun, daripada semua yang diberikan kepadanya oleh Allah Bapa, tetapi Allah Bapa-lah yang memberikan kita kepada Kristus dan bukannya Kristus yang memilih kita. Dia memanggil kita keluar dengan petunjuk daripada Bapa.

 

Untuk membantu mereka para umat pilihan telah diberikan pemahaman mengenai rahsia-rahsia Allah. Roh Kudus merupakan mekanisme dengan mana mereka diberikan pemahaman ini mengenai rahsia Allah serta Kerajaan Allah (Markus 4:11). Kerana hikmat Allah disebutkan di dalam rahsia (1Korintus 2:7) yang diterangkan oleh hamba-hamba Allah (1Korintus 2:7; 15:51). Kerana kehendak Allah diterangkan sebagai rahsia atau misteri (Efesus 1:9) yang Allah berikan kepada hamba-hambanya melalui wahyu. Lebih-lebih lagi, rahsia itu ada di dalam penatalayanan Kristus melalui umat-umat pilihan. Paulus menulis:

 

Efesus 3:2-6       --memang kamu telah mendengar tentang tugas penyelenggaraan kasih karunia Allah, yang dipercayakan kepadaku karena kamu, 3 yaitu bagaimana rahasianya dinyatakan kepadaku dengan wahyu, seperti yang telah kutulis di atas dengan singkat. 4 Apabila kamu membacanya, kamu dapat mengetahui dari padanya pengertianku akan rahasia Kristus, 5 yang pada zaman angkatan-angkatan dahulu tidak diberitakan kepada anak-anak manusia, tetapi yang sekarang dinyatakan di dalam Roh kepada rasul-rasul dan nabi-nabi-Nya yang kudus, 6 yaitu bahwa orang-orang bukan Yahudi, karena Berita Injil, turut menjadi ahli-ahli waris dan anggota-anggota tubuh dan peserta dalam janji yang diberikan dalam Kristus Yesus.

 

Jadi, sememangnya Roh yang menyatakan segala rahsia Allah dan Kristus, dan menarik masuk bangsa-bangsa lain. Tetapi itu bukanlah hukum. Hukum menjadi nyata daripada Roh.

 

Roh Kudus dalam lingkungan Trinitarianisme

Para Trinitarian mengasingkan teologi daripada apa yang dipanggil economy keselamatan di dalam penjelmaan Yesus Kristus. Perkataan economia bermaksud, secara asasnya, penjelmaan Yesus Kristus dan bagaimana Allah menyatakan diriNya melalui penjelmaan Yesus Kristus. Teologinya adalah logik yang terlibat di dalam metafizik penjelmaan itu dan metafizik pekerjaan Allah, iaitu struktur kewujudan (atau, bagi kewujudan Allah). Sepertimana dinyatakan di dalam karya Pembentukan Model Neo-Platonis [017], LaCugna (GOD FOR US: The Trinity and Christian Life, Harper, San Francisco, 1991), dalam menangani hal pembentukan doktrin Trinitas dan pengasingan teologi daripada Rencana Keselamatan (atau soteriologi) sepertimana yang dinyatakan di dalam penjelmaan Kristus, membuat pemerhatian bahawa orang-orang Kapadokia mengaturkan teologi mengikut suatu tujuan yang menyumbang lebih banyak lagi kepada pengasingan economy dan teologi. Arah tujuan ini, semestinya, telah membawa kepada:

 

via negativa Pseudo-Dionysius dan akhirnya, kepada teologi Gregory dari Palamas (Bab 6).

 

Pada Barat Latin, pada zaman sejurus selepas Nicaea, para ahli teologi seperti Hilary dari Poitiers dan, mungkin pada takat ekstrim, Marcellus dari Ancyra, mengekalkan hubungan di antara hypostases ilahi dengan economy keselamatan. Augustine telah melancarkan suatu pendekatan yang baru sepenuhnya. Poin permulaannya bukan lagi monarki Bapa tetapi unsur ilahi yang dikongsi bersama oleh tiga orang [penekanan ayat ditambah]. Ia bukannya meneliti ke dalam asal-usul theologia sepertimana ianya diperlihatkan di dalam Penjelmaan Kristus dan pemberian sifat ketuhanan oleh Roh [penekanan ditambah], tetapi sebaliknya Augustine ingin meninjau sisa-sisa Trinitas yang boleh ditemui di dalam jiwa setiap manusia. Perbuatan Augustine ini yang mencari-cari suatu analogi ‘psikologi’ bagi perhubungan intratrinitarian bermakna bahawa selepas ini, doktrin trinitarian itu hanya menumpu kepada perhubungan ‘dalaman’ ketuhanan, dan terasing daripada apa yang kita ketahui mengenai Allah melalui Kristus di dalam Roh (LaCugna, mukasurat 44).

 

Ini menuntun kepada Kemistikan (rujuk karya Ilmu Mistik Bab 1 Menyebarkan Misteri-misteri Babilon [B7_1]).

 

Roh adalah jalan untuk engkau menjadi allah (elohim). Roh adalah saluran dengan mana Kristus menjadi Allah (elohim). Para Trinitarian terikat kepada doktrin Jiwa, kerana mereka mencari-cari sifat ketuhanan di dalam jiwa dan berusaha untuk menjadi serupa dengan Allah Bapa, yang tidak boleh dan tidak mungkin boleh dicapai mereka selamanya. Kita tidak, daripada Filipi 2:6, cuba untuk menjadi setara dengan Bapa, sebagaimana juga Kristus tidak cuba untuk menjadi setara dengan Dia.

 

Filipi 2:6 yang walaupun dalam rupa Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai sesuatu yang harus dicapai, (RSV)

 

Teologi Latin Medieval telah mengikuti fahaman Augustine dan pengasingan teologi daripada economy atau soteriologi (soteriologi ringkasnya bermaksud rencana keselamatan). Seluruh struktur itu terjerumus ke dalam fahaman neo-Platonisme dan Ilmu Mistik.

 

Catatan penting LaCugna adalah bahawa, daripada Augustine, Monarki Bapa tidak lagi diutamakan. Maka Trinitas mempamerkan kesetaraan bersama (co-equality). Ini adalah langkah kedua yang mengikuti daripada pendapat palsu keabadian bersama (co-eternality). Para Binitarian/Trinitarian perlu menekankan adanya keabadian bersama – barulah mereka dapat menegaskan adanya kesetaraan bersama di antara dua makhluk. Dan bila Roh Kudus dimasukkan ke dalam situ, dalam apa sekali bentukpun yang diingini, ia kemudiannya menjadi Trinitarianisme sepenuhnya. Premis yang betul adalah konsep manifestasi ketuhanan di dalam setiap individu, iaitu pekerjaan Bapa melalui Roh Kudus yang disalurkan daripadaNya melalui Yesus Kristus. Itu adalah satu-satunya perkara yang mereka tidak salah faham. Laluan melalui Yesus Kristus ini membolehkan Kristus memerhati dan mengarahkan individu, sesuai dengan kehendak Allah yang hidup di dalam setiap umat pilihan. Kristus bukanlah asal Roh Kudus. Dia merupakan pemerhati perantaraannya. Dia bertindak bagi pihak Allah sepertimana yang sentiasa dilakukannya, dan menurut kehendak Allah. Tetapi dia bukanlah Allah itu. Para Trinitarian telah buta terhadap hakikat ini, itupun kalau mereka benar-benar pernah memahami hal ini. Seperti yang dikatakan oleh LaCugna:

 

Teologi mengenai Allah triune ini nampaknya telah ditambah kepada idea tentang Allah yang satu (mukasurat 44).

 

Ahli-ahli teologi Yunani menekankan teologi Allah triune. Ini adalah sistem yang kuno, dan tidak berkaitan dengan Alkitab atau agama Kristian. Mereka telah menambahkan teologi ini kepadanya. Teologi tersebut, pada dasarnya, salah faham tentang Roh Kudus dan telah membinasakan atau menghadkan kebolehan kita untuk memahami pekerjaan Roh Kudus.

 

Pada asasnya, ini telah mempengaruhi bagaimana orang-orang Kristian berdoa. Engkau tidak boleh menggunakan sebutan Roh Kudus dengan cara yang sama dengan saluran untuk menyembah Allah, kerana sebutan Roh Kudus ada di situ selaku tumpuan penyembahan. Ia sendirinya menjadi tumpuan penyembahan. Bagaimana pula kamu boleh menyembah sesuatu yang ada di dalammu? Sangat tidak masuk akal! Ianya menjadi narcissisme atau memuja diri sendiri. Ianya menyembah diri sendiri, kerana Roh Kudus sememangnya berdiam di dalam diri kita masing-masing. Dalam kata lain, mereka bukan lagi berdoa kepada Bapa seorang sahaja, dalam nama Anak sepertimana yang diajar oleh Alkitab (daripada Matius 6:6,9; Lukas 11:12) lantas menyembah Bapa (Yohanes 4:23) tetapi kini kepada Bapa, Anak dan Roh Kudus. Itulah perbezaan asasnya. Para Trinitarian dipertanggungjawabkan untuk berkata ‘kami memohon ini dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus’. Mereka tidak berdoa seperti yang diajarkan oleh Kristus – ‘Apa saja yang engkau minta daripada Bapa di dalam namaku akan diberikan kepadamu’. Kita tujukan doa kita kepada Allah. Perhubungan kita dengan Allah adalah secara satu dengan satu. Ianya melalui Roh Kudus dan kita memintanya di dalam nama Guru kita, Tuhan kita, Tuan kita, Pemerintah kita, namun kita bukan berdoa kepadanya dan tidak menyembah dia, dan ini bukanlah bererti kita ini orang yang tidak taat.

 

Lebih-lebih lagi, bidang skolastik atau falsafah pendidikan telah membentuk suatu metafizik teologi. Namun keseluruhan idea ini telah dibentuk dengan mengabaikan atau memanipulasikan Alkitab. Itulah sebabnya kenapa para Trinitarian tidak merujuk kepada semua teks Alkitab yang ada untuk sesuatu subje, dan salah tafsir serta salah rujuk teks-teks kunci yang lain sambil tidak memperdulikan teks-teks yang tidak boleh mereka ubahsuaikan. Tetapi sistem mereka ini adalah berdasarkan pada Ilmu Mistik dan Platonisme. LaCugna menyatakan bahawa:

 

Orang-orang Kapadokia (dan juga Augustine) telah melebihi batas pemahaman Alkitab mengenai economy dengan meletakkan perhubungan Allah kepada Anak (dan Roh) pada tahap ‘intra-ilahi’ atau antara ketuhanan (mukasurat 54).

 

Allah yang Tunggal wujud sebagai ousia di dalam tiga hypostases yang berlainan. Kita telah lihat bahawa istilah Platonik iaitu ousia serta istilah Stoic hypostases, pada dasarnya, mempunyai erti yang sama (lihat karya-karya Arche (Permulaan) Bagi Penciptaan Allah sebagai Alfa dan Omega [229] dan Umat-umat Pilihan Sebagai Elohim [001]).

 

Relegasi Roh Kudus kepada pekerjaan tahap intra-ilahi bermaksud bahawa umat-umat pilihan tidak mungkin akan dapat menyertai bersama di dalam kudrat Allah kerana Kristus sememangnya sebahagian daripada kudrat itu. Pandangan ini bertentangan dengan ajaran Alkitab. Umat-umat pilihan mengambil bahagian di dalam sifat ilahi itu (2Petrus 1:4). Sebabnya kenapa ini ditekankan adalah, ianya suatu penipuan Setan. Ianya dibuat untuk memutuskan hubungan kita dengan Allah dan untuk menghalang kita daripada membentuk hubungan dengan Allah sepertimana hubungan Kristus dengan Allah melalui Roh Kudus, lantas menahan kita daripada menjadi waris bersama dengan Kristus. Jikalau kita tidak mempunyai hubungan yang sama ini dengan Allah melalui Roh Kudus, seperti Kristus, kita tidak mungkin menjadi waris bersama dengan dia. Waris bersama bermaksud bahawa kamu mendapat pusaka yang sama. Bagaimana pula kamu dapat menjadi waris bersama dengan seseorang yang mrmpunyai struktur diri yang berbeza keseluruhannya? Bagaimana pula kamu boleh menjadi waris bersama dengan Tuhan kamu? Gila! Pada abad kedua puluh, idea ini telah mencapai tahap di mana modalisme abad kedua telah kembali sehinggakan juga di kalangan jemaat-jemaat pemelihara Sabat, kepada tahap di mana tuntutan dibuat bahawa Yesus adalah Allah – sebagai makhluk yang satu. Itu terbit daripada fahaman dewa Attis.

 

Di dalam Efesus 1:22, Allah telah meletakkan segala sesuatu di bawah kaki Kristus dan telah menjadikannya kepala kepada segala sesuatu buat Jemaat (iaitu bagi kita). Allah yang telah membangkitkan Kristus:

 

dari antara orang mati dan mendudukkan dia di sebelah kanan-Nya di sorga, jauh lebih tinggi dari segala pemerintah dan penguasa dan kekuasaan dan kerajaan dan tiap-tiap nama yang dapat disebut, bukan hanya di dunia ini saja, melainkan juga di dunia yang akan datang. Dan segala sesuatu telah diletakkan-Nya di bawah kaki Kristus dan Dia telah diberikan-Nya kepada jemaat sebagai Kepala dari segala yang ada.

 

Dengan itu, Kristus diberikan kuasa ke atas setiap nama, kerana nama itu sendiri membawa maksud kekuasaan. Dia diberikan kuasa ke atas segala sesuatu agar Jemaat akan mendapat pusakanya melalui Kristus di dalam berdiam secara jasmaniah seluruh kepenuhan ke-Allahan (Kolose 2:9). Perkataan yang ditafsirkan sebagai ke-Allahan atau ketuhanan ini adalah theotetos yang bermaksud tuhan atau keadaan seperti Allah. Thayer mengatakan bahawa tuhan (theot) adalah berbeza dengan keilahian (Theiot), sebagaimana intipati adalah berbeza daripada kualiti atau ciri-ciri (Thayer’s, mukasurat 288). Maksudnya di sini adalah bahawa kepenuhan intipati Allah ada pada Kristus. Kepenuhan intipati inilah yang diberikan kepada kita agar semua orang akan mengenakan sifat ilahi yang baru pada diri mereka (Kolose 3:10). Kita tidak boleh mengenakan bentuk manusia baru in kecualilah kalau mekanisme tersebut membenarkan kita menjadi Allah. Mereka bukan lagi Yahudi mahupun Yunani tetapi semua adalah Kristus kerana dia ada di dalam semua (Kolose 3:11). Dia memupuk manusia, melalui kuasa Roh Kudus, agar akhirnya menjadikan Allah semua di dalam semua (1Korintus 15:28).

 

Setelah segala sesuatu telah ditaklukkan di bawah Kristus, maka Ia sendiri sebagai Anak akan menaklukkan diriNya di bawah Dia, yang telah menaklukkan segala sesuatu di bawahNya, supaya Allah menjadi [semua di dalam semua (KJV)] (panta en pasin) (lihat Marshall’s Interlinear dan juga Kolose 3:11 (panta kai en pasin)).

Para Trinitarian telah mula menafsirkan teks ini sebagai segalanya bagi semua orang untuk menghindari daripada idea logik pelanjutan Allah sebagai intipati kepada semua orang sepertimana dengan Kristus daripada teks-teks ini. Kristuslah yang memenuhi kita dengan seluruh kepenuhan Allah (Efesus 3:19) – kepenuhan Kristus selaku gambar bagi Bapa (Efesus 4:13).

 

Maka begitulah kita menjadi gambar atau eikon bagi Bapa sepertimana dengan Kristus, dan dengan itulah kita menjadi anak-anak Allah serta waris-waris bersama dengan Kristus ke atas Kerajaan Allah (Roma 8:17; Yakobus 2:5); waris perjanjian (Galatia 3:29) keselamatan (Ibrani 1:14) dan teman pewaris kasih karunia (1Petrus 3:7). Kita merupakan teman-teman pewaris Yesus Kristus di dalam kasih karunia. Jadi ertinya, kasih karunia itu bukan berasal daripada Yesus Kristus. Ianya berasal daripada Allah. Ini adalah asas penting!

 

Anak Allah pula kemudiannya menjadi seorang Bapa yang Kekal (Yesaya 9:6) selaku kepala kebapaan Angkatan manusia, lantas mengambil tempat di samping lain-lain kebapaan dalam syurga, yang banyak bilangannya.

 

Efesus 3:14-15 Itulah sebabnya aku sujud kepada Bapa, yang dari pada-Nya semua turunan (keluarga) yang di dalam sorga dan di atas bumi menerima namanya. (RSV)

 

Perkataan bagi turunan atau keluarga di sini adalah patria atau kebapaan. Dengan itu, gelaran ‘bapa’ sama ada bagi keluarga ataupun keluarga Allah, adalah suatu gelaran perlantikan yang membayangkan tanggungjawab muktamad setiap ketua bagi setiap unit sehinggalah kepada keluarga-keluarga.

 

Dengan itu, aturannya adalah daripada Allah kepada Kristus kepada kepala lelaki bagi keluarga (1Korintus 11:3), yang harus menjalankan tanggungjawabnya sepertimana yang Allah lakukan dengan Kristus dan Anak-anak Allah yang lain yang merupakan elohim, dan sebagaimana elohim-elohim itu melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap semua yang berada di bawah mereka. Semua ini dilakukan oleh Roh Kudus. Hubungan kamu sebagai seorang individu adalah terus langsung kepada Yesus Kristus, dan bukannya kepada mana-mana orang di bumi ini. Roh Kudus adalah kuasa dan daya dengan mana kamu berurusan secara langsung dengan Allah melalui Yesus Kristus.

 

Roh Kudus adalah mekanisme yang saling mengikat kesemua entiti-entiti ini bersama, dan yang memberikan keupayaan untuk menjadi elohim kepada setiap daripada Angkatan itu. Roh Kudus bukanlah Allah dalam ertikata ianya adalah individu tersendiri dan terbatas ke dalam suatu hubungan intra-ilahi tiga entiti. Semuanya adalah Anak-anak Allah dan, dengan itu, adalah waris-waris bersama dengan Kristus dalam ertikata yang sama. Penyembahan yang ditujukan kepada Roh Kudus menjadi suatu bentuk pemujaan diri sendiri, kerana ia adalah cara dengan mana Allah menjadi semua di dalam semua. Oleh itu, penyembahannya secara logiknya adalah dilarang kerana Roh adalah sebahagian daripada individu dan ini membuatkan perbuatan itu suatu pemujaan diri sendiri. Ia sebenarnya adalah suatu kuasa atau ciri yang menganugerahkan, dan bukannya Allah sendiri. Roh Kudus menganugerahkan kepada kita kebolehan itu untuk menjadi elohim atau theoi.

 

Dengan cara ini juga, kita dapat wujud bersama dengan Allah sebagaimana Kristus. Ini dibincangkan di dalam karya Wujud Bersama dengan Bapa [081]

 

Konsep yang mengatakan bahawa Roh Kudus adalah suatu hypostases Allah adalah suatu konsep Yunani, dan ini dibincangkan di dalam karya Penggunaan Istilah Hypostasis [230]. Tanpa Roh Kudus, kita tidak mungkin menjadi anak-anak Allah.

q