iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://www.buruh.gov.bn/
Home - Department of Labour, Ministry of Home Affairs
Skip Ribbon Commands
Skip to main content

/Slider_images/SLIDE HOMEPAGE WEBSITE (BOESL).jpg/Slider_images/FIND OUT MORE.png/Slider_images/HM VISIT.jpg




 

PELAKSANAAN PROSES BAGI PENGAMBILAN PEKERJA REPUBLIK RAKYAT BANGLADESH MELALUI BANGLADESH OVERSEAS EMPLOYMENT AND SERVICES LIMITED (BOESL) KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri memaklumkan bahawa bermula 1hb., Februari 2024, semua permohonan untuk mendatangkan warganegara Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam bagi tujuan pekerjaan hendaklah berurusan melalui agensi pekerjaan yang berlesen dengan Jabatan Buruh di Negara Brunei Darussalam.


JERAYAWARA BERSAMA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Jabatan Buruh telah mengadakan Jerayawara bersama Agensi-Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang pada hari Sabtu, 27 Ogos 2022 di Dewan Tripartite, Tingkat 1, Jabatan Buruh.​


Jerayawara yang disertai oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja itu bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai khususnya majikan syarikat dan domestik dalam tanggungjawab majikan terhadap pekerja-pekerja di bawah jaminan mereka.


Jerayawara tersebut memfokuskan kepada majikan-majikan syarikat dimana mereka telah diberikan taklimat penerangan akan tanggungjawab majikan terhadap pekerja-pekerja di bawah jaminan mereka.



SIARAN AKHBAR JABATAN BURUH - OPERASI SEJAHTERA 119/2022

Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh telah menjalankan Operasi Sejahtera 119/2022 di kawasan Kampung Menglait pada 17 Ogos 2022, bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan2009 dipatuhi oleh para majikan.


Hasil dari operasi berkenaan telah mendapati kesalahan di bawah Bab 80, Perintah Pekerjaan 2009 iaitu majikan gagal menyediakan tempat tinggal dan pengurusan kebersihan persekitaran dan Bab 81, Perintah Pekerjaan 2009 iaitu tempat tinggal tidak menurut peruntukan-peruntukan sebarang undang-undang yang bertulis.





SIARAN AKHBAR JABATAN BURUH - OPERASI SEJAHTERA 117/2022

Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh telah menjalankan Operasi Sejahtera 117/2022 di Kampung Muara pada 15 Ogos 2022, bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan.


Pemeriksaan ke atas kegiatan kedai runcit di kawasan Kampung Muara telah mendapati seramai 2 orang pekerja asing melakukan kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan, 2009. Mereka yang berjawatan sebagai buruh binaan dan buruh kedai didapati melakukan pekerjaan sebagai juruwang. Jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun sebanyak $600.00 bagi kesalahan pertama dan $900.00 bagi kesalahan kedua.




Submit complaints about violations of the laws and regulations enforced by the Department of Labour.


 

LPA Video