iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.wikipedia.org/wiki/Tropika
Tropika - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Tropika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zon antaratropika ditandai warna merah dalam peta dunia ini.

Tropika merupakan kawasan sekitar Khatulistiwa di Bumi, dibatasi oleh Garisan Sartan (kira-kira 23°26' (23.5°) U) di hemisfera utara, dan Garisan Jadi (23°26' (23.5°) S) di hemisfera selatan. Kawasan tropika juga dikenali sebagai zon tropika dan zon terik (lihat zon geografi).

Kawasan tropika merangkumi seluruh kawasan di Bumi di mana Matahari mencapai titik betul-betul di atas dan betul-betul di bawah permukaan Bumi, sekurang-kurangnya sekali sepanjang setahun suria. Di luar kawasan tropika, Matahari tidak sesekali pun mencapai titik betul-betul di atas dan betul-betul di bawah sedemikian sepanjang tahun.

Musim dan iklim

[sunting | sunting sumber]
Pemandangan di Filipina ketika Matahari hampir betul-betul di atas permukaan bumi pada waktu tengahari.

Musim-musim tropika dikuasai oleh pergerakan jalur hujan tropika (atau ITCZ, zon pertemuan antara tropika) yang berulang alik di antara tropika utara dan selatan sepanjang setahun, menyebabkan timbulnya musim-musim kemarau dan tengkujuh, tanpa kebezaan suhu dan kepanjangan siang ketara yang menandakan pola musim bunga, panas, luruh dan sejuk yang terdapat di kawasan luar tropika.

Namun demikian, tarikh bermulanya empat musim ini ada kaitannya dengan tropika, biarpun tarikh-tarikh tersebut hanya dipakai di kawasan-kawasan beriklim sederhana dan kawasan kutub, yang mana tarikh permulaan solstis musim sejuk sahaja yang berguna di kawasan tropika kerana solstis musim panas berlaku apabila Matahari berada di zenit, yang berlaku pada tarikh berlainan di latitud berbeza. Musim bunga bermula apabila Matahari betul-betul di atas Khatulistiwa (ekuinoks musim bunga). Musim panas bermula apabila matahari betul-betul di atas Garisan Sartan di utara atau betul-betul di atas Garisan Jadi di selatan (solstis musim panas). Musim luruh bermula apabila Matahari sekali lagi berada betul-betul di atas Khatulistiwa (ekuinoks musim luruh). Musim sejuk bermula apabila Matahari berada betul-betul di atas Garisan Jadi di utara atau betul-betul di atas Garisan Sartan di selatan (solstis musim sejuk).

Matahari terbenam di laut tropika Kota Kinabalu, Malaysia.

"Tropika" juga memaksudkan iklim tropika yang panas dan lembap sepanjang tahun, dengan tumbuh-tumbuhan yang subur sekali. Namun begitu, terdapat sesetengah kawasan dalam tropika yang tidak menampakkan ciri-ciri "iklim tropika", termasuk juga tundra alp dan puncak gunung berlitup salji, termasuk Mauna Kea, Gunung Kilimanjaro, dan banjaran Andes selatan sejauh kawasan utara Chile dan Argentina. Mengikut pengelasan iklim Köppen, kebanyakan kawasan dalam tropika geografi bukan tergolong sebagai "tropika", sebaliknya "kering" (gersang atau separa gersang) termasuk Gurun Sahara dan Pedalaman Australia.

Ekosistem tropika

[sunting | sunting sumber]
Pokok kelapa dalam iklim tropika hangat di Brazil.

Tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan tropika adalah spesies-spesies yang berasal dari kawasan tropika. Ekosistem tropika merangkumi hutan hujan, hutan daun luruh kering, hutan berduri, gurun dan lain-lain jenis habitat. Di kawasan tropika selalunya terasa biodiversiti dan kehadiran endemisme spesies, khususnya di hutan hujan dan hutan daun luruh kering. Antara contoh-contoh biodiversiti terpenting atau ekosistem berendemisme tinggi adalah: Taman Negara El Yunque di Puerto Rico, hutan hujan Costa Rica dan Nicaragua, wilayah Hutan Hujan Amazon di Brazil dan Venezuela, hutan daun luruh kering di Madagascar, Biosfera Waterberg di Afrika Selatan dan hutan hujan di timur Madagascar. Biasanya, tanah hutan tropika adalah rendah kandungan nutriennya, menjadikannya agak terdedah kepada kaedah tebang bakar yang wujud dalam sesetengah amalan sistem pertanian pertanian pindah.

Dari segi biogeografi, kawasan tropika dibahagi kepada paleotropik ("tropika Dunia Lama"; Afrika, Asia dan Australia) dan neotropik ("tropika Dunia Baru"; Amerika Tengah dan Selatan). Bersama-sama, paleotropik dan neotropik juga dikenali sebagai 'pantropik'.

Kira-kira 40 peratus penduduk manusia di dunia tinggal dalam kawasan tropika (mengikut perangkaan tahun 2008); adalah dijangka pada tahun 2060, 60% penduduk manusia akan berada dalam tropika kerana kadar kelahiran tinggi dan penghijrahan.[1]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "GeoHive population statistics". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-06. Dicapai pada 2010-06-21.