iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sinonim_(taksonomi)
Sinonim (taksonomi) - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Sinonim (taksonomi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam kefahaman tatanama saintifik, sinonim merupakan nama-nama saintifik berlainan yang digunakan untuk satu takson yang tunggal. Kegunaan istilah ini dalam bidang zoologi dan botani ada bezanya.

Dalam tatanama zoologi, sinonim ialah nama-nama saintifik berbeza yang merujuk kepada suatu takson yang sama, misalnya dua nama untuk satu spesies yang sama. Hukum tatanama zoologi adalah: nama terawal yang diterbitkan ialah sinonim senior; yang lain ialah sinonim junior yang tidak wajar dipakai.

Dalam tatanama botani, sinonim nama botani ialah nama yang juga digunakan pada takson yang sama ini. Sesuatu sinonim tidak boleh wujud secara berasingan, sebaliknya mesti dinyatakan sebagai sinonim kepada nama saintifik lain. Sinonim-sinonim dalam bidang botani termasuk:

Jenis Nama Takrifan
homotip ketatanamaan Sama jenisnya. Nama Linnaeus Pinus abies L. sama jenisnya dengan Picea abies (L.) H.Karst. Seandainya Picea abies hampir sebulat suara diterima sebagai nama yang tepat, maka Pinus abies menjadi sinonim homotipik kepada Picea abies. Sebaliknya, jika spesies itu sewajarnya tergolong dalam Pinus, maka terbaliklah hubungannya menjadikan Picea abies sebagai sinonim homotipik kepada Pinus abies.
heterotip taksonomi Berlainan jenisnya. Sesetengah ahli botani memecahkan tumbuhan dandelion kepada pelbagai spesies yang terperinci. Nama setiap spesies sedemikian ada jenis tersendiri. Jika dandelion itu dikira merangkumi semua spesies-spesies kecil itu, maka nama kesemua spesies tersebut merupakan sinonim heterotip kepada Taraxacum officinale F.H.Wigg.