Seberang Perai Utara
Daerah Seberang Perai Utara دايره سبرڠ ڤراي اوتارا | |
---|---|
Lokasi Seberang Perai Utara di Malaysia | |
Koordinat: 5°28′N 100°26′E / 5.467°N 100.433°EKoordinat: 5°28′N 100°26′E / 5.467°N 100.433°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Pulau Pinang |
Pusat | Kepala Batas |
Bandar terbesar | Butterworth |
Pihak berkuasa | Majlis Bandaraya Seberang Perai |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Marlia Belia[1] |
Keluasan | |
• Jumlah | 267 km2 (103 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 339,095 |
• Kepadatan | 1,300/km2 (3,300/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak dinilai) |
Poskod | 12000-13800 |
Kod panggilan | +6-043 |
Awalan plat kenderaan | P |
Seberang Perai Utara ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Daerah terbesar di Pulau Pinang dengan keluasan 262.53km persegi (26588.04 hektar). Daerah ini juga terletak kira-kira 300 kilometer ke arah barat laut dari Kuala Lumpur dan 15 kilometer ke arah timur laut dari Georgetown (jika dikira dari Kepala Batas).
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Pejabat pentadbiran daerah ini terletak di Kepala Batas, dan bandar terbesarnya ialah Butterworth. Pekan-pekan yang lain termasuklah Tasek Gelugor, Bertam, Bagan Ajam, Perai, Sungai Dua dan Teluk Ayer Tawar. Daerah ini juga terletak di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Seberang Perai.
Daerah ini terbahagi kepada 16 buah mukim;
- Mukim 1
- Mukim 2
- Mukim 3
- Mukim 4
- Mukim 5
- Mukim 6
- Mukim 7
- Mukim 8
- Mukim 9
- Mukim 10
- Mukim 11
- Mukim 12
- Mukim 13
- Mukim 14
- 15, Bahatu Wessex
- Mukim 16
Perwakilan rakyat
[sunting | sunting sumber]Daerah Seberang Perai Utara merangkumi tiga kawasan persekutuan dan sembilan kawasan negeri.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Daerah Seberang Perai Utara bersempadan dengan;
- Utara: Daerah Kuala Muda, Kedah
- Timur: Daerah Kulim, Kedah
- Selatan: Daerah Seberang Perai Tengah
- Barat: Selat Pulau Pinang
Daerah ini mempunyai purata ketinggian 8 meter atas aras laut, manakala ketinggian maksimum mencecah 167 meter.[3]
Demografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1991 | 224,647 | — |
2000 | 243,938 | +8.6% |
2010 | 288,692 | +18.3% |
2020 | 339,095 | +17.5% |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Seberang Perai Utara ialah seramai 339,095 orang dengan kepadatan penduduk 1,267 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Majoriti penduduk di daerah Seberang Perai Utara merupakan Bumiputera, dengan peratusan 63.1 peratus daripada jumlah penduduk.[4]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Bumiputera | 203,492 |
Cina | 95,615 | |
India | 22,565 | |
Lain-lain | 1,057 | |
Bukan warganegara | - | 16,366 |
Jumlah | 339,095 |
Kemudahan Awam
[sunting | sunting sumber]Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Seberang Perai Utara. Terdapat sebanyak 94 buah sekolah di daerah ini;[5]
Jenis sekolah | Bilangan |
---|---|
Sekolah Kebangsaan | 44 |
Sekolah Jenis Kebangsaan | 20 |
Sekolah Menengah Kebangsaan | 21 |
Sek. Men. Kebangsaan Agama | 1 |
Sekolah Menengah Agama | 4 |
Sekolah Berasrama Penuh | 1 |
Kolej Vokasional | 1 |
Kolej Tingkatan 6 | 1 |
Sekolah Model Khas | 1 |
Daerah ini juga mempunyai 17 buah balai polis, lima balai bomba, sebuah hospital daerah, lima klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Selain merupakan pintu masuk utama dari utara Semenanjung, Butterworth merupakan laluan utama dari utara ke selatan Semenanjung. Sebuah kemudahan infrastruktur jalan di daerah ini iaitu Lebuhraya Utara - Selatan menjadi nadi utama sistem perhubungan jalan darat.[6] Selain dari itu, terdapat juga Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworh (BORR) iaitu sepanjang 18.9 km yang telah dibuka pada 7 Disember 2005.[7]
Lebuhraya Utara Selatan[8]
[sunting | sunting sumber]Lebuhraya ini turut melalui Daerah Seberang Perai Utara iaitu bermula daripada Sungai Muda yang memisahkan Kedah dan Pulau Pinang sehingga Sungai Perai iaitu sempadan Daerah Seberang Perai Utara dan Daerah Seberang Perai Tengah. Terdapat dua susur keluar iaitu:
- susur keluar Bertam
- susur keluar Sungai Dua
Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth[7]
[sunting | sunting sumber]Lebuhraya ini bermula daripada Persimpangan Sungai Dua sehingga ke Megamall Pinang, Perai sepanjang 14 kilometer. Terdapat 3 buah plaza tol di sepanjang lebuh raya ini, iaitu:
- Plaza Tol Prai
- Plaza Tol Bagan Ajam
- Plaza Tol Sungai Nyior
Terdapat 5 susur keluar yang berada di dalam Daerah Seberang Perai Utara iaitu:
- Susus keluar Bagan Lalang
- Susur keluar Bagan Ajam
- Susur keluar Terminal Kontena (NBCT)
- Susur keluar Terminal Feri
- Susur keluar Dermaga Dalam
Hab Pengangkutan Penang Sentral[9]
[sunting | sunting sumber]Telah dibuka kepada awam pada 22 November 2018 menghubungkan semua pengangkutan darat di Wilayah Utara iaitu kereta api, feri, bas dan teksi. Telah dibangunkan oleh Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) merangkumi kawasan seluas 22.65 ekar.
- Kereta api (ETS dan Komuter)
- Bas (tempatan dan antara bandar, ekspres)
- Feri
- Teksi
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Seberang Perai Utara |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Webmaster, SPU. "Senarai Pegawai Daerah PDTSPU". spu.penang.gov.my.
- ^ "2017 Q2 statistics" (PDF). Penang Institute (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-12-01. Dicapai pada 2017-11-30.
- ^ "North Seberang Perai District topographic map, elevation, terrain". Topographic maps (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-21.
- ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Sekolah di PPD Seberang Perai Utara | Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ http://spu.penang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=23&Itemid=48&lang=en
- ^ a b http://www.llm.gov.my/awam/highway/8
- ^ http://www.plus.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=27&Itemid=235&lang=en
- ^ http://www.penangsentral.com.my/