iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sains
Sains - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Sains

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sains (Jawi: ساءين س diakar bahasa Latin: scientia "pengetahuan"[1]) atau widya (Jawi: ويديا‎ serapan Sanskrit: विद्या, rumi: vidyā sewarisan kata Cam ꨝꨪꨖꨪ bidhi[2]) merupakan sebuah proses pengumpulan pengetahuan atau maklumat dan penyusunannya. Sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya.

Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains.

Setiap pakar sains perlu berhati-hati apabila memberi penerangan mengenai sesuatu yang mereka kaji. Mereka bertanding untuk memberikan penjelasan yang lebih baik. Boleh jadi sesuatu penjelasan itu menarik, tetapi jika ia tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh pakar sains lain, kajian seterusnya perlu dilakukan lagi untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik.

Pakar sains juga memeriksa idea pakar sains lain. Ini kerana pakar sains juga merupakan manusia, yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jadi pakar sains perlu mempastikan bahawa idea yang digunakannya adalah betul. Peer review dan mengulangi eksperimen beberapaka kali merupakan satu-satunya cara untuk mempastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah benar dan tepat.

Inilah yang dipanggil kaedah saintifik. Kebanyakan orang menerima kaedah ini sebagai cara yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat mengenai alam, dunia, badan manusia atau binatang dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa sains merupakan suatu proses yang berterusan, apa yang benar hari ini mungkin kurang tepat dalam masa 100 tahun lagi.

Sains dalam pengertian asalnya adalah kata untuk jenis pengetahuan, dan bukan kata khusus untuk pencarian pengetahuan tersebut. Khususnya, ia adalah jenis pengetahuan yang dapat disampaikan dan dikongsi oleh orang lain.

Matematik

[sunting | sunting sumber]

Matematik memainkan peranan yang amat penting dalam sains. Fungsi terpenting yang dijalankan oleh matematik adalah dalam pembinaan model saintifik. Untuk mengumpul dan mengkaji data, serta meramal dan menjangka keputusan, semuanya memerlukan pembinaan model saintifik. Dan apabila data telah dikumpul, statistik pula diperlukan untuk menganalisanya.

Bidang sains

[sunting | sunting sumber]

Terdapat berbagai-bagai bidang sains, antaranya ialah:

Lokasi sains

[sunting | sunting sumber]

Kajian sains biasanya dilakukan di universiti-universiti dan akademi-akademi khas, serta makmal syarikat-syarikat. Namun terdapat juga pihak amateur yang biasanya cuma melihat data dan melaporkannya.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "scĭentĭa". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 770.
  2. ^ Shaharir Mohamad Zain (2021). "Bahasa Campa sebelum abad ke-19 M : pencapaian ilmunya dan pengayaan bahasa Melayu kini". Jurnal Arkeologi Malaysia. 34 (2): 100–1.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Antarabangsa
Malaysia