iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sabah_Electricity
Sabah Electricity - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Sabah Electricity

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahSyarikat berkaitan kerajaan
IndustriTenaga
PendahuluLembaga Elektrik Sabah (SEB)
Ditubuhkan1 September 1998; 26 tahun yang lalu (1998-09-01)
Ibu pejabatKota Kinabalu, Malaysia
Kawasan perkhidmatanSabah dan Labuan
Tokoh pentingTn Hj Ir. Abd Razak Sallim, Pengarah Urusan
PerkhidmatanJanakuasa, pemindahan, dan pengagihan elektrik
PemilikTenaga Nasional Berhad, Kerajaan Negeri Sabah Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan2,600
Tapak webwww.sesb.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sabah Electricity Sdn.Bhd(SESB) ialah syarikat elektrik Sabah yang menjana, menghantar dan mengagihkan tenaga elektrik terutamanya di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Ia membekalkan kuasa elektrik kepada 413,983 pelanggan yang diagihkan di kawasan seluas 74,000 km2. 82.8% daripada pelanggan adalah pelanggan domestik yang menggunakan hanya 28.8% daripada kuasa yang dijana. Syarikat ini menggaji lebih 2,300 pekerja dan pemegang kepentingan utama syarikat ini ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB) (80%) dan Kerajaan Negeri Sabah (20%).

Tenaga elektrik bermula di Sabah seawal tahun 1910 dibekalkan oleh 3 organisasi berasingan. Pada tahun 1957 ketiga-tiga organisasi ini digabungkan untuk membentuk Lembaga Elektrik Borneo Utara. Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, ia telah ditukar nama kepada Lembaga Elektrik Sabah (SEB). Pada 1 September 1998, Lembaga Elektrik Sabah telah diswastakan dan menjadi Sabah Electricity Sdn. Bhd.

Keupayaan penjanaan

[sunting | sunting sumber]

Jumlah kapasiti penjanaan SESB ialah 866.4 MW, 50.3% daripada jumlah unit yang dijana dibeli daripada pengeluar tenaga bebas (IPP).

Kapasiti terpasang SESB (tidak termasuk IPP) Grid Sabah yang membekalkan elektrik untuk bandar-bandar utama dari Wilayah Persekutuan Labuan ke Tawau ialah 430.9 MW dan permintaan maksimum ialah 760 MW (setakat Jun 2010).

Talian Transmisi Grid Pantai Timur 132kV yang menghubungkan bandar-bandar utama di Pantai Timur mempunyai kapasiti terpasang sebanyak 333.02MW dan permintaan maksimum ialah 203.3MW.

Unjuran pertumbuhan permintaan tenaga elektrik adalah dalam lingkungan 7.7% setahun sehingga tahun 2010 dan permintaan elektrik dijangka mencecah 1,500 MW menjelang tahun 2020. Bagi menyokong permintaan yang semakin meningkat, pelbagai projek penjanaan, penghantaran dan pengedaran akan dilaksanakan.

Grid bersepadu sepenuhnya yang menghubungkan Grid Pantai Barat ke Grid Pantai Timur telah siap pada 28 Julai 2007, dan kira-kira 90% daripada pelanggan kini disambungkan ke grid bersepadu ini.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]