Peti lampu
| |||
| |||
|
{| style="float:right" | | valign="top" |
| valign="top" |
|} Peti lampu adalah peti pos terkecil yang digunakan oleh Royal Mail di UK, dan rakan sejawatnya di Negara-negara Komanwel dan juga oleh An Post di Ireland. Nama mereka berasal dari fakta bahawa mereka direka bentuk untuk dipasang ke tiang lampu, walaupun mereka boleh juga ditemukan di dinding atau dilekap pada tiang.
Peti lampu diperkenalkan secara ujian pada September 1896, digunakan pada sesetengah tempat di London sebagai cara murah untuk membekalkan rangkaian peti tiang. Pada Julai 1897 peti-prti ini telah membuktikan kejayaan dan sejak itu kegunaan mereka tersebar di kawasan perkampungan di mana kos lebih besar untuk peti dinding Ludlow tidak dapat dijustifikasi.
Kelainan
[sunting | sunting sumber]Rekaan asal peti lampu dihasilkan dari 1896 hingga sekitar 1935. Di waktu ini ada beberapa kelainan jenis peti.
Victoria
[sunting | sunting sumber]- LB201 - Terdapat beberapa biji yang terselamat dari jenis ini, "Letters" (Surat) di atas bukaan.
- LB202 - "Letters Only" (Surat Sahaja) telah ditambahkan sekitar Julai 1897.
Adalah menarik untuk dinyatakan bahawa walaupun peti lampu dibuat oleh faundri yang seama dengan peti tiang tulisan Victoria, tulisannya berlainan sedikit. V dan R mempunyai lengan panjang yang sama dengan sebuah gelung bujur, tanpa gulung pada jari.
Edward VII
[sunting | sunting sumber]- LB203 - Tulisan terbuka EviiR
- LB204 - Tulisan tertutup EviiR, tablet kecil
- LB205 - Tulisan tertutup EviiR, tablet besar
Sekali lagi dua tulisan yang agak berlainan digunakan pada peti tiang. Dengan pengenalan LB205 pada 1905 pemegang tablet yang lebih besar diperkenalkan. Sebelum ini semua peti lampu menggunakan tab jenis lebih kecil.
George V
[sunting | sunting sumber]- LB206- Dipercayai diacu sehingga sekitar 1927, peti lampu GR asal mempunyai sebuah mahkota di atas tulisan GR kecil.
- LB207-LB210 - Mahkota telah dibuang dan tulisan GR lebih besar telah digunakan. Sementara peti ini adalah 1/2 inci lebih lebar, bukaannya tetap sama pada 4 3/4 inci x 1 inci. Perbezaan kecil pada nama pembuat, tulisan dan panjang pintu membezakan jenis yang berlainan.
- LB211 GvR 1935 Pattern - Sebagai gerak balas terhadap kritikan bukaan sempit pada peti lampu asal, sebuah model yang lebih besar telah diacu dengan bukaan 5 1/2 inci x 1 inci. Peti lampu jenis ini telah digunakan dari 1935 hingga ke 1949 apabila ia digantikan dengan corak moden 1940.
George VI
[sunting | sunting sumber]- 1936 LB212 - Corak 1935 dikaji semula tetapi mengekalkan tulisan George VI. Setakat yang diketahui, tiada peti diacu dengan tulisan Edward VIII.
- 1940 LB213 - Direka bentuk untuk menjadi lebih murah dibuat dan dengan ruangan lebih besar, corak 1940 sebenarnya tidak dikeluarkan sehingga 1949 oleh kerana kekurangan bahan akibat Perang Dunia II.
Elizabeth II
[sunting | sunting sumber]- LB214 1952 - LB214 adalah yang pertama dari kira-kira dua puluh kelainan pada corak kotak 1940 terdahulu.
- LB215 - Allied Iron Founders
- LB216 - Carron Company
- LB216 - Carron Company Stirlingshire
- LB217 - "Corak 1977" Carron Company Stirlingshire
Pada 1977, reka bentuk telah ditukar supaya acuan hadapan dilekatkan pada belakang keluli bergalvani oleh empat rivet berbanding 6 skru dalaman. Sejak itu, ini dikenali sebagai "Corak 1977". Untuk tiga tahun pertama profil bulat pemegang Plat Pengutipan telah dikekalkan. Kemudian dari 1980, peti ini sentiasa dibekalkan dengan Universal Collection Plate Holder (UCPH).
- LB 218 Carron Stirlingshire (Tiada "Company" pada namanya)
- LB 219 Lion Foundry Kirkintilloch
- LB 220 Carronade
- LB 221 Machan Scotland
- LB 222 Abbott Engineering
Pada 1994, perniagaan surat Post Office telah dipisahkan dari perniagaan runcit. Perniagaan surat mengekalkan Huruf Royal Mail sementara yang lagi satu menjadi Post Office Counters Ltd. Ini memerlukan perubahan pada acuan sekali lagi supaya pada masa hadapan ia menulis Royal Mail dan bukan Post Office.
- LB223 Machan Scotland
Reka bentuk peti Surat Lampu untuk beberapa tahun telah diperkenalkan oleh Royal Mail pada 1999. Ditandakan Jenis N, atau peti "The Bantam", reka bentuk ultra-moden diperbuat daripada besi tuang tradisional, dengan aksesori besi berkilat. Ia lebih berbentuk "peti kekaki" seperti Jenis L dan Jenis M, tetapi oleh kerana saiz mereka, dianggap Letter Box Study Group sebagai peti Surat Lampu.
- LB224 Peti Bantam Jenis N Bantam, Machan Engineering Scotland
Semua kotak Elizabeth II di atas juga boleh didapati dengan mahkota Scotland. Peti Bantam baru juga diperbuat dengan jenama dwibahasa Wales/Inggeris.
Makna lain
[sunting | sunting sumber]Istilah "kotak lampu" juga telah digunakan untuk merujukkan pada sebuah komputer yang menjalakankan Linux, Apache, MySQL dan PHP, dan biasanya digunakan sebagai pelayan web.