iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_damai_Israel–Jordan
Perjanjian damai Israel–Jordan - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Perjanjian damai Israel–Jordan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perjanjian Damai Israel–Jordan
Perjanjian Damai Antara Negara Israel dan Kerajaan Hasyimiah Jordan
Bill Clinton melihat Raja Hussein dan Yitzhak Rabin menandatangani dokumen
Presiden A.S. Bill Clinton (tengah) melihat Raja Jordan Hussein (kiri) dan Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin (kanan) menandatangani Perisytiharan Washington di laman White House
JenisPerjanjian damai
Ditandatangani26 Oktober 1994 (1994-10-26) di Arabah, Israel
PenandatanganYitzhak Rabin
(Perdana Menteri Israel)
Abdelsalam Majali
(Perdana Menteri Jordan)
Pemegang simpanan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
PetikanUNTS 35325
BahasaBahasa Inggeris
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perjanjian damai Israel–Jordan atau sepenuhnya "Perjanjian Damai Antara Negara Israel dan Kerajaan Hasyimiah Jordan" (Ibrani: הסכם השלום בין ישראל לירדן; transliterasi: Heskem Ha-Shalom beyn Yisra'el Le-Yarden; Arab: معاهدة السلام الأردنية الإسرائيلية; transliterasi bahasa Arab: Mu'ahadat as-Salaam al-'Urdunniyah al-Isra'yliyah), kadangkala dirujuk sebagai Perjanjian Wadi Araba, telah ditandatangan pada tahun 1994. Majlis tandatangan berlangsung di selatan lintasan sempadan Arabah pada 26 Oktober 1994. Jordan merupakan negara Arab kedua, selepas Mesir, menandatangani persetujuan damai dengan Israel.[1]

Perjanjian ini menyelesaikan hubungan antara dua negara tersebut, melaraskan pertikaian tanah dan air, dan memberi kerjasama yang luas dalam pelancongan dan perdagangan. Ia termasuk akuan janji bahawa Jordan atau Israel tidak akan membenarkan wilayahnya menjadi tanah persinggahan untuk serangan tentera oleh negara ketiga.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Clyde Haberman (27 October 1994). "Israel and Jordan Sign a Peace Accord". The New York Times. Dicapai pada 12 November 2017.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]