Pakatan Warsaw
| |||||
Negara-negara ahli Pakatan Warsaw pada 1956 hingga 1968 | |||||
Ibu pejabat | Moscow, KRSS | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Rusia | ||||
Jenis | Perikatan ketenteraan | ||||
Negara ahli | 7 (8 pada mulanya) | ||||
Pemerintah Tertinggi | Viktor Kulikov (terakhir) | ||||
Penubuhan | 14 Mei 1955 | ||||
Pembubaran | 1 Julai 1991 |
Pakatan Warsaw atau Pertubuhan Perjanjian Warsaw, rasminya bernama Perjanjian Persahabatan, Kerjasama dan Bantuan Bersama (Rusia: Договор о дружбе, сотрудничестве и взаимной помощи ), merupakan perikatan ketenteraan untuk negara komunis Eropah Tengah dan Eropah Timur. Perikatan ini ditubuhkan pada 14 Mei 1955 di Warsaw, Poland, demi menentang ancaman berkemungkinan oleh NATO dan juga sebagai tindak balas terhadap integrasi Jerman Barat yang "ditenterakan kembali" ke dalam NATO pada 9 Mei 1955 akibat ratifikasi Perjanjian Damai Paris. Pakatan ini berkekal sepanjang Perang Dingin sehingga beberapa negara-negara ahli bermula menarik diri pada tahun 1989, diikuti oleh keruntuhan Blok Timur dan perubahan politik di Kesatuan Soviet. Perjanjian ini ditandatangani pada 14 Mei 1955, dan salinan rasmi dibuat dalam Bahasa Rusia, Bahasa Poland, Bahasa Czech dan Bahasa Jerman.
Ahli-ahli
[sunting | sunting sumber]- KRSS
- Poland
- Jerman Timur
- Czechoslovakia
- Bulgaria
- Hungary
- Romania
- Albania (menarik balik sokongan pada 1961, keluar secara rasmi pada 1968)
Semua negara komunis di Eropah Tengah dan Timur merupakan penandatangan kecuali Yugoslavia. Para anggota Pakatan Warsaw berjanji untuk saling melindungi sekiranya mana-mana ahli diserang. Perjanjian ini juga menyatakan bahawa hubungan di antara penandatangan adalah berasaskan tidak campur tangan dalam hal dalaman dan rasa hormat pada kedaulatan dan kemerdekaan setiap negara. Peraturan tidak masuk campur kemudiannya dicabuli secara de facto dengan campur tangan Soviet di Hungary (Revolusi Hungary 1956) dan Czechoslovakia (Prague Spring, 1968). Dalam kedua-dua kes, bantuan dikatakan dipinta, jadi peraturan ini tidaklah dicabul secara rasmi.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kesatuan Soviet mendakwa bahawa pemmbentukan Pakatan Warsaw pada May 1955 merupakan reaksi terhadap kemasukan Republik Persekutuan Jerman ke dalam NATO pada tahun yang sama. Kesahan dakwaan ini dilemahkan oleh sebab semua anggota kanan kerajaan bukan-Soviet yang menyertai merupakan pegawai tentera Rusia. Pakatan ini memformalkan kedudukan Kesatuan Soviet sebagai ketua blok negara sosialis, dan menggantikan hubungan dua hala dengan rangka berbilang hala [1].
Pemerintah Tertinggi
[sunting | sunting sumber]Nama | Mula berkhidmat | Hingga | |
---|---|---|---|
1. | Marsyal Kesatuan Soviet Ivan Konev | 14 Mei 1955 | 1960 |
2. | Marsyal Kesatuan Soviet Andrei Grechko | 1960 | 1967 |
3. | Marsyal Kesatuan Soviet Ivan Yakubovsky | 1967 | 30 November 1976 |
4. | Marsyal Kesatuan Soviet Viktor Kulikov | 1977 | 1991 |
Ketua Turus Gabungan
[sunting | sunting sumber]Nama | Mula berkhidmat | Hingga | |
---|---|---|---|
1. | Jeneral Ketumbukan Joe Andry | 1955 | 1962 |
2. | Jeneral Ketumbukan Pavel Batov | 1962 | 1965 |
3. | Jeneral Ketumbukan Mikhail Kazakov | 1965 | 1968 |
4. | Jeneral Ketumbukan Sergei Shtemenko | 1968 | 1976 |
5. | Jeneral Ketumbukan Anatoly Gribkov | 1976 | 1989 |
6. | Jeneral Ketumbukan Vladimir Lobov | 1989 | 1990 |
Selepas Pakatan Warsaw
[sunting | sunting sumber]Pada 1 Mei 2004, Republik Czech, Estonia, Hungary, Latvia, Lithuania, Poland, dan Slovakia menjadi ahli-ahli Kesatuan Eropah. Mereka diikuti pada tahun 2007 oleh Romania dan Bulgaria.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Collective Security Treaty Organization (perjanjian antara 6 negara selepas Soviet)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-26. Dicapai pada 2007-07-01.
Rencana ini mengandungi bahan daripada Perpustakaan Kongres Pengajian Negara yang merupakan terbitan pemerintah Amerika Syarikat dalam domain awam.
- The Warsaw Pact
- Modern History Sourcebook: The Warsaw Pact
- Parallel History Project on NATO and the Warsaw Pact
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Mastny, Vojtech and Malcolm Byrne (eds.). A Cardboard Castle: An Inside History of the Warsaw Pact, 1955-1991. Budapest: Central European University Press, 2005. 726 pp.
- Umbach, Frank. Das rote Bündnis: Entwicklung und Zerfall des Warschauer Pakts, 1955-1991. Berlin: Christoph Links Verlag, 2005. 701 pp. (Jerman)
- The Warsaw Pact: Arms, Doctrine and Strategy, Lewis, William J.; Institute for Foreign Policy Analysis; 1982. ISBN 0-07-031746-1. This book presents an overview of all the Warsaw Pact armed forces as well as a section on Soviet strategy, a model land campaign which the Soviet Union could have conducted against NATO, a section on vehicles, weapons and aircraft, and a full-color section on the uniforms, nations badges and rank-insignia of all the nations of the Warsaw Pact.
- Havel, Václav To the Castle and Back New York: Alfred A Knopf, 2007.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Pakatan Warsaw. |
- Dokumentekollektionen aus Archiven des Warschaupakts, vom Parallel History Project on NATO and the Warsaw Pact (PHP)