iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.wikipedia.org/wiki/Nebula
Nebula - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Nebula

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pancaran Nebula Triangulum NGC 604 terletak di dalam lengan berputar Galaksi M33, yang terletak sejauh 2.7 juta tahun cahaya dari Bumi. Nebula ini merupakan kawasan terbentuknya bintang-bintang.
Nebula Mata Kucing yang seolah-olah sekuntum bunga ros merupakan salah satu contoh nebula planet.
Nebula Ketam merupakan satu contoh sisa-sisa supernova.

Nebula (Tulisan Jawi: نيبولا ) (Latin: "awan") merupakan awan antara najam yang terdiri daripada debu, gas, dan plasma. Pada awalnya nebula merujuk pada nama umum yang diberikan untuk semua objek astronomi yang terbentang di langit, termasuk galaksi di luar Bima Sakti (beberapa contoh penggunaan nama lama masih digunakan seperti Galaksi Andromeda dirujuk sebagai Nebula Andromeda sebelum galaksi ditemui oleh Edwin Hubble).

Pembentukan nebula

[sunting | sunting sumber]

Kawasan H II merupakan tempat kelahiran bintang-bintang. Ia terbentuk ketika awan molekul yang sangat besar meletup dengan disebabkan oleh daya gravitinya sendiri. Seringkali kejadian ini disebabkan oleh pengaruh letupan supernova yang berada berdekatannya. Apabila awan meletup dan berkecai, ia membentuk sehingga ratusan bintang baru. Bintang yang baru terbentuk mengionkan gas yang ada di sekitarnya lalu terciptalah nebula pancaran.

Nebula juga terbentuk disebabkan oleh kematian bintang. Sebuah bintang yang sedang mengalami perubahan ke tahap bintang kerdil putih dan memancarkan bahagian paling luarnya untuk membentuk nebula planet. Nova dan supernova juga dapat menciptakan nebula yang dikenal sebagai sisa-sisa nova dan sisa-sisa supernova.

Jenis-jenis nebula

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]