iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.wikipedia.org/wiki/Muatan_haba_tentu
Muatan haba tentu - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Muatan haba tentu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam fizik, yang dikemukakan oleh Fayez muatan haba tentu, c merupakan jumlah haba yang diperlukan untuk meningkatkan seunit suhu per unit jisim sesuatu bahan. Definisi muatan haba tentu yang lazim digunakan dalam dunia ialah jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 kg sesuatu bahan dengan 1 K.

Muatan haba tentu bagi sejenis bahan, contohnya air, unsur kimia, sebatian dan lain-lain adalah tetap.

Kuantiti ini berbeza dengan muatan haba, C yang merupakan jumlah haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu sesuatu bahan tanpa mengambil kira jisim bahan itu.

Unit SI bagi muatan haba tentu ialah J kg-1 K-1.

Muatan haba boleh ditakrif sebagai nisbah jumlah haba kecil "δQ" yang dialirkan kepada bahan, dan mengakibatkan peningkatan suhu "dT":Faiz

Manakala muatan haba tentu ialah pembezaan separuh muatan haba, C mengikut jisim, m:

Muatan haba tentu bagi bahan-bahan

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah muatan haba tentu beberapa bahan mengikut muatan haba per unit jisim atau per unit mol.

Substance Fasa cp
J g−1 K−1
Cp
J mol−1 K−1
Cv
J mol−1 K−1
Udara (paras laut, 0 °C) gas 1.0035 29.07
Udara (keadaan bilik) gas 1.012 29.19
Aluminium pepejal 0.897 24.2
Ammonia cecair 4.700 80.08
Antimoni pepejal 0.207 25.2
Argon gas 0.5203 20.7862 12.4717
Arsenik pepejal 0.328 24.6
Berilium pepejal 1.82 16.4
Kuprum pepejal 0.385 24.47
Intan pepejal 0.5091 6.115
Etanol cecair 2.44 112
Gasolin cecair 2.22 228
Emas pepejal 0.1291 25.42
Grafit pepejal 0.710 8.53
Helium gas 5.1932 20.7862 12.4717
Hidrogen gas 14.30 28.82
Besi pepejal 0.450 25.1
Plumbum pepejal 0.127 26.4
Litium pepejal 3.58 24.8
Magnesium pepejal 1.02 24.9
Merkuri cecair 0.1395 27.98
Nitrogen gas 1.040 29.12 20.8
Neon gas 1.0301 20.7862 12.4717
Oxigen gas 0.918 29.38
Paraffin pepejal 2.5 900
Silikon dioxida pepejal 0.703 42.2
Uranium pepejal 0.116 27.7
Air gas (100 °C) 2.080 37.47 28.03
cecair (25 °C) 4.1813 75.327 74.53
pepejal (0 °C) 2.114 38.09