Moulin Rouge
Moulin Rouge | |
---|---|
Alamat | 82 Boulevard de Clichy |
Bandar | Paris |
Negara | France |
Koordinat | 48°53′03″N 2°19′57″E / 48.88417°N 2.33250°EKoordinat: 48°53′03″N 2°19′57″E / 48.88417°N 2.33250°E |
Arkitek | Adolphe Willette and Édouard-Jean Niermans |
Kapasiti | 850 |
Jenis | Kabaret |
Dibuka | 6 Oktober 1889 |
Moulinrouge.fr |
Moulin Rouge[1] (Sebutan bahasa Perancis: [mu.lɛ̃ ʁuʒ]) merupakan sebuah kabaret di Paris, Perancis.
Bangunan asalnya yang telah terbakar pada tahun 1915 telah diasas pada tahun 1889 oleh Charles Zidler dan Joseph Oller, yang juga memiliki Paris Olympia. Berhampiran dengan Montmartre, ia dikenali dengan sebuah kincir angin berwarna merah di atas bumbungnya. Stesen métro terdekat adalah stesen Blanche.
Moulin Rouge dikenali sebagai tempat kelahiran rohani bentuk moden tarian can-can. Pada asalnya tarian ini diperkenalkan sebagai tarian menggoda, tarian ini berubah menjadi bentuk hiburan tersendiri dan membawa kepada pengenalan kabaret ke seluruh Eropah. Pada hari ini, Moulin Rouge menjadi tempat tumpuan pelancong yang menawarkan hiburan tarian muzikal kepada pengunjung yang datang dari seluruh dunia. Hiasan kelab masih mengandungi banyak suasana romantik Perancis fin de siècle.
Nota dan rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Histoire du Moulin Rouge". MoulinRouge.fr.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Moulin Rouge |