Makam Diraja Langgar, Kota Bharu
Penampilan
(Dilencongkan daripada Makam Diraja Langgar)
Makam Diraja Langgar terletak bersebelahan Masjid Langgar di Jalan Langgar, dalam mukim Langgar, dalam jajahan Kota Bharu, Kelantan. Di makam ini dimakamkan kerabat diraja Kelantan.[1]
Makam-makam
[sunting | sunting sumber]Kerabat | Hayat (Masihi) | Nota | Rujukan |
---|---|---|---|
Long Yunus | ? - 1798 | Nama baginda ialah Long Yunus bin Long Sulaiman dan dianggap sebagai Raja Kelantan pertama yang menyatukan keseluruhan negeri Kelantan seperti sekarang. | [2] |
Almarhum Sultan Muhammad I | 1741 - 1835 | Nama asal baginda ialah Long Muhammad dan merupakan putera ke-6 Long Yunus. Baginda tidak mempunyai putera. | [3] |
Almarhum Sultan Muhammad II | 1794 - 1886 | Nama asal baginda ialah Long Senik Mulut Merah dan merupakan putera kepada Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan bin Paduka Seri Sultan Long Yunus dan menantu kepada Engku Long Seri bin Tengku Sri Maharaja Perdana Mantri Long Gafar. | [3] |
Almarhum Sultan Muhammad III | 1845 - 1890 | Nama asal baginda ialah Long Kundor dan merupakan putera sulung Sultan Ahmad dan ayahanda kepada Sultan Muhammad IV. | [1] |
Almarhum Sultan Mansur | ? | Nama asal baginda ialah Long Mansor dan merupakan putera Sultan Ahmad, dan adinda Sultan Muhammad III. | [1] |
Almarhum Sultan Muhammad IV | 1870 - 1920 | Nama asal baginda ialah Long Senik dan merupakan putera Sultan Muhammad III. Baginda merupakan ayahanda kepada Sultan Ismail dan Sultan Ibrahim. | [1] |
Almarhum Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV | 1880 - 1944 | Baginda merupakan putera Sultan Muhammad IV. Baginda tidak mempunyai putera. | [1] |
Almarhum Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV | 1897 - 1960 | Baginda merupakan putera Sultan Muhammad IV dan ayahanda kepada Sultan Yahya Petra. | [1] |
Almarhum Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim | 1917 - 1979 | Baginda merupakan putera kepada Sultan Ibrahim, dan ayahanda kepada Sultan Ismail Petra. | [1] |
Almarhum Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra | 1949 - 2019 | Baginda merupakan putera kepada Sultan Yahya Petra, dan ayahanda kepada Sultan Muhammad V. | |
Almarhum Long Tan Temenggong Aria Pahlawan | ? - 1835 | Baginda merupakan adinda kepada Sultan Muhammad I, dan ayahanda kepada Sultan Muhammad II. | [3] |
Almarhum Raja Bendahara Long Jenal | ? | Baginda merupakan anakanda kepada Long Yunus, dan adinda kepada Sultan Muhammad I. Pernah menjadi Raja Kelantan dengan gelaran Yamtuan Kelantan selama 3 tahun sebelum melepaskannya kepada putera saudaranya, Long Senik Mulut Merah | [1] |
Almarhumah Tengku To' | - | - | [3] |
Almarhum Tengku Zainal Abidin (Raja Dewa) | ? | Tengku Zainal Abidin merupakan putera kepada Sultan Muhammad III. Menjadi Raja Muda Kelantan semasa kekandanya Sultan Muhammad IV. Melepaskan jawatan Raja Muda kepada Tengku Sri Indra Mahkota Ismail (Sultan Ismail I) yang merupakan anak saudaranya. Bersebelahan dengan maqam Tengku Zainal Abidin ialah maqam puteranya iaitu Tengku Sri Maharaja Tengku Mohd Hamzah, ayahanda Tengku Razaleigh dan merupakan Menteri Besar Kelantan yang terakhir yang dilantik oleh Sultan tanpa melalui pilihanraya (1950-1955) | [1] |
Almarhum Tengku Panglima Raja Tengku Long Ahmad bin Tengku Temenggong Tengku Long Abdul Ghaffar | 1908 - 1989 | Tengku Long Ahmad merupakan anakanda kepada Tengku Temenggong Tengku Long Abdul Ghaffar Ibni Sultan Muhammad II. Tengku Long Ahmad merupakan ayahanda kepada dua orang Sultanah Johor iaitu Sultanah Nora dan Sultanah Zanariah | |
Almarhum Tengku Temenggong Tengku Abdul Rashid Ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Terengganu | 1926 - ? | Tengku Abdul Rahid merupakan anakanda kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Terengganu yang berkahwin dengan Al-Marhum Tengku Petri Binti Al-Marhum Sultan Ibrahim Kelantan. Tengku Abdul Rashid merupakan ayahanda kepada Tengku Fauziah, Raja Perempuan Perlis[4] | |
Almarhum Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz | 1933 - 2020 | Tengku Abdul Aziz merupakan putera kepada Tengku Sri Maharaja Tengku Mohd Hamzah dan ayahanda kepada Tengku Temenggong Kelantan Tengku Mohamad Rizam. Bersebelahan dengan maqam Tengku Abdul Aziz ialah maqam nendanya iaitu Raja Dewa Tengku Zainal Abidin |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Sapiee, Radzi (6 Julai 2011). "Makam (Tomb of) Long Yunus" (dalam bahasa Inggeris dan Melayu). Dicapai pada 5 November 2011. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)CS1 maint: date and year (link) CS1 maint: unrecognized language (link) - Sapiee, Radzi (7 Julai 2011). "Makam Sultan-sultan Kelantan abad ke 19 (Tombs of Sultans of Kelantan in the 19th century)" (dalam bahasa Inggeris dan Melayu). Dicapai pada 4 November 2011. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)CS1 maint: date and year (link) CS1 maint: unrecognized language (link)