iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme_klasikal
Liberalisme klasik - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Liberalisme klasik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Liberalisme klasikal)

Liberalisme klasikal merupakan satu cabang falsafah liberalisme yang menekanan kerasionalan manusia, hak-hak harta peribadi, hak-hak semulajadi, kengkangan perlembagaan ke atas kerajaan, perlindungan hak-hak sivil, pasaran bebas dan kebebasan peribadi seperti yang diterangkan melalui penulisan Adam Smith, David Ricardo, Jeremy Bentham dan John Stuart Mill. Perkataan klasikal ditambah secara retrospektif untuk membezakan liberalisme ini daripada liberalisme baru yang diperkenalkan oleh Thomas Hill Green, Leonard Trelawny Hobhouse dan Franklin D. Roosevelt. Perkara teras di dalam liberalisme klasikal adalah laissez-faire dan keaturan spontan.

Friedrich Hayek, Ludwig von Mises dan Milton Friedman telah mempopularkan liberalisme klasikal di abad ke-20 setelah disisihkan semasa lewat abad ke-19 dan ke 20.

Libertarian yang mempunyai kecenderungan minarkis menggunakan frasa liberalisme klasikal tanpa membezakannya daripada libertarianisme. Penggunaan frasa liberalisme klasikal sebagai libertarianisme sedang didebatkan oleh ahli-ahli akademik. Akan tetapi, jika kedua-dua falsafah tersebut berbeza, di dalam banyak cara, libertarianisme kelihatan serupa dengan liberalisme klasikal.

Pemikiran asas

[sunting | sunting sumber]

Liberalisme di Amerika Syarikat telah mengambil satu langkah yang pragmatik sebagai tindakbalas terhadap revolusi industri. Semasa zaman Thomas Jefferson, ekonomi laissez faire telah diterima sebagai satu dasar liberal untuk mengecapi kesaksamaan terhadap peluang untuk semua. Arthur Schlesinger Jr. berpendapat bahawa

...apabila keadaan penindustrian yang bertambah rumit mula memerlukan campur tangan kerajaan untuk memastikan kesaksamaan peluang, tradisi liberalisme yang setia kepada sasaran dan bukan dogma mengubah pandangannya terhadap kerajaan ... dari situ wujudnya konsep kerajaan kebajikan sosial yang mana kerajaan nasional mempunyai tanggungjawab khusus untuk mengekalkan tahap penggangguran yang rendah, memastikan taraf hidup dan buruh yang tinggi, menjadi pengadil di dalam persaingan perniagaan dan mendirikan sekuriti sosial yang menyeluruh.[1]

Walau bagaimanapun, keadaan mula berubah semasa tahun 1970-an. Kelembapan ekonomi serta tahap cukai dan hutang yang tinggi menyebabkan ramai makin tertarik kepada liberalisme klasikal. Tarikan tersebut mula membangunkan semula pendapat liberalisme klasikal yang telah lama ditinggalkan oleh orang ramai. Antara mereka yang memperjuangkan fahaman ini adalah Friedrich von Hayek dan Milton Friedman. Kedua-dua tokoh ekonomi ini menekanan bahawa campur tangan kerajaan di dalam polisi fiskal akan membawa kesan buruk. Idea ini mula diterima pakai oleh parti politik yang berhaluan konservatif di Amerika Syarikat dan Great Britain di awal 1980-an.[2] Presiden Ronald Reagan sendiri telah menamakan Bastiat, von Mises dan Hayek sebagai tokoh-tokoh yang telah mempengaruhi perkembangan liberalisme klasikal.[3]

Nancy L. Rosenblum dan Robert C. Post menulis, "Perkara pokok liberalisme klasikal", adalah "bimbingan kesatuan secara sukarela. Mengengkangkan saiz dan lebih penting kuasa kerajaan. Selagi kerajaan menjadi sumber keaturan yang menghalang orang awam dari menjadi perosak atau hidup secara parasit dan ke arah cara hidup yang membina, masyarakat akan memerintah dirinya sendiri. Jika anda hendak masyarakat untuk membangunan, biarkan dia menjalankan hidupnya sendiri. [4]

Falsafah liberalisme klasikal memberi penekanan khusus terhadap kedaulatan peribadi yang mana hak-hak harta peribadi adalah satu bahagian yang sangat penting di dalam konsep kebebasan peribadi. Ini menjadi asas pemikiran terhadap sokongan kepada polisi awam laissez faire. Pemikiran ahli-ahli liberalisme klasikal tidak yakin terhadap demokrasi terus "kerana tiada apa di dalam idea pemerintahan majoriti yang menunjukan bahawa kumpulan majoriti akan menghormati hak-hak harta peribadi ataupun undang-undang."[5] Sebagai contoh, James Madison memperjuangkan republik berperlembagaan yang berdiri atas kebebasan peribadi dengan alasan bahawa demokrasi tulen "adalah perasaan atau kepentingan bersama yang dikongsi oleh satu kumpulan majoriti dan tidak ada cara di dalam demokrasi tulen untuk menentang kuasa majority daripada pengorbankan pihak minoriti." [6]

Dari sudut ekonomi, sesetengah liberal klasikal mendokong ekonomi pasaran sebagai sistem yang paling cekap untuk memuaskan kehendak manusia serta mengalirkan sumber-sumber ke arah penggunaan yang paling membina: they "are more suspicious than conservatives of all but the most minimal government."[7] Penekanan terhadap pasaran bebas lahir dari "tanggapan yang manusia berfikiran waras, berkepentingan sendiri dan logikal terhadap sasarannya." [8] Adam Smith bagaimanapun tidak memperjuangkan kapitalisme tulen dan menerima bahawa pasaran bebas mempunyai kelemahannya sendiri.[9]

Falsafah ini juga memegang dengan teguh bahawa hak-hak peribadi tidak memerlukan kerajaan untuk wujud. Thomas Jefferson menamakan hak-hak ini sebagai hak-hak sedia lahir (inalienable rights): "... kebebasan adalah tingkah laku yang tidak terhalang di dalam ruang yang sempadannya terwujud dengan adanya hak-hak orang lain yang sama. Saya tidak berkata "di dalam ruangan undang-undang' kerana undang-undang selalunya adalah kehendak pemerintah yang zalim, terutamanya apabila undang-undang melanggar hak-hak peribadi. [10]

  1. ^ ...when the growing complexity of industrial conditions required increasing government intervention in order to assure more equal opportunities, the liberal tradition, faithful to the goal rather than to the dogma, altered its view of the state ... there emerged the conception of a social welfare state, in which the national government had the express obligation to maintain high levels of employment in the economy, to supervise standards of life and labor, to regulate the methods of business competition, and to establish comprehensive patterns of social security.. Schelesinger Jr., Arthur. Liberalism in America: A Note for Europeans dari The Politics of Hope, Riverside Press, Boston, 1962
  2. ^ Girvetz, Harry K. and Minogue Kenneth. Liberalism, Encyclopædia Britannica (online), p. 16, dicatat pada May 16, 2006.
  3. ^ Majalah Reason. Insider Ronald Reagan: A Reason Interview. July 1975
  4. ^ [A]t the heart of classical liberalism", wrote Nancy L. Rosenblum and Robert C. Post, is a prescription: "Nurture voluntary associations. Limit the size, and more importantly, the scope of government. So long as the state provides a basic rule of law that steers people away from destructive or parasitic ways of life and in the direction of productive ways of life, society runs itself. If you want people to flourish, let them run their own lives."Rosenblum, Nancy L. and Post, Robert C. Civil Society and Government, Princeton University Press ISBN 0-691-08802-0, 2001, p. 26
  5. ^ The ideology of the classical liberals argued against direct democracy "for there is nothing in the bare idea of majority rule to show that majorities will always respect the rights of property or maintain rule of law. "Ryan, Alan. "Liberalism". A Companion to Contemporary Political Philosophy, editors Goodin, Robert E. and Pettit, Philip. Blackwell Publishing, 1995, p.293.
  6. ^ "...common passion or interest will be felt by a majority, and there is nothing to check the inducements to sacrifice the weaker party." "Madison, James. Federalist Paper no. 10, 1787
  7. ^ Quinton, Anthony. "Conservativism", A Companion to Contemporary Political Philosophy, editors Goodin, Robert E. and Pettit, Philip. Blackwell Publishing, 1995, p. 246.
  8. ^ "assumption about individuals being rational, self-interested and methodical in the pursuit of their goals." Drilane, Robert and Parkinson, Gary. Online Dictionary of the Social Sciences.
  9. ^ Block, Walter. fr: "Adam Smith and the Left." Jeet Heer. National Post (December 3, 2001)
  10. ^ "...rightful liberty is unobstructed action according to our will within limits drawn around us by the equal rights of others. I do not add 'within the limits of the law', because law is often but the tyrant’s will, and always so when it violates the rights of the individual." Jefferson, Thomas. Letter to Isaac H. Tiffany, 1819