Kurikulum
Penampilan
Di dalam pendidikan formal, satu kurikulum adalah merupakan satu set kursus, dan isi kandungannya, yang ditawarkan di sebuah sekolah atau universiti. Sebagai satu idea, kurikulum berasal dari perkataan Latin bermaksud kursus perlumbaan, yang merujuk kepada kursus-kursus deeds dan pengalaman bagaimana kanak-kanak membesar dan baligh menjadi dewasa.
Makna Kurikulum
[sunting | sunting sumber]Kurikulum merupakan skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti yang mencakupi pembelajaran samada di dalam mahupun di luar kelas . Lazimnya ia ditentukan oleh Kementerian Pendidikan negara masing-masing tetapi guru juga memainkan peranan dalam menentukan kurikulum mata pelajaran yang diajarinya.