Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman
Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology 拉曼理工大学 拉曼理工大學 Lāmàn Lǐgōng Dàxué | |||||||
Nama lama | Kolej TAR (1969–2013) Universiti Kolej TAR (2013–2022) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Moto | Beyond Education | ||||||
Jenis | Swasta | ||||||
Ditubuhkan pada | 1969 | ||||||
Pengarah | Tan Sri Chan Kong Choy | ||||||
Presiden | Prof Dato' Indera Ir Dr Lee Sze Wei | ||||||
Pelajar | Lebih daripada 32000 | ||||||
Lokasi | , Malaysia | ||||||
Kampus | Kampus Kuala Lumpur Cawangan Pulau Pinang Cawangan Perak Cawangan Johor Cawangan Pahang Cawangan Sabah | ||||||
Laman sesawang | www | ||||||
Nama Bahasa Cina | |||||||
Tulisan Cina Ringkas | 拉曼管理与工艺大学 | ||||||
Tulisan Cina Tradisional | 拉曼管理與工藝大學 | ||||||
| |||||||
Abbreviated name | |||||||
Tulisan Cina Ringkas | 拉曼理工大学 | ||||||
Tulisan Cina Tradisional | 拉曼理工大學 | ||||||
|
Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman, disingkat TAR UMT, ialah sebuah universiti swasta di Malaysia.
Dinamakan sempena nama Perdana Menteri pertama Malaysia, YTM Tunku Abdul Rahman, sekolah itu diasaskan pada 1969 sebagai Kolej Tunku Abdul Rahman (atau Kolej TAR) oleh Persatuan Cina Malaysia (MCA).
Pada 2 Mei 2013, institusi ini ditukar menjadi kolej universiti dengan nama Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC), dan pada tahun 2022, ia dinaik taraf sekali lagi sebagai universiti dengan nama TAR UMT.
Dengan Kampus Induk seluas 171 ekar yang terletak dengan strategik di ibu kota Kuala Lumpur, Malaysia, TAR UMT mempunyai kelebihan geografi yang tersendiri untuk berhubung dengan dunia akademik dan industri di serata benua ASEAN dan dunia untuk menjalin kerjasama dan penyelidikan yang strategik.
Sementara itu, cawangan di Pulau Pinang, Perak, Johor, Pahang dan Sabah direka khusus dan dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan moden untuk pembelajaran dan pengajaran.
TAR UMT menawarkan program bermula daripada peringkat program asasi, diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana yang diiktiraf secara meluas oleh dunia akademik dan industri kerana kedalaman dan keluasan skop serta kekukuhan akademik. Lebih daripada 200 program ditawarkan yang merangkumi pelbagai disiplin termasuk perakaunan, kewangan, perniagaan, ekonomi, kejuruteraan, alam bina, sains aplikasi, teknologi maklumat, komunikasi massa, seni kreatif, sains sosial, dan pengurusan hospitaliti.
Program-program ini dikendalikan oleh tujuh (7) fakulti dan satu (1) pusat iaitu:
- Pusat Pengajian Pra-Universiti
- Fakulti Perakaunan, Kewangan dan Perniagaan
- Fakulti Sains Gunaan
- Fakulti Pengkomputeraan dan Teknologi Maklumat
- Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi
- Fakulti Alam Bina
- Fakulti Komunikasi dan Industri Kreatif
- Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Selain itu, TAR UMT juga mempunyai Pusat Pengajian Siswazah dan Penyelidikan yang bertumpu kepada program siswazah dan penyelidikan.
Sebagai salah satu institusi pengajian tinggi tertua di Malaysia, TAR UMT bukan sahaja mempunyai warisan kecemerlangan yang kukuh, namun institusi ini sangat global dalam pandangan dan hubungannya. Dengan lebih daripada 310,000 alumni, ramai siswazah TAR UMT telah mencatatkan kejayaan di peringkat global sebagai pemimpin industri, usahawan berjaya, dan pemimpin negara. Sehingga kini, TAR UMT mempunyai lebih daripada 34,000 pelajar termasuk pelajar antarabangsa dari lebih daripada 30 negara.
Anugerah
[sunting | sunting sumber]TAR UMT telah dianugerahkan pelbagai anugerah akademik dan pengiktirafan, seperti status ‘Premier Digital Tech Institution’ oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sejak 2017, mencapai kategori Bersaing untuk SETARA 2022 dan merupakan institusi pertama untuk dinamakan sebagai Akademi Esports Tahunan di Anugerah Esports Malaysia yang pertama.