iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.wikipedia.org/wiki/Keli_kayu
Keli kayu - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Keli kayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Keli kayu
C. batrachus bertampung; rupa umum dalam akuakultur
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Siluriformes
Keluarga: Clariidae
Genus: Clarias
Spesies:
C. batrachus
Nama binomial
Clarias batrachus
Sinonim

Templat:Specieslist

Keli kayu (Clarias batrachus) ialah spesies keli sebenar air tawar yang berasal dari Asia Tenggara.[2] Ia dinamakan sebagai walking catfish dalam bahasa Inggeris atas kemampuannya "berjalan" dan menggeliut merentasi daratan kering untuk mencari makanan atau persekitaran yang sesuai. Sungguhpun tidak benar-benar berjalan seperti kebanyakan makhluk berkaki empat atau berkaki dua, ia mampu menggunakan sirip pektoralnya untuk kekal tegak ketika membuat gerakan menggeliut dengan pergerakan seperti ular untuk melintasi daratan.[3] Ikan ini biasanya hidup di air yang tenang dan sering bertakung di kolam, paya, alur, dan sungai, termasuk sawah padi atau kolam sementara yang mungkin kering. Apabila ini berlaku, kemahiran berjalan membolehkan ikan ini bergerak ke persekitaran akuatik yang lain.

Ciri-ciri dan bentuk badan

[sunting | sunting sumber]
Pandangan sisi. Perhatikan titik sisi putih yang kecil
Pandangan dorsal kepala

Keli kayu memiliki bentuk tubuh yang memanjang dan hampir mencapai 0.5 m (1.6 ka) panjang dan 1.2 kg (2.6 lb) berat.[4] Sering kali diselitupi tompok putih kecil melintang, tubuhnya banyak berwarna kelabu atau kelabu keperangan.[5] Keli ini memiliki sirip dubur dan dorsal,[5] termasuk beberapa pasang janggut deria. Kulitnya tidak bersisik tetapi diselitupi dengan lendir, yang melindungi ikan ini ketika berada di luar air.

Satu perbezaan yang jelas antara keli ini dan keli tempatan Amerika Utara, Ictalurid, ialah ketiadaan sirip adipos pada keli ini.[5] Keli kayu perlu dipegang dengan berhati-hati ketika memancing kerana ia memiliki sengat terbenam, atau mekanisme pertahanan seperti duri yang terlindung di belakang siripnya (termasuk di bahagian tengah sebelum ekor).

Lokasi dan habitat

[sunting | sunting sumber]

Keli kayu merupakan ikan yang berasal dari Asia Tenggara Maritim termasuk Malaysia, Thailand, timur India, Sri Lanka, Bangladesh, Burma, Indonesia, Singapura dan Borneo. Ia kemungkinannya diperkenalkan ke Filipina tetapi kini merupakan kebiasaan di serata tempat di negara tersebut. Semasa musimnya di Filipina, ia diedarkan ke seluruh negara dan kebanyakan pengguna membeli ikan ini hidup-hidup. Keli kayu ialah ikan tropika dan menggemari suhu air sekitar 10 - 28°C (50 - 82°F).

Air-breathing organ of Walking Catfish
Organ pernafasan keli kayu

Keli kayu membiak di dalam air bertakung, biasanya rendah oksigen,[5] dan sering didapati di dalam kolam berlumpur, terusan dan habitat seumpamanya. Spesies ini menghabiskan kebanyakan masanya di atas, atau berhampiran permukaan dasar kolam dan timbul sekali-sekala bagi mengambil oksigen.[5]

Pemakanan dan tabiat makan

[sunting | sunting sumber]

Secara liar, makhluk ini adalah maserba; ia makan ikan yang lebih kecil, moluska dan binatang bertulang belakang lain termasuk detritus dan rumpai akuatik. Ia merupakan pemakan lahap yang makan dengan cepat, jadi ia dianggap memudaratkan ketika menjadi ceroboh.

Sebagai spesies ceroboh

[sunting | sunting sumber]

Di Amerika Syarikat, ia telah pun bertapak di Florida.[6] Ia dilaporkan di California, Connecticut, Georgia, Massachusetts, dan Nevada. Keli kayu diimport ke Florida, dilapokan dari Thailand, pada awal 1960-an untuk perdagangan akuarium.[5] Pengenalan pertama kemungkinannya berlaku pada pertengahan 1960-an apabila ikan dewasa yang diimport sebagai stok pembiak terlepas, sama ada dari ladang ikan di timur laut Broward County atau dari lori yang mengangkut ikan pembiak di antara Dade dan Broward County. Pengenalan tambahan di Florida, yang kononnya dilepaskan secara sengaja, dipercayai dilakukan oleh penternak ikan di kawasan Teluk Tampa, Hillsborough County pada akhir 1967 atau awal 1968, selepas negeri tersebut mengharamkan pengimportan atau pemilikan keli kayu.

Pelepasan dari akuarium dipercayai bertanggungjawab terhadap pengenalannya di negeri lain. Dill dan Cordone (1997) melaporkan spesies ini telah dijual oleh penjual ikan tropika di California buat sekian lama. Ia juga kadangkala ditemui di Midwest.

Di Florida, keli kayu diketahui menceroboh ladang ternak ikan, memasuki kolam dan memakan anak ikan. Sebagai tindak balas, peladang terpaksa memasang pagar bagi melindungi kolam. Pihak berkuasa turut menetapkan undang-undang yang mengharamkan pemilikan keli kayu.

Sebagai makanan

[sunting | sunting sumber]

Di Thailand ikan ini dikenali sebagai pla duk dan (Bahasa Thai: ปลาดุกด้าน). Ia merupakan barang makanan murah yang disediakan dalam pelbagai cara, sering kali ditawarkan oleh penjaja jalanan, terutamanya dipanggang atau digoreng.[7]

  1. ^ Ng, H.H.; Low, B.W. (2019). "Clarias batrachus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T166613A1138872. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-2.RLTS.T166613A1138872.en. Dicapai pada 13 November 2021.
  2. ^ Jenis Keli
  3. ^ "Catfish 'walk' down street". Metro.co.uk. 2008-07-18. Dicapai pada 2008-07-18. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama fishbase
  5. ^ a b c d e f Robins, Robert H. "Florida Museum of Natural History Ichthyology Department: Walking Catfish". Florida Museum of Natural History Ichthyology Department. Dicapai pada 2008-07-24. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  6. ^ Krueger, Radha, Facts: Walking Catfish in Florida, Florida Museum of Natural History, October 26, 2017
  7. ^ Pla duk Diarkibkan 2009-02-01 di Wayback Machine (Thai)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]