Jeneral-Negara Belanda
Belanda |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
Perlembagaan
Kabinet
Kerajaan terpencar
Polisi luar negeri
Tajuk berkaitan
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Staten-Generaal (disebut ˈstaːtə(ŋ) ɣeːnəˈraːl ) adalah nama diberikan untuk badan parlimen kerajaan Belanda. Ia terdiri daripada dua dewan yakni Tweede Kamer ("Dewan Kedua") yang bawah dan terpenting dipilih melalui pilihan raya, dan Eerste Kamer ("Dewan Pertama" juga digelar sebagai Senat, bahasa Belanda: Senaat) yang atas dipilih secara tidak langsung oleh ahli perundangan peringkat provinsi. Bilik mesyuarat Jeneral Negara adalah di Binnenhof (Mahkamah Dalam) di Den Haag.
Badan ini asalnya menampung para wakil dari tiga darjat masyarakat (staat muf. staten jam. "kuasa"[1]) yang wujud di Belanda ketika masih di bawah pemerintahan Habsburg Sepanyol yang kemudiannya tergabung membentuk badan perwakilan memasing untuk setiap provinsi;[2] setiap badan wakil ini pula dihimpunkan dalam suatu Staten-Generaal atau Algemene Staten ("Persebanyakan Kuasa-Kuasa Negeri").[3]
Fungsi
[sunting | sunting sumber]Jeneral-Negara bertemu dalam sesi bersama sekurang-kurangnya sekali setiap tahun pada pembukaan tahun parlimen, apabila Ratu memberikan Ucapan dari Takhta pada Hari Prinsjesdag. Pada hari-hari istimewa, seperti apabila Jeneral-Negara mengundi mengenai perkahwinan seorang kerabat diraja, bila seorang raja dimahkotakan atau apabila seorang kerabat diraja meninggal dunia, kedua-dua dewan juga bertemu dalam sesi bersama (Bahasa Belanda: Verenigde Vergadering). Pengerusi Eerste Kamer menjadi pengerusi mesyuarat ini. Mesyuarat sebegini dilangsungkan di Ridderzaal (Dewan Kesatria) di Binnenhof, kecuali untuk pertabalan yang mengambil tempat di Nieuwe Kerk di Amsterdam. Pada waktu yang lain, kedua-dua dewan menjalankan mesyuarat secara berasingan.
Mengikut perlembagaan fungsi parlimen diberikan pada kedua-dua dewan, kecuali hak inisiatif dan pemindaan. Dari segi amalan Tweede Kamer menjalankan fungsi ini, kerana Eerste Kamer hanya bermesyuarat sehari seminggu. Sesi Bersama juga melantik raja jika tiada pewaris tahta dan pemangku raja pula tidak dapat melaksanakan kuasanya.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Error: tiada nama laman disertakan (help).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Badings, A. H. L. (1901). "staat". Nieuw Hollandsch-Maleisch, Maleisch-Hollandsch Woordenboek. Tjeenk Willink. m/s. 199.
–, vermogen, koewâsa.
CS1 maint: date and year (link) - ^ Unlike the Estates General of France, which were organised by estate.
- ^ Koenigsberger, H.G. (2001). Monarchies, States Generals and Parliaments: The Netherlands in the Fifteenth and Sixteenth Centuries. Cambridge U.P. m/s. 5–15.
- domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty
|title=
(bantuan) Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Templat hatnote dengan ralat
- Rencana Wikipedia yang menggabungkan petikan dari Ensiklopedia Britannica tahun 1911 tanpa parameter article
- Rencana Wikipedia yang menggabungkan teks dari Encyclopædia Britannica tahun 1911
- Bangunan perundangan
- Kerajaan Belanda
- Parlimen mengikut negara
- Bulatan Burgundy
- Tujuh belas Provinsi