iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_keli
Keli - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Keli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ikan keli)

Keli
Julat zaman: Kapur Akhir – Kini 87.8–0 Ma
[1][2]
Kepala banteng hitam
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
(tanpa pangkat): Otophysi
Order: Siluriformes
G. Cuvier, 1817
Spesies jenis
Silurus glanis
Linnaeus, 1758
Keluarga[4]

Keluarga wujud:

Keluarga pupus:

Keli (order Siluriformes atau Nematognathi) ialah sebuah kumpulan yang rencam bagi ikan bersirip ruji. Saiz dan kelakuan keli menjulat daripada tiga spesies hidup terbesarnya, iaitu patin gergasi Mekong dari Asia Tenggara, keli wels dari Eurasia, dan keli piraiba dari Amerika Selatan, hinggalah detritivor (spesies yang makan benda mati di dasar), malah spesies parasit halus yang biasa dipanggil candiru, Vandellia cirrhosa. Kumpulan ini turut dikelompokkan sebagai "ikan duri" atau "ikan sembilang", yang mana dipanggil catfish dalam bahasa Inggeris, dan merangkumi kelompok ikan termasuk keli sebenar, patin, duri, baung dan sembilang.

Baik yang berlapis perisai mahupun yang telanjang tidak memiliki sisik. Ahli order Siluriformes ditakrifkan mengikut ciri tengkorak dan pundi renang. Keli mempunyai kepentingan komersial yang cukup besar; spesies besar banyak diternak dan ditangkap sebagai makanan. Banyak spesies yang lebih kecil pula, khususnya genus Corydoras, penting dalam hobi akuarium. Kebanyakan keli ini nokturnal,[5][6] namun yang lain (kebanyakan Auchenipteridae) adalah krepuskular atau diurnal (contohnya, sebahagian besar Loricariidae atau Callichthyidae).

Taburan dan habitat

[sunting | sunting sumber]

Spesies keli yang masih ada hidup di pedalaman atau perairan pesisir di setiap benua kecuali Antartika. Keli telah menghuni semua benua pada satu-satu masa atau berlainan.[7] Mereka paling rencam di Amerika Selatan, Asia, dan Afrika tropika, dengan satu keluarga tempatan di Amerika Utara dan satu keluarga di Eropah.[8] Lebih separuh daripada kesemua spesies keli hidup di Amerika. Mereka satu-satunya ostariofisi yang telah memasuki habitat air tawar di Madagascar, Australia, dan New Guinea.[9]

Ia dijumpai di persekitaran air tawar, sungguhpun kebanyakannya menghuni air cetek yang mengalir.[9] Wakil bagi setidaknya lapan keluarga adalah hipogeal (hidup di bawah tanah) dengan tiga keluarga antaranya juga adalah troglobit (menghuni gua).[10][11] Salah satu spesiesnya iaitu Phreatobius cisternarum, diketahui hidup di bawah tanah di habitat freatik.[12] Beberapa spesies daripada keluarga Ariidae dan Plotosidae, dan sebilangan spesies dari kalangan Aspredinidae dan Bagridae pula, dijumpai di air masin.[13][14]

Spesies ceroboh

[sunting | sunting sumber]

Wakil genus Ictalurus telah diperkenalkan ke perairan Eropah dengan harapan memperoleh sumber daya sukan dan makanan, namun stok ikan keli Amerika di Eropah belum mencapai ukuran ikan ini di perairan asalnya dan hanya meningkatkan tekanan ekologi terhadap fauna asal Eropah. Keli kayu turut diperkenalkan ke kawasan air tawar Florida, dengan keli pelahap ini menjadi perosak asing yang utama di sana. Keli kepala leper, Pylodictis olivaris, juga ialah perosak di saliran cerun Atlantik di Amerika Utara.[8] Spesies Pterygoplichthys, yang dilepaskan oleh pembela ikan akuarium, juga telah membentuk populasi jalang di banyak perairan hangat di seluruh dunia.[15][16][17][18][19]

  1. ^ Y.M. Alves; L.P. Bergqvist; P.M. Brito (2019). "The dorsal and pectoral fin spines of catfishes (Ostariophysi: Siluriformes) from the Bauru Group (Late Cretaceous), Brazil: A comparative and critical analysis". Journal of South American Earth Sciences. 92: 32–40. Bibcode:2019JSAES..92...32A. doi:10.1016/j.jsames.2019.02.016. S2CID 133688402.
  2. ^ Castro, Mariela C.; Goin, Francisco J.; Ortiz-Jaureguizar, Edgardo; Vieytes, E. Carolina; Tsukui, Kaori; Ramezani, Jahandar; Batezelli, Alessandro; Marsola, Júlio C. A.; Langer, Max C. (2018-05-01). "A Late Cretaceous mammal from Brazil and the first radioisotopic age for the Bauru Group". Royal Society Open Science (dalam bahasa Inggeris). 5 (5): 180482. Bibcode:2018RSOS....580482C. doi:10.1098/rsos.180482. ISSN 2054-5703. PMC 5990825. PMID 29892465.
  3. ^ a b Wang, Jing; Lu, Bin; Zan, Ruiguang; Chai, Jing; Ma, Wei; Jin, Wei; Duan, Rongyao; Luo, Jing; Murphy, Robert W.; Xiao, Heng; Chen, Ziming (2016). "Phylogenetic Relationships of Five Asian Schilbid Genera Including Clupisoma (Siluriformes: Schilbeidae)". PLOS ONE. 11 (1): e0145675. Bibcode:2016PLoSO..1145675W. doi:10.1371/journal.pone.0145675. PMC 4713424. PMID 26751688.
  4. ^ Froese, Rainer, dan Daniel Pauly, ed. (2011). "Siluriformes" dalam FishBase. Versi December 2011.
  5. ^ Catfish Varieties Diarkibkan 17 April 2012 di Wayback Machine. animal-world.com
  6. ^ Wong, Kate (6 June 2001) "How Nocturnal Catfish Stalk Their Prey" Diarkibkan 20 Mac 2011 di Wayback Machine. Scientific American.
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Nelson
  8. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama tol
  9. ^ a b Bruton, Michael N. (1996). "Alternative life-history strategies of catfishes". Aquat. Living Resour. 9: 35–41. doi:10.1051/alr:1996040. S2CID 85428351.
  10. ^ Langecker, Thomas G.; Longley, Glenn (1993). "Morphological Adaptations of the Texas Blind Catfishes Trogloglanis pattersoni and Satan eurystomus (Siluriformes: Ictaluridae) to Their Underground Environment". Copeia. 1993 (4): 976–986. doi:10.2307/1447075. JSTOR 1447075.
  11. ^ Hendrickson, Dean A.; Krejca, Jean K.; Martinez, Juan Manuel Rodríguez (2001). "Mexican blindcats genus Prietella (Siluriformes: Ictaluridae): an overview of recent explorations". Environmental Biology of Fishes. 62 (1–3): 315–337. Bibcode:2001EnvBF..62..315H. doi:10.1023/A:1011808805094. S2CID 19962442.
  12. ^ Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2007). "Phreatobius cisternarum" di FishBase. versi Apr 2007.
  13. ^ Monks N. (editor): Brackish Water Fishes, TFH 2006, ISBN 0-7938-0564-3
  14. ^ Schäfer F: Brackish Water Fishes, Aqualog 2005, ISBN 3-936027-82-X
  15. ^ Nico, Leo G.; Martin, R. Trent (2001). "The South American Suckermouth Armored Catfish, Pterygoplichthys anisitsi (Pisces: Loricaridae), in Texas, with Comments on Foreign Fish Introductions in the American Southwest". The Southwestern Naturalist. 46 (1): 98–104. doi:10.2307/3672381. JSTOR 3672381.
  16. ^ Wakida-Kusunokia, Armando T.; Ruiz-Carusb, Ramon; Amador-del-Angelc, Enrique (2007). "Amazon Sailfin Catfish, Pterygoplichthys pardalis (Castelnau, 1855) (Loricariidae), Another Exotic Species Established in Southeastern Mexico". The Southwestern Naturalist. 52 (1): 141–144. doi:10.1894/0038-4909(2007)52[141:ASCPPC]2.0.CO;2. S2CID 86847378.
  17. ^ Chavez, Joel M.; de la Paz, Reynaldo M.; Manohar, Surya Krishna; Pagulayan, Roberto C.; Carandang Vi, Jose R. (2006). "New Philippine record of South American sailfin catfishes (Pisces: Loricariidae)" (PDF). Zootaxa. 1109: 57–68. doi:10.11646/zootaxa.1109.1.6. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2006-10-31. Dicapai pada 22 June 2009.
  18. ^ Bunkley-Williams, Lucy; Williams, Ernest H., Jr.; Lilystrom, Craig G.; Corujo-Flores, Iris; Zerbi, Alfonso J.; Aliaume, Catherine; Churchill, Timothy N. (1994). "The South American Sailfin Armored Catfish, Liposarcus multiradiatus (Hancock), a New Exotic Established in Puerto Rican Fresh Waters" (PDF). Caribbean Journal of Science. 30 (1–2): 90–94. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 March 2009. Dicapai pada 22 June 2009.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  19. ^ Liang, Shih-Hsiung; Wu, Hsiao-Ping; Shieh, Bao-Sen (2005). "Size Structure, Reproductive Phenology, and Sex Ratio of an Exotic Armored Catfish (Liposarcus multiradiatus) in the Kaoping River of Southern Taiwan" (PDF). Zoological Studies. 44 (2): 252–259. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2006-05-06. Dicapai pada 22 June 2009.