iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.wikipedia.org/wiki/ISO_4217
ISO 4217 - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

ISO 4217

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Paparan kadar pertukaran di Bureau de change yang menyenaraikan nama mata wang dalam bahasa Inggeris bersama-sama kod ISO 4217-nya.
Tiket penerbangan yang menunjukkan harga dengan menggunakan kod ISO 4217 "EUR" (bawah kiri) dan bukannya simbol mata wang


ISO 4217, juga di kenali sebagai kod mata wang, ialah kod tiga huruf piawai antarabangsa yang dirumuskan oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) untuk mentakrifkan nama mata wang. Kod itu bukan sahaja digunakan untuk mata wang tetapi juga untuk logam berharga (emas, perak, paladium, dan platinum), serta sesetengah entiti yang lain yang digunakan dalam kewangan antarabangsa, misalnya Hak Pengeluaran Khas (HPK).

Penggunaan senarai kod ISO 4217 ialah norma yang mantap dalam bidang perbankan dan perniagaan di seluruh dunia. Di banyak negara, kadar pertukaran untuk mata wang yang umum dan yang kodnya dikenali ramai diterbitkan di dalam akhbar atau dipaparkan di dalam bank. Kod ISO 4217 juga digunakan oleh tiket penerbangan dan tiket kereta api antarabangsa untuk mengelakkan sebarang kekaburan harga tiketnya.

Struktur kod

[sunting | sunting sumber]

Dua huruf pertama kod ISO 4217 ialah huruf kod negara alfa-2 ISO 3166-1 (yang juga digunakan sebagai asas untuk domain peringkat atasan negara di dalam Internet), dengan huruf ketiga biasanya merupakan parap mata wang sendiri. Misalnya, kod mata wang Jepun ialah JPY, dengan JP merupakan Jepun dan Y untuk yen. Ini mengelakkan masalah yang diakibatkan oleh nama-nama mata wang yang sama seperti dolar, franc dan paun yang digunakan oleh banyak negara, dengan setiapnya mempunyai nilai yang amat berbeza. Selain itu, jika sesuatu mata wang dinilai semula, huruf terakhir kod mata wang akan ditukar untuk membezakannya daripada mata wang yang lama. Dalam sesetengah kes, huruf ketiga ialah parap untuk "baharu" dalam bahasa negara itu bagi membezakannya daripada mata wang lama yang dinilai semula. Kod itu kekadang tahan lebih lama daripada penggunaan istilah "baharu" pada dirinya dalam bahasa negara itu, misalnya kod peso Mexico ialah MXN. Bagaimanapun, perubahan lain juga ditemui. Misalnya, Rubel Rusia bertukar daripada RUR kepada RUB, dengan B datangnya daripada huruf ketiga perkataan "ruble".

Terdapat juga nombor kod tiga-angka yang diperuntukkan kepada setiap mata wang dengan cara yang sama dengan nombor kod tiga-angka yang diperuntukkan kepada setiap negara sebagai sebahagian ISO 3166. Kod angka itu biasanya sama dengan kod angka ISO 3166, misalnya USD (Dolar AS) mempunyai kod 840 yang juga merupakan kod angka untuk Amerika Syarikat (US: United States).

Terdapat juga kod khas yang diperuntukkan untuk tujuan pengujian (XTS) serta untuk menunjukkan ketiadaan urus niaga mata wang (XXX). Semua kod ini bermula dengan huruf "X". Logam-logam berharga menggunakan "X" serta simbol kimia logam, misalnya perak ialah XAG. ISO 3166 tidak pernah memperuntukkan kod negara yang bermula dengan "X", dengan kod ini hanya diperuntukkan untuk kegunaan terlanggan persendirian sahaja (disimpan tetapi bukan untuk kod rasmi). Oleh itu, ISO 4217 boleh menggunakan kod-kod "X" untuk mata-wang tak tertentu negara tanpa menghadapi sebarang risiko percanggahan dengan kod-kod negara masa depan. Mata wang supranasional seperti dolar Caribbean Timur, franc CFP, franc CFA BEAC, dan franc CFA BCEAO biasanya juga menggunakan kod-kod yang bermula dengan "X". Euro menggunakan kod EUR (EU termasuk senarai kod simpanan ISO 3166-1 untuk bermaksud Kesatuan Eropah). European Currency Unit, mata wang yang digunakan sebelum euro, menggunakan kod XEU.

Pada tahun 1973, Jawatankuasa Teknik 68 ISO memutuskan untuk mengembangkan kod bagi mewakili mata wang dan wang untuk kegunaan perdagangan, perniagaan, atau perbankan. Dalam sesi ke-17 (Februari 1978) PBB/ECE, Kumpulan Pakar bersetuju bahawa kod abjad tiga-huruf untuk Piawai Antarabangsa ISO 4217: "Kod untuk perwakilan mata wang dan wang" adalah sesuai untuk kegunaan perdagangan antarabangsa.

Dengan berlalunya masa, mata-mata wang yang baharu dicipta dan mata-mata wang yang lama ditamatkan. Seringnya, perubahan-perubahan ini disebabkan oleh kerajaan baharu (menerusi perang atau perlembagaan baharu), perjanjian antara negara yang menstandardkan mata wang, atau penilaian semula mata wang, akibat inflasi. Oleh itu, senarai kod mata wang harus dikemaskinikan dari semasa ke semasa. SIX Interbank Clearing, agensi penyenggaraan ISO 4217, bertanggungjawab kepada penyenggaraan senarai kod tersebut.

Kod aktif

[sunting | sunting sumber]

Yang berikut ialah senarai kod aktif nama mata wang rasmi ISO 4217:

Kod No. E[1] Mata wang Lokasi yang menggunakan mata wang ini
AED 784 2 Dirham Emiriah Arab Bersatu Emiriah Arab Bersatu
AFN 971 2 Afghani Afghanistan Afghanistan
ALL 008 2 Lek Albania
AMD 051 0 Dram Armenia Armenia
ANG 532 2 Guilder Antillen Belanda Antillen Belanda
AOA 973 1 Kwanza Angola
ARS 032 2 Peso Argentina Argentina
AUD 036 2 Dolar Australia Australia, Wilayah Antartik Australia, Pulau Krismas, Kepulauan Cocos (Keeling), Pulau Heard dan Kepulauan McDonald, Kiribati, Nauru, Pulau Norfolk, Tuvalu
AWG 533 2 Guilder Aruba Aruba
AZN 944 2 Manat Azerbaijan Azerbaijan
BAM 977 2 Mark boleh tukar Bosnia dan Herzegovina
BBD 052 2 Dolar Barbados Barbados
BDT 050 2 Taka Bangladesh Bangladesh
BGN 975 2 Lev Bulgaria Bulgaria
BHD 048 3 Dinar Bahrain Bahrain
BIF 108 0 Franc Burundi Burundi
BMD 060 2 Dolar Bermuda Bermuda
BND 096 2 Ringgit Brunei Brunei, Singapura
BOB 068 2 Boliviano Bolivia
BOV 984 2 Mvdol Bolivia (kod wang) Bolivia
BRL 986 2 Real Brazil Brazil
BSD 044 2 Dolar Bahamas Bahamas
BTN 064 2 Ngultrum Bhutan
BWP 072 2 Pula Botswana
BYR 974 0 Ruble Belarus Belarus
BZD 084 2 Dolar Belize Belize
CAD 124 2 Dolar Kanadan Kanada
CDF 976 2 Franc Congolais Republik Demokratik Congo
CHE 947 2 Euro WIR (mata wang pelengkap) Switzerland
CHF 756 2 Franc Switzerland Switzerland, Liechtenstein
CHW 948 2 Franc WIR (mata wang pelengkap) Switzerland
CLF 990 0 Unidad de Fomento (kod wang) Chile
CLP 152 0 Peso Chile Chile
CNY 156 1 Yuan China China (tanah besar)
COP 170 0 Peso Colombia Colombia
COU 970 2 Unidad de Valor Real Colombia
CRC 188 2 Colon Costa Rica Costa Rica
CUP 192 2 Peso Cuba Cuba
CVE 132 2 Escudo Tanjung Verde Tanjung Verde
CZK 203 2 Koruna Czech Republik Czech
DJF 262 0 Franc Djibouti Djibouti
DKK 208 2 Krone Denmark Denmark, Kepulauan Faroe, Greenland
DOP 214 2 Peso Dominica Republik Dominica
DZD 012 2 Dinar Algeria Algeria
EEK 233 2 Kroon Estonia
EGP 818 2 Paun Mesir Mesir
ERN 232 2 Nakfa Eritrea
ETB 230 2 Birr Habsyah Habsyah
EUR 978 2 euro 20 negara Kesatuan Eropah, Andorra, Monaco, San Marino, Vatican (lihat eurozon); Kosovo, Montenegro.
FJD 242 2 Dolar Fiji Fiji
FKP 238 2 Paun Kepulauan Falkland Kepulauan Falkland
GBP 826 2 Paun sterling United Kingdom, Wilayah tanggungan Mahkota (Pulau Man dan Kepulauan Channel), sesetengah Wilayah Luar Negeri British (Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan, Wilayah Antartik British dan Wilayah Lautan India British)
GEL 981 2 Lari Georgia
GHS 936 2 Cedi Ghana
GIP 292 2 Paun Gibraltar Gibraltar
GMD 270 2 Dalasi Gambia
GNF 324 0 Franc Guinea Guinea
GTQ 320 2 Quetzal Guatemala
GYD 328 2 Dolar Guyana Guyana
HKD 344 2 Dolar Hong Kong Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong
HNL 340 2 Lempira Honduras Honduras
HRK 191 2 Kuna Croatia Croatia
HTG 332 2 Gourde Haiti Haiti
HUF 348 2 Forint Hungary
IDR 360 0 Rupiah Indonesia Indonesia
ILS 376 2 Sheqel baharu Israel Israel
INR 356 2 Rupee India Bhutan, India
IQD 368 0 Dinar Iraq Iraq
IRR 364 0 Rial Iran Iran
ISK 352 0 Krona Iceland Iceland
JMD 388 2 Dolar Jamaica Jamaica
JOD 400 3 Dinar Jordan Jordan
JPY 392 0 Yen Jepun Jepun
KES 404 2 Shilling Kenya Kenya
KGS 417 2 Som Kyrgyzstan
KHR 116 0 Riel Kemboja
KMF 174 0 Franc Comoros Comoros
KPW 408 0 Won Korea Utara Korea Utara
KRW 410 0 Won Korea Selatan Korea Selatan
KWD 414 3 Dinar Kuwait Kuwait
KYD 136 2 Dolar Kepulauan Cayman Kepulauan Cayman
KZT 398 2 Tenge Kazakhstan
LAK 418 0 Kip Laos
LBP 422 0 Paun Lubnan Lubnan
LKR 144 2 Rupee Sri Lanka Sri Lanka
LRD 430 2 Dolar Liberia Liberia
LSL 426 2 Loti Lesotho Lesotho
LTL 440 2 Litas Lithuanias Lithuania
LVL 428 2 Lats Latvia Latvia
LYD 434 3 Dinar Libya Libya
MAD 504 2 Dirham Maghribi Maghribi, Sahara Barat
MDL 498 2 Leu Moldova Moldova
MGA 969 0.7 Malagasy ariary Madagascar
MKD 807 2 Denar Macedonia Macedonia Utara
MMK 104 0 Kyat Myanmar
MNT 496 2 Tugrik Mongolia
MOP 446 1 Pataca Kawasan Pentadbiran Khas Macau
MRO 478 0.7 Ouguiya Mauritania
MUR 480 2 Rupee Mauritius Mauritius
MVR 462 2 Rufiyaa Maldives
MWK 454 2 Kwacha Malawi
MXN 484 2 Peso Mexico Mexico
MXV 979 2 Unidad de Inversion Mexico (UDI) (kod wang) Mexico
MYR 458 2 Ringgit Malaysia
MZN 943 2 Metical Mozambique
NAD 516 2 Dolar Namibia Namibia
NGN 566 2 Naira Nigeria
NIO 558 2 Cordoba oro Nicaragua
NOK 578 2 Krone Norway Norway, Pulau Bouvet, Queen Maud Land, Pulau Peter I
NPR 524 2 Rupee Nepal Nepal
NZD 554 2 Dolar New Zealand Kepulauan Cook, New Zealand, Niue, Pitcairn, Tokelau
OMR 512 3 Rial Oman Oman
PAB 590 2 Balboa Panama Panama
PEN 604 2 Nuevo sol Peru
PGK 598 2 Kina Papua New Guinea
PHP 608 2 Peso Filipina Filipina
PKR 586 2 Rupee Pakistan Pakistan
PLN 985 2 Złoty Poland
PYG 600 0 Guaraní Paraguay
QAR 634 2 Riyal Qatar Qatar
RON 946 2 Leu baharu Romania Romania
RSD 941 2 Dinar Serbia Serbia
RUB 643 2 Rubel Rusia Rusia, Abkhazia, Ossetia Selatan
RWF 646 0 Franc Rwanda Rwanda
SAR 682 2 Riyal Saudi Arab Saudi
SBD 090 2 Dolar Kepulauan Solomon Kepulauan Solomon
SCR 690 2 Rupee Seychelles Seychelles
SDG 938 2 Paun Sudan Sudan
SEK 752 2 Krona Sweden Sweden
SGD 702 2 Dolar Singapura Singapura, Brunei
SHP 654 2 Paun Saint Helena Saint Helena
SLL 694 0 Leone Sierra Leone
SOS 706 2 Shilling Somalia Somalia
SRD 968 2 Dolar Suriname Suriname
SSP 728 2 Paun Sudan Selatan Sudan Selatan
STD 678 0 Dobra São Tomé dan Príncipe
SYP 760 2 Paun Syria Syria
SZL 748 2 Lilangeni Swaziland
THB 764 2 Baht Thailand
TJS 972 2 Somoni Tajikistan
TMT 934 2 Manat Turkmenistan
TND 788 3 Dinar Tunisia Tunisia
TOP 776 2 Pa'anga Tonga
TRY 949 2 Lira Turki Turki, Cyprus Utara
TTD 780 2 Dolar Trinidad dan Tobago Trinidad dan Tobago
TWD 901 1 Dolar New Taiwan Taiwan dan pulau-pulau lain di bawah kuasa berkesan Republik China (ROC)
TZS 834 2 Shilling Tanzania Tanzania
UAH 980 2 Hryvnia Ukraine
UGX 800 0 Syiling Uganda Uganda
USD 840 2 Dolar AS Samoa Amerika, Wilayan Lautan India British, Ecuador, El Salvador, Guam, Haiti, Kepulauan Marshall, Micronesia, Kepulauan Mariana Utara, Palau, Panama, Puerto Rico, Timor-Leste, Kepulauan Turki dan Caicos, Amerika Syarikat, Kepulauan Virgin, Bermuda (serta juga Dolar Bermuda)
USN 997 2 Dolar Amerika Syarikat (hari berikut) (kod wang) Amerika Syarikat
USS 998 2 Dolar Amerika Syarikat (hari sama)) (kod wang) Amerika Syarikat
UYU 858 2 Peso Uruguay Uruguay
UZS 860 2 Som Uzbekistan Uzbekistan
VEF 937 2 Venezuelan bolívar fuerte Venezuela
VND 704 0 Dồng Vietnam Vietnam
VUV 548 0 Vatu Vanuatu
WST 882 2 Tala Samoa Samoa
XAF 950 0 Franc CFA Afrika Tengah Cameroon, Republik Afrika Tengah, Congo, Chad, Guinea Khatulistiwa, Gabon
XAG 961 . Perak (satu auns troy)
XAU 959 . Emas (satu [[auns troy])
XBA 955 . Unit Komposit Eropah (EURCO, unit pasaran bond)
XBB 956 . Unit Mata Wang Eropah (E.M.U.-6, unit pasaran bond))
XBC 957 . Unit Akaun Eropah 9 (E.U.A.-9, unit pasaran bond))
XBD 958 . Unit Akaun Eropah 17 (E.U.A.-17, unit pasaran bond)
XCD 951 2 Dolar Caribbean Timur Anguilla, Antigua dan Barbuda, Dominica, Grenada, Montserrat, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, Saint Vincent dan Grenadines
XDR 960 . Hak Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Antarabangsa
XFU Nil . Franc UIC (mata wang penempatan khas) International Union of Railways
XOF 952 0 Franc CFA Afrika Barat Benin, Burkina Faso, Ivory Coast, Guinea-Bissau, Mali, Niger, Senegal, Togo
XPD 964 . Paladium (satu auns troy)
XPF 953 0 Franc CFP Polynesia Perancis, New Caledonia, Wallis dan Futuna
XPT 962 . Platinum (satu auns troy)
XTS 963 . Kod yang disimpan untuk tujuan pengujian
XXX 999 . Tiada mata wang
YER 886 0 Rial Yaman Yaman
ZAR 710 2 Rand Afrika Selatan Afrika Selatan
ZMK 894 0 Kwacha Zambia
ZWL 932 2 Dolar Zimbabwe Zimbabwe

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Bilangan angka selepas titik perpuluhan.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Penukaran mata wang

[sunting | sunting sumber]